BAB 5

Crime Completed 1249

“Mana nak cari Keluang 001?” sua Seth pula.

“Aku pun tak tau mana nak cari dia...”

“Heh! Kau cakap betul-betul! Aku tak bergurau!” Seth melenting. Sikap dan jawapan Ken membosankannya.

“Releklah Bro! Bagi aku masa fikir.” Ken menekan suara. Pistol Seth diletakkannya atas dashboard.

“Kau buat aku berbahang.” Muncung kereta dibelokkannya. Ken terkejut apabila kereta terhenjut-henjut. Rupanya jalan raya yang dimasuki Seth tak elok. Mereka semakin menjauhi lebuh raya. “Kau tahu tak apa benda tu?” soal Seth sesudah melabuhkan kereta di bahu jalan.

“Benda tu ada nama.” Ken membuka pintu dan membiarkannya terbuka luas. Tindakannya telah membuatkan agas dan nyamuk beriringan masuk. Dan kini berdengung-dengung berhampiran tubir telinga mereka. “Benda tu adalah antidot. Ia adalah penawar. Beberapa bulan lalu, satu eksperimen telah dijalankan kepada seorang mangsa. Mangsa tu adalah Pakej X. Dengar cerita eksperimen tu menemui kepincangan dan antidot tu diperlukan sebagai penawar.”

“Aku mahukan antidot tu.” Nampaknya Seth tidak berminat mahu mendengar cerita mengenai eksperimen tersebut.

“Untuk apa? Kau nak jual ke?” Ken mentertkau annya.

“Aku nak balas dendam.”

“Kau memang.” Kedua batang kakinya diunjur lalu diletakkan atas dashboard. Seth hanya menikmati tindak-tanduknya. “Seingat aku, dari dulu sampai sekarang kau tak habis-habis dengan dendam.”

“Itulah aku.” Dicapainya pistolnya lantas memeriksa isinya. “Mana kita nak cari Keluang 001?”

“Sebenarnya dah sebulan aku tak nampak dia. Bahkan sudah sebulan ni juga aku diekori.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience