BAB 6

Crime Completed 1249

“Mr.Q tak akan berhenti selagi belum berjaya mendapatkan semula barang miliknya.” Seth mengintai skrin telefon pintarnya.

“Kita akan ke kediaman Keluang 001. Manalah tahu Antidot tu masih berada di situ.”

Ken menghela nafas. Tiada anggukan diberikannya. Wajahnya tampak penat dan tidak bertenaga. Dia sebenarnya bosan mengharung hidup bersama manusia-manusia gila seperti Mr. Q dan Seth. Meladeni mereka membuatkan nyawanya berada di hujung tanduk setiap hari.

Gadis itu terus berlari dan berlari. Laluan sempit yang diapit belukar diharung tanpa henti. Tika ini, dalam benaknya cuma terisi perkataan lari. Dia ingin pergi sejauh-jauhnya. Pergi dari manusia-manusia zalim dan tidak berperikemanusiaan itu. Pergi dari segala macam peralatan dalam bangunan tersebut. Peralatan tajam yang seringkali digunakan untuk menoreh mana-mana bahagian tubuhnya.

Dia tidak mampu lagi bertahan di situ. Dikurung dan diseksa oleh sekumpulan manusia durjana. Raungan dan rintihannya bagaikan bahan jenaka. Jika dia melawan, dia akan diikat. Dipakaikan baju khas agar dia tdak dapat berbuat apa-apa lagi. Kadang-kala disuntik ubat pelali hingga lemah longlai tak bermaya. Ada masa pula dia dipaksa menghidu asap Halusinasigen. Perkara inilah yang paling digeruninya.

Mimpi-mimpi ngeri pasti akan bertandang dan menghurunginya. Dia khayal. Pelbagai imej yang menyeramkan silih-berganti mengusiknya. Berlegar mengitari jasadnya yang semakin rapuh. Dia melantun ke belakang apabila terlanggar sesuatu. Dia terpinga-pinga. Satu benda hitam berbalam tercacak gah depannya. Dia terkejut lantas berundur selangkah ke belakang. Kornea matanya mengecil.

“Ah! Hanya sebatang pokok.” Dia lega lantas meneruskan larian. Namun langkahnya sekali lagi terhentipabila tertangkap bunyi sekumpulan anjing penjejak sedang menyalak. Bunyi tersebut datang dari arah barat. Situasi ini menggetirkan jiwanya. Nampaknya, manusia-manusia zalim itu enggan melepaskannya. Agaknya mereka susah hati jika dia terlepas dari sarang tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience