BAB 4

Crime Completed 1249

“Barangkali kau sengaja nak main-mainkan aku.”

“Suka hati kaulah nak fikir apa. Aku malas nak bertekak.” Tidak dipandanginya Seth sewaktu menuturkan kata-kata tersebut.

Mereka berdua membatu sejenak. “Habis tu kau letak kat mana benda tu?” Suara Seth tak pernah berubah. Masih dingin.

“Kat Keluang 001,” jelasnya. “Tapi dia tak tau barang tu ada padanya.”

“Bodoh! Macam mana dia nak jaga benda tu kalau kau tak maklumkannya?” Mereka berdua berpaling pabila tertangkap bunyi tayar menggeser permukaan aspal. Seth tak sedap hati. Dari hujung jalan raya utama, kelihatan dua buah kereta MPV berwarna gelap sedang membelok memasuki kawasan kediaman Ken .

“Lebih baik kita berambus!” pekik Ken berdebar-debar. Tanpa sebenih kata, Seth mengajaknya masuk ke dalam kereta. Enjin kereta meraung pabila Seth menekan pedal minyak. “Go! Go!!” jerit Ken panik. Dilihatnya seorang lelaki menjenguk dari tingkap kereta bersama selaras Raifal. “Mana pistol kau ?”

“Kau jangan sembarangan nak lepaskan tembakan di tempat awam.” Seth memberi peringatan.

“Alah aku cuma nak takutkan lelaki tu je. Kalau tak.. mampus kita ditembaknya. Kau tak nampak ke muncung Raifalnya tu?”

Seth membuang pandang dan apa yang dikata oleh Ken memang benar. Tanpa berfikir panjang, pistolnya diberikan kepada Ken . “Jangan dulu,” bisiknya pabila melihat Ken bersiap-sedia mahu memuntahkan isi pistol. Ken mengguman. Kedudukannya diperelokkan. Dia mahu mendapat sudut yang bagus untuk memudahkannya membidik sasaran.

“Menyesal aku tak bawa pistol antikku,” keluh Ken . Ekor matanya kelihatan awas ketika kereta Seth bergerak kencang menuju ke sebelah kiri jalan raya. Jarinya sudah bersedia mahu memetik picu. Kedua kereta MPV tadi lintang-pukang mahu mengejar mereka. Bunyi tayar berderit berselang-seli. Ken tersenyum apabila kereta MPV tersebut semakin jauh ke belakang. “Rupanya kau masih hebat memandu.” Dia memuji.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience