BAB 7

Mystery & Detective Series 2687

Nailun berhenti betul-betul di hadapan kedai makan. Dia menoleh- noleh melihat sekeliling kawasan mencari kelibat lelaki yang dikejar pasukan mereka sebentar tadi.

Bayang-bayang lelaki yang memakai topi hitam dan topeng dimuka langsung tidak kelihatan. Hilang ! Nailun mendengus geram.

Adam yang berada disebelah sudah termengah- mengah kepenatan. Mungkin penat mengejar suspek yang dikehendaki oleh pihak polis itu. Nafasnya ditarik kasar.

“Koperal Karl dan Koperal Faiz cari ikut sana ! Adam, kau ikut aku !" arah Nailun kepada dua orang 'teammatenya' itu.

Karl dan Faiz sama-sama mengangguk faham. Laju mereka berlari masuk ke sebuah lorong. Nailun dan Adam pula memgambil jalan lain supaya mereka dapat mengepung lelaki itu.

“Nuh ! aku rasa dia dah terlepas la." ujar Adam sambil menarik lengan Nailun menyuruh lelaki itu berhenti dari berlari.

Kaki Nailun terus berhenti apabila melihat Adam sudah tidak larat. Dari tadi mereka mengejar namun tiada tanda-tanda suspek itu akan diberkas. Nailun sudah meramas rambutnya dengan kedua belah tangan.

“Macam mana dia boleh hilang macam tu je ! tak guna betul !" Nailun bedongkol geram.

“Biasa la orang jahat ni memang pandai." Adam mengambil telefon bimbit dan segera dia mendail nombor Karl.

“Macam mana ?" soal Adam. Nailun yang berada di sebelah hanya memandang.

“Tak dapat tuan, dia hilang !" jawab Karl sambil memandang Faiz.

“Okey tak pa, kita jumpa kat kereta semula." Adam terus menamatkan bualan dan kembali memandang Nailun sambil menggeleng.

Nailun pula sudah mengeluh. Bengang betul ! hari ni saja mereka sudah terlepas suspek yang paling dikehendaki pihak polis. Semua benda serba tak kena, macam- macam hal !

“Aku syak dia mesti dah tahu yang kita nak datang."

“Itu la aku pun rasa macam tu."

“Kau rasa ada orang bagi tau dia ke ?"

Adam diam memikir.

“Mungkin ya mungkin tak." jawab Adam bersahaja.

“Aku tahu mesti ada yang bagi tau dia !" Nailun membidas.

Adam menggarukan kepala sambil tersengih. “ Ya lah kalau kau cakap ada so ada la tu."

“Dah la jom kita balik kat kereta." ajak Nailun.

Mereka berdua terus berpatah balik. Rasanya terlalu jauh mereka mengejar penjahat itu tadi sampaikan kereta yang ditinggalkan di tepi jalan pun sudah tidak kelihatan.

Nailun dan Adam menyusuri lautan orang ramai yang sedang berpusu- pusu itu. Sewaktu mengejar tadi mereka tidak perasan pula ada pasar malam di situ patut la kereta bukan main banyak lagi.

Belum sampai separuh jalan kaki Nailun tiba-tiba berhenti. Dia perasan seperti ada seseorang yang sedang memerhatinya. Kepala Nailun terus tertoleh ke arah itu.

Lelaki yang memakai topi dan topeng tadi sedang memandang tepat ke arahnya ! tanpa melengahkan masa lagi Nailun terus mengejar apabila melihat lelaki itu sudah melarikan diri.

Adam yang tidak perasan Nailun sudah hilang menoleh mencari sahabatnya itu. Matanya laju menangkap kelibat Nailun yang sudah jauh meninggalkannya.

“Nuh ! " panggil Adam kuat. Kakinya juga turut mengikut langkah Nailun.

“Nuh !!!"

_________________________________

Lariannya dicepatkan. Nailun mengeluarkan pistol yang berada di dalam poketnya. Dihala pistol itu ke depan, betul- betul kepada lelaki yang memakai topi dan topeng hitam.

”Berhenti ! ” laung Nailun kuat.

“Saya cakap berhenti !!!" laung dia sekali lagi. Pistol yang berada ditangan dihalakan ke atas.

BAM ! BAM ! BAM !

Orang ramai yang lalu lalang di situ sudah menjerit apabila kedengaran bunyi tembakan dilepaskan ke udara. Lelaki yang dikejar Nailun sama sekali tidak memberhentikan lariannya.

Adam yang mengejar dari belakang juga sudah menarik nafas kasar. Risau dia dibuatnya ! Nailun pun satu, main terjah saja, bukan nak minta bantuan dari yang lain. Suka pandai-pandai ! kalau apa- apa terjadi dia juga yang akan di persalahkan.

Telefon bimbit dikeluarkan Adam. Laju dia mendail Karl dan Faiz. “Minta bantuan ! minta bantuan ! kami sedang mengejar suspek !"

Karl dan Faiz yang sudah sampai ke kereta terus mendapatkan bantuan dari bilik gerakkan. Kereta terus dihidupkan dan siren polis dipasang. Mereka terus bergerak ke tempat yang diberitahu Adam.

Nailun masih berusaha mengejar suspek walaupun dia sudah semput- semput. Digagah dirinya supaya bertahan lebih lama. Peluh yang sudah menitik dari dahi tidak dihiraukan. Apa yang dia tahu dia harus menangkap lelaki itu !

Lelaki yang memakai topi dan topeng itu tiba- tiba berhenti. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Tak ada jalan keluar ! dia dah terperangkap ! dia sudah cuak. Pasti polis dapat tangkapnya.

Belum sempat lelaki itu melarikan diri Nailun terlebih dahulu sampai ke situ. Pandangan mereka bersatu. Nailun tersenyum apabila melihat lelaki itu sudah terkepung.

Pistol yang ada pada tangan Nailun disimpan semula. Nailun sudah tergelak melihat muka cuak lelaki itu, pasti dia tak dapat lari lagi !

“Kau nak lari mana ?! ikut kami ke balai !" Perlahan- lahan Nailun berjalan ke depan.

“Jangan dekat !" Lelaki itu memberi amaran.

“Kami cuma nak kau bekerjasama ! itu je !" ujar Nailun.

“Aku dah cakap aku tak ada kena mengena dengan kes tu ! " marah lelaki itu pula.

“Kau jangan tipu !" tengking Nailun.

“Aku cakap betul la bodoh !"

Adam yang baru sampai sudah mengeluh lega. Nasib baik Nailun tak tembak lelaki itu ! Nailun ni bukan boleh kira, tak menyabar juga orangnya ! dia hanya memerhati saja mereka berdua. Adam masih menanti bantuan dari yang lain.

“Dah la kau tak boleh lari pun. Jom ikut kami ke balai." Nailun cuba berlembut. Gari yang berada di dalam poket dikeluarkan, Nailun berjalan mendapatkan lelaki itu.

Karl dan Faiz sudah sampai ke tempat itu bersama kereta polis yang lain. Adam dan yang lain pun turut menghampiri lelaki itu.

Tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau dari poket seluarnya. Adam yang baru perasan lelaki itu mengeluarkan pisau terus menjerit memanggil Nailun.

“Nuh ! jaga- jaga !"

Belum sempat Nailun perasan dan mahu mengelak tiba- tiba mata tajam pisau itu sudah selamat masuk ke dalam perutnya.

“Inspektor Nuh !!!" laung mereka semua yang berada di situ serentak.

Nailun tergamam. Darah merah yang mula mengalir dari perutnya itu hanya dipandang sepi. Perlahan- lahan tubuh Nailun rebah ke tanah.

Adam terus berlari mendapatkan Nailun dan terus memangku tubuh sahabatnya itu . “Nuh ! Nuh ! bangun ! kau dengar tak ? Nuh !"

“Panggil ambulans ! tolong ! panggil ambulans !" Adam sudah terjerit- jerit.

Pandangan Nailun tiba- tiba kabur. Dia hanya melihat suasana yang sedang kelam kabut itu. Dilihat lelaki tadi sudah pun diberkas pihak polis.

Apa yang dia ingat, telingannya hanya menangkap bunyi suara Adam memanggilnya berkali- kali sebelum pandangannya tiba- tiba jadi gelap gelita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience