BAB 4

Mystery & Detective Series 2687

Semenjak dari tadi Farah hanya menundukkan muka, pertanyaan wanita yang berada di hadapannya itu langsung tidak dihiraukan.

Nailun yang berdiri disebelah sudah mengeluh dengan kebisuan yang ditunjukkan gadis itu. Dia mengalih menghadap wajah kosong milik Farah.

“Saya minta maaf puan. Farah mungkin tak sengaja." Nailun memohon maaf.

“Tak sengaja awak kata ?! dia dah buat anak saya sampai tak sedarkan diri !" marah Faridah kemudian jelingan diberikan kepada Farah.

“Saya tak kira, saya akan saman dia !" kata Faridah lagi.

Farah sudah tersenyum sinis dengan ugutan yang diberikan Faridah, mummy kepada Ara dan wanita itu juga merupakan pengetua sekolah ini.

Nailun pula hanya menggarukan kepala, tak tahu apa yang hendak di perkata. Kalau dihalang wanita itu pun bukan ada apa-apa yang berubah.

Nailun sendiri pun tahu Faridah akan buat apa saja demi mendapatkan apa yang diinginkan. Anak dan emak sama saja ! tak habis-habis dengki dengan orang lain !

“Tolong la puan, Farah ada sebab dia sendiri. Kalau bukan sebab mulut anak puan sendiri dia tak kan pukul Ara." Nailun cuba menyebelahi Farah.

“Habis itu sekarang awak salahkan anak saya pula !" tengking Faridah pula.

“Bukan macam tu puan..." Nailun cuba mencari alasan lain.

“Kalau bukan macam tu macam mana lagi ?!" tanya Faridah. Dia memandang tajam Farah dan Nailun.

“Macam ni la, dalam hal ni dua-dua salah jadi saya rasa lebih baik mereka berdua berbaik semula. Minta maaf antara satu sama lain adalah jalan yang terbaik." Nailun memberi cadangan.

Dalam situasi begini ini saja cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah. Sudah tentu-tentu kedua pihak bersalah, jadi cara paling bernas ialah meminta maaf !

Faridah tergelak dengan cadangan yang diberikan Nailun. “Stupid ! saya tak kan suruh anak saya minta maaf dengan budak ni ! apa yang anak saya cakap semua betul ! "

Nailun memejam matanya rapat, sakit hati Nailun dibuatnya. Alih-alih pasal Inara yang mahu disebut- disebut sangat. Tak ada perkara lain dah ke ?!

Bulat mata Farah memandang Faridah, rasa macam mahu diterkam manusia yang berada dihadapannya itu. Hatinya yang sudah panas cuba di sabarkan.

”Saya tak kira, saya nak saman juga !" ujar Faridah nekad. Dia mahu ajar Farah cukup- cukup ! supaya selepas ini gadis itu tidak berani mahu mencari pasal.

Farah merengus kasar. “Baik. Kalau cikgu nak saman saya silakan, saya tak kisah !" Farah sudah menggenggam penumbuk.

Terbuntang biji mata Faridah mendengar kata-kata Farah. “Kurang ajar ! kakak kamu tak ajar cara nak hormat orang tua ke ?!"

“Cikgu jangan nak libatkan kakak saya ! cikgu yang patut ajar anak cikgu tu adab !" tempelak Farah sambil matanya tajam mencerlung wajah Faridah.

Nailun hanya menarik nafas apabila menghadapi situasi begini. Dia harus cepat-cepat meleraikan ketegangan itu, tidak mahu pekara lain pula yang terjadi kalau berlama-lama disitu.

“Macam ni la puan. Kalau puan masih nak guna pendekatan untuk menyaman Farah silakan." Nailun berhenti seketika.

“Tapi puan kena ingat, kalau wartawan dapat tahu pasal hal ni mesti mereka akan selidik lebih dalam tentang apa yang berlaku antara anak puan dan Farah. Lagipun anak puan yang tolak Farah dulu, Zaid ada sebagai saksi. Tentu- tentu dia akan berpihak kepada Farah." sambungnya lagi.

“Jadi puan tak kisah kalau muka anak puan merata dekat dada-dada akhbar ? kalau saya tanya Farah mesti dia tak kisah. Betul tak Farah ?" soal Nailun kepada Farah lalu matanya dikenyitkan sedikit.

Farah sudah mahu ketawa apabila melihat Nailun berbuat begitu. Dia hanya menayangkan sengihan panjang saja.

Terkesima Faridah dengan apa yang diperkata Nailun. Dia sudah buat muka kalut. Kalau wartawan dapat tahu habis la kedudukan dia dan suami. Pasti mereka akan mendapat malu nanti !

“Kalau tak ada apa-apa saya dan Farah minta diri dulu. Puan fikirkan apa yang saya cakap.Jom, Farah !" ujar Nailun lalu terus berlalu pergi.

Farah tersenyum sinis 'Nasib ada abang Nuh'. Ingat dia takut ke kalau Faridah mahu menyamannya. Dia tak takut okey ! dia segera membuntuti langkah Nailun.

Faridah sudah keras di tempat duduk. Hanya pandangan kosong yang dilemparkan kepada Nailun dan Farah yang sudah hilang dari balik pintu.

_________________________

Kaki Zaid mundar-mandir dihadapan bilik pengetua. Sesekali matanya melirik ke arah jam yang berada di tangan. ‘lamanya !'

Nailun dan Farah yang baru keluar dari bilik itu hanya membuat muka selamba sahaja. Terus mereka berdua mendapatkan Zaid yang berada tidak jauh dari situ.

“Macam mana ? apa yang jadi ?" soal Zaid cemas.

Farah dan Nailun berpandangan antara satu sama lain. Ada senyuman yang sukar di tafsir pada wajah mereka berdua.

“Chill la Zaid, hal boleh settle. Kau macam tak kenal Farah ni." Nailun sudah ketawa.

“Serius la ? abang Nuh dengan Farah buat apa ?" soal Zaid tak puas hati. Pandangannya langsung tak di larikan dari mereka berdua.

Farah menggosok- gosok dagunya. “Kami tak buat apa. Cuma ugut sikit je !"

“Serius la ugut ! korang bukan gengster tau !" Zaid sudah marah, terbeliak mata anak muda itu dibuatnya.

“Sorry ! abang Nuh yang ajar !" Farah menuding jari pada Nailun.

“Cis ! abang pula yang kena ?" Nailun menjegilkan mata kepada Farah.

“Yelah memang abang yang ajarkan ?"

“Abang ?"

Farah sudah tersengih sambil keningnya diangkat- angkat pada Zaid dan Nailun. Zaid sudah buat muka tercengang campur muka tak percaya.

“Serius la abang Nuh ? apa ajar Farah macam tu ?" Zaid memuncungkan bibir.

Farah ketawa lagi. “Farah tak tahu, Farah ikut saja !" ujar Farah lalu dia terus beredar meninggalkan Zaid dan Nailun dibelakang.

“Abang pun tak tahu ! kami gerak dulu, nanti kak Inara kamu risau pula. Bye Zaid !" Nailun pun meninggalkan Zaid yang sudah terkebil- kebil di situ.

“Abang Nuh ! Farah ! serius la !" laung Zaid kuat memanggil mereka berdua tetapi langsung tak dibalas panggilannya itu.

Zaid mendengus marah. Bengang betul Zaid ! boleh pula Farah dan Nailun main ugut-ugut orang. Kalau Faridah betul-betul buat laporan polis tak ke haru jadinya.

Tak faham Zaid dengan pemikiran abang sepupunya dan kawan baiknya itu. Ada-ada saja masalah yang dicari ! Zaid terus laju melangkah pergi dari bilik pengetua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience