BAB 6

Mystery & Detective Series 2687

Ketukkan pintu kedengaran dari arah luar. Tengku Irfan masih tekun dengan kerjanya. Bunyi derap kasut menghampiri Tengku Irfan. Dia sedia maklum gerangan yang sudah berhenti di depan mejanya.

“ Apa kau dapat Syam ?" pandangan Tengku Irfan di halakan kepada lelaki yang memakai jaket hitam itu.

Lelaki yang bernama Syam itu sudah tersengih. Fail biru yang berada di tangannya dihulurkan kepada Tengku Irfan.

Tengku Irfan menyambut huluran yang diberi Syam. Fail di depan diselak-selak teliti. Dia membaca semua maklumat yang berada di situ. Sekali-sekala dia mengangguk-ngangguk.

“Ini saja maklumat kau dapat ?" soal Tengku Irfan sambil memandang tajam Syam.

“Ya boss. Dia ada adik yang masih bersekolah. Bapa dengan mak dia dah meninggal 4 tahun lepas, jadi dia cuma tinggal berdua dengan adik dia. Rumah yang mereka duduk sekarang pun rumah parents dia orang." ujar Syam.

Tengku Irfan kembali menatap fail ditangan. Tangan yang digenggam dibawa ke bawah dagu. “Lagi ? orang sekeliling dia ?"

“ Dia ada berkawan dengan seorang Inspektor ni boss, kalau tak silap inspektor ni yang handle kes boss haritu. Apa yang saya siasat diaorang ni dah lama berkawan, dari kecil lagi." sambung Syam, gambar yang berada di dalam poket dikeluarkan dan diletak di atas meja.

Tengku Irfan mengambil gambar itu, dibelek lama. Tiba-tiba Tengku Irfan tersenyum sinis. Ya ! dia kenal lelaki yang berada di dalam gambar itu. Siapa lagi kalau bukan Inspektor Nuh Nailun !

Kalau tak silap dia, lelaki yang berada di dalam gambar itu la punca dia hampir dipenjara di sebabkan bukti yang dicari Nailun sendiri.

Kalau bukan sebab Inara menghapuskan bukti itu, pasti sekarang Tengku Irfan sudah selamat ke penjara. Tengku Irfan tersenyum sinis lagi.

“Bagus Syam ! aku suka kerja kau." Tengku Irfan meletak gambar Nuh Nailun kembali.

Syam tersengih apabila di puji oleh Tengku Irfan “Tapi boss, saya ada lagi satu maklumat. Pasti boss terkejut punya."

Kening Tengku Irfan tiba-tiba terangkat. “ What ?"

“Boss ingat lagi tak pasal kes 4 tahun lepas ?” Syam bertanya.

“Kes mana ?" Tengku Irfan seolah-olah sedang memikir.

“Kes Tengku Safuan la."

Tengku Irfan seperti mengingati sesuatu. “ Ya ! kes daddy aku yang pasal rasuan dan pengelewengan bank negara tu ke ?"

Syam mengangguk. “Kes tu la boss !"

“Apahal dengan kes tu ?" soal Tengku Irfan. Dia lagi berminat mahu mendengar apa yang diperkata Syam. Tiba-tiba lelaki itu mengaitkan kes 4 tahun lepas pasti ada yang menarik !

“Boss ingat peguam yang handle kes tu ? peguam Raja Malik ?"

Tengku Irfan lama mendiamkan diri lepastu baru dia mengangguk.

“Peguam yang menyusahkan tu ke ?" Tengku Irfan sudah buat muka marah.

“Yes ! yang tu la boss." Syam tersenyum lagi.

“Apa kaitan peguam bodoh tu dengan Inara ?" Tengku Irfan menyoal lagi.

“Guess what ? Raja Malik ialah bapa kepada Inara so apa yang Tengku fikir ?" Syam sudah menaikkan sebelah keningnya.

Terbuntang biji mata Tengku Irfan dengan berita yang baru disampaikan oleh orang suruhannya itu. Dia sama sekali tak percaya. Inara anak Raja Malik ?

“Are you serius ? kau jangan nak main-main dengan aku Syam !" tengking Tengku Irfan.

“Saya tak main-main boss ! saya dah siasat. Boss tak rasa pelik ke kenapa dia setia sangat dengan keluarga boss ?" Syam mengeluarkan sebuah sampul bewarna coklat. Terus diberi kepada Tengku Irfan.

Tengku Irfan mengeluarkan isi di dalam sampul itu. Terbeliak matanya apabila melihat sebuah pandrive yang sangat dia kenal.

“Tengku faham maksud saya kan ? dia cuma nak jatuhkan boss. Dan kemungkinan dia nak cari bukti pasal kes 4 tahun lepas." ujar Syam.

Tengku Irfan menggenggam pandrive yang berada di tangan. Mukanya sudah merah menahan marah. Jadi Inara tidak hapus bukti itu rupanya ! 'tak guna'

“Mana kau dapat pandrive ni ?"

“Adalah boss, saya pandai bab-bab macam ni." Syam memberikan sengihan.

Tengku Irfan hanya mengangguk faham. Badannya disandarkan kebelakang seketika. Lama dia mendiamkan diri, pandrive yang berada di depan mata dipandang tajam.

Tengku Irfan sedang memikirkan sesuatu. Dia harus melakukan sesuatu untuk menghapuskan Inara. Berani betul gadis itu menikam belakangnya !

Patutla selama ini Inara setia menerima apa-apa saja tugas dari keluarga mereka. Rupa-rupanya ada udang disebalik batu !

Tengku Irfan memusingkan kerusi ke kiri dan ke kanan, sedang mencari idea. Tiba-tiba ada sebuah senyuman jahat di bibir lelaki itu.

“Lepas ni aku tak nak dia masuk dalam keluarga aku. Biar dia hilang terus dari pandangan aku. Dia satu-satunya yang boleh jatuhkan keluarga aku jadi aku nak bagi dia diam ! Aku nak kau cari sesuatu yang boleh bagi aku kenakan dia. Sesuatu yang boleh buat dia tutup mulut untuk semua kejahatan yang aku buat.” Arah Tengku Irfan.

“Boss nak saya buat sekarang atau nanti ?" Syam menyoal.

“Tak pe, buat masa sekarang kita rilek dulu. Nanti sampai masanya baru kita action !" Tengku Irfan sudah tergelak jahat.

“Baik boss ! kalau macam tu saya keluar dulu." Syam meminta diri.

“Wait ! aku nak kau cari semua maklumat pasal adik dia. Aku nak tahu semua pasal Farah Marina, faham !”

“Lagi satu, aku nak kau bakar pandrive ni !" Tengku Irfan mencampak pandrive itu kepada Syam lalu tangannya dihala ke pintu tanda menyuruh lelaki itu keluar.

Syam mengangguk faham sambil melangkah keluar dari bilik kerja Tengku Irfan itu.

Tengku Irfan hanya memandang tajam fail yang berada di depannya. Semua maklumat dan hal peribadi Inara ada dalam fail yang bewarna biru itu.

Kali ini wajah Tengku Irfan bertukar menjadi bengis dan sinis ! seperti ada sesuatu yang buruk sedang dirancang dalam kepala lelaki itu.

‘Kau salah orang nak main Inara Medina ! kau cari nahas dengan aku ! kita tengok kau boleh menang tak bermain api dengan orang macam aku ?' Tengku Irfan bermonolog sendiri.

__________________________

Laju kaki Inara melangkah menuju ke biliknya yang terletak pada bahagian hujung pejabat itu. Beg kerja yang berada di tangan dicampak ke atas sofa yang berada ditengah ruangan bilik.

Inara mendekati rak-rak fail, matanya laju mencari sesuatu. Apabila sudah dapat apa yang dicari, Inara kemudiannya melangkah ke meja kerja.

Punggungnya segera dilabuhkan. Fail yang berada di hadapan Inara diteliti lama. Semua maklumat dibaca dengan tekun. Habis fail itu dibaca Inara menekan butang pada telefon pejabat.

“Syida, tolong masuk bilik saya sekejap." arah Inara kepada setiusahanya.

Mata Inara hanya memandang kerja yang ada di depan mata. Langsung tidak hiraukan Syida yang sudah melangkah masuk.

“Cik Inara panggil saya ?" soal Syida sambil tangan sudah siap untuk mencatat arahan yang akan diterima.

Inara mengangguk. “Saya nak awak call peguam Alif suruh dia approve kes Datuk Mirza. Pastu cakap kat dia dokumen kes penculikan bulan lepas tu nanti saya sendiri hantar kat office dia."

Syida hanya mengangguk laju. Dia terus mencatat semua arahan yang baru diterima oleh bossnya itu.

“Lagi satu tolong dapatkan saya coffee boleh ? latte please." Inara sudah menghadiahkan senyuman kepada Syida.

“More or less sugar ?" Syida bertanya pula.

“Harini no sugar, please."

Syida mengangguk faham sambil tersenyum. Dia terus melangkah mahu keluar dari bilik itu. Belum sempat sampai di pintu Syida memusingkan badan semula.

“Ouh boss ! saya baru teringat something." Syida sudah menepuk dahinya.

Inara yang ralit dengan kerjanya terus mengangkat muka. Kening Inara dinaikkan sedikit.

“Tadi Tengku Irfan ada call." Syida memberitahu.

Terus berubah wajah Inara. Dia tiba-tiba mendengus kasar. Tak suka apabila nama lelaki itu disebut. 'Apa lagi lelaki sorang ni nak ?'

“Tengku Irfan cakap dia dengan Tengku Safuan nak jumpa dengan boss." ujar Syida.

“Bila mereka nak jumpa saya ?" Inara menyoal pula. Matanya kembali menghadap pada kerja tadi.

“Sabtu ni. Skyworld hotel."

“Okey. Terima kasih Syida." ucap Inara.

“Kalau tak ada apa saya keluar dulu." Syida meminta diri lalu senyuman diukirkan kepada Inara.

Inara membalas senyuman setiausahanya itu sambil mengangguk. Dilihat saja bayang-bayang Syida hilang dari pandangannya.

Tiba-tiba ada keluhan kecil yang keluar dari mulut Inara. Pen yang berada ditangan dimain-main seketika.

Fikiran Inara merawang mengingati Tengku Irfan dan Tengku Safuan. Pasti ada pekara penting yang mahu dibincangkan. Kalau tidak pasti Tengku Irfan tidak menghubungi pejabatnya.

Inara mengeluh lagi, pandangannya segera dikalih menghadap suasana di luar cermin pejabat. Langit biru yang terbentang luas sedikit sebanyak memberi ketenangan buat Inara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience