BAB 12

Crime Completed 1249

Debar di dadanya kian terasa menghentak apabila pemilik lampu suluh tersebut kini berada di depan. Dia segera meraba permukaan tanah di sekitarnya. Sebiji batu sebesar dua penumbuk diambilnya. Nampaknya dia tiada pilihan apabila pemburu itu mula bercakap melalui walkie talkie. Melaporkan bahawa Pakej X berada dalam lokasi ini. Siapa Pakej X? Adakah pemburu tersebut bermaksudkan dirinya? Gadis itu tertanya-tanya.

Nampaknya, dia mesti bertindak. Pemburu itu harus dimusnahkannya sebelum mereka yang lain datang mencarinya di sini. Dia nekad! Tanpa bertangguh, dia keluar dari tempatnya menyorok lalu menghempuk kepala lelaki itu dengan batu sekuat hati.Dia tidak berhenti selagi mangsanya tidak tersungkur.

Dia kemudiannya menanggalkan pakaian lelaki tersebut. Malah sempat mencuba kasutmangsanya. Agak longgar namun dia tidak kisah. Dia perlukan kasut untuk mengharung perjalanan seterusnya. Sorotan lampu suluh membuatkan dia terus saja menerpa arah belukar dan menanti di situ. Seorang lelaki tiba. Dia terkejut apabila melihat rakan setugasnya terkapar tanpa pakaian dan bermandikan darah.

Lelaki itu tergesa-gesa beredar. Dia mahu mengabarkan penemuan tersebut kepada kumpulannya yang bergerak tidak jauh dari situ.Gadis tadi keluar semula dari persembunyian dan mengambil kesemua barangan mangsa. Termasuk pisau lipat milik lelaki yang tidak dketahuinya masih hidup atau mati itu. Dia tidak mengambil masa yang lama. Kurangbeberapa saat, dia sudah pun meninggalkan mangsanya. Waktu yang sama, kedengaran bunyibeberapa ekor anjingpenjejak menyalak.

Tahulah dia, lelaki tadibergegas pergi kerana mahu memaklumkan ahli kumpulan yang lain.Waktu ini dia sedang berenang menuju ke seberang. Remang malamagak menyusahkan namun dia berjaya melepasinya. Dia kini sedang mendaki perbukitan menuju ke puncak. Hujan pula semakin deras. Situasi ini membuatkan kawasan yang hendak didakinya itu licin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience