BAB 5

Mystery & Detective Series 2687

Permandangan di luar tingkap kereta lebih menarik perhatian Farah. Dia hanya diam membisu dari keluar sekolah tadi sehingga sekarang.

Nailun yang sedang memandu di tempat pemandu pun tidak dihiraukan. Farah mengeluarkan earphone yang berada dalam beg lalu dipakaikan ke telinga.

Memang sudah menjadi rutin harian Farah untuk mendengar lagu menggunakan earphone sama ada di dalam kelas atau di mana saja.

Tujuan Farah berbuat begitu kerana dia tidak mahu mendengar suara-suara yang sering mengatanya. Dia tahu kebanyakkan pelajar di sekolahnya itu tidak menyukai Farah, sebab apa ? ya ! sebab dia merupakan adik kepada peguam terkenal, Inara Medina.

Kalau di sekolah dia tidak mempunyai ramai teman, hanya Zaid seorang betul- betul ikhlas berkawan dengan Farah. Itu pun sebab dia sudah lama mengenali Zaid, sejak mereka kecil lagi. Zaid merupakan adik sepupu kepada Nailun.

Sewaktu mereka kecil, Zaid selalu bertandang ke rumah Nailun. Dalam pada masa yang sama dia dan Zaid menjadi rapat sehingga mereka membesar bersama-sama seperti Inara dan Nailun sendiri.

Nailun yang sedang memandu hanya memerhati gadis itu tanpa riak. Dia tahu pasti gadis itu sedang marah kepada Inara sebab tidak hadir ke sekolah untuk berjumpa dengan pengetua.

Malah Inara sendiri menghantar dia sebagai wakil. Kata Inara dia perlu selesaikan kes penting hari ini, jadi tiada masa untuk diluangkan kepada Farah.

Last-last Nailun sendiri terpaksa menghulur bantuan untuk menjadi wakil penjaga kepada Farah. Dia pun sudah menganggap Farah seperti adiknya sendiri.

“Farah okey ?" tanya Nailun apabila gadis itu hanya mendiamkan diri dari tadi.

Farah hanya mengangguk mengiakan.

“Farah lapar tak ?" Nailun menyoal lagi apabila Farah tidak membuka mulut langsung.

“Tak." jawab Farah sepatah.

“Habis tu Farah nak pergi mana-mana tak ? abang Nuh boleh bawakan. Wayang nak ?" Nailun cuba memancing.

“Tak nak." kata Farah perlahan.

Nailun mengeluh. “Kalau main bowling nak ? Farah kan suka main bowling."

Farah menggeleng pula tanpa memandang Nailun langsung. Dia lebih suka melihat suasana di luar tingkap. Rasa itu lebih menarik perhatiannya berbanding apa yang ditawar Nailun sebentar tadi.

Nailun sudah terdiam tak tahu nak kata apa. Kalau orang tak mahu tak kan dia nak memaksa pula. Kan ? pandangannya ditumpu kembali pada pemanduan.

Suasana di dalam kereta itu senyap sunyi, hanya celoteh penyampai radio sahaja yang kedengaran.

“Kenapa bukan kak Nara yang datang ke sekolah Farah ?" Farah tiba-tiba bersuara apabila lama mereka berdua mendiamkan diri.

Nailun telan air liur. Macam susah saja soalan gadis itu pada pendengarannya. Bukan apa, sudah banyak kali Nailun mendapat soalan cepumas itu dari Farah

“Erm... Kak Nara sibuk. Itu sebab dia suruh abang Nuh yang datang." Nailun menjawab tenang.

“Tapi abang Nuh bukan abang Farah. Kenapa abang pula yang kena ambil tahu pasal Farah." ujar gadis itu sambil melihat ke luar tingkap.

Nailun hanya tersenyum dengan soalan gadis itu. “Siapa cakap abang Nuh bukan abang Farah ?" soal Nailun pula.

Terus wajah Farah dikalih menghadap Nailun. Dia memandang pelik Nailun sambil menunggu jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Sampai bila-bila pun abang akan jadi abang Farah. Abang anggap Farah dah macam adik abang pun, lagi pula abang kan tak ada adik."

“Tapi abang tetap bukan keluarga Farah. Kak Nara keluarga Farah." Gadis itu sudah buat merajuk.

Kakaknya selalu tiada masa, selalu sibuk dengan kerja sampaikan dia menimbulkan masalah di sekolah pun kakaknya tidak peduli !

“Farah kena faham, kak Nara sibuk kerja. Dia pun sibuk tangkap orang jahat jadi dia terpaksa bagi perhatian sikit." Nailun cuba memujuk.

“Ya ke kak Nara tangkap orang jahat ? tapi kawan- kawan Farah semua cakap kak Nara bersubahat dengan orang jahat !" Farah sudah menaikan suara.

Nailun mengeluh perlahan. “Abang rasa Farah tahu kenapa kak Nara buat macam tu kan ?" Nailun menaikkan sedikit keningnya.

“Farah tahu, lebih dari tahu ! tapi Farah tak suka kak Nara buat macam tu !" Farah mengiringkan badan dan terus dipejam matanya.

Nailun mengeluh sekali lagi. Terbit perasaan kasihan kepada gadis yang berusia 18 tahun itu. Sudah la kehilangan kasih sayang ibu bapanya di usia muda, satu-satunya keluarga yang ada pun selalu tiada masa mahu diluangkan bersama.

“Apa pun yang Farah fikir sekarang, abang nak Farah tahu satu hal. Abang akan jadi keluarga Farah sampai bila-bila pun. Kalau kak Nara tak ada masa jadi abang yang akan ganti tempat dia. So Farah tak payah risau, macam mana sekali pun abang akan ada untuk adik abang yang sorang ni." ucap Nailun panjang lebar.

Mendengar saja ucapan lelaki itu buat hati Farah tenang. Sekurang-kurangnya dia masih ada seorang abang untuk mengantikan tempat kakaknya. Gadis itu sudah tersenyum.

“Kalau abang Nuh asyik ada masa untuk Farah bila pula abang nak tangkap orang jahat ?" tiba-tiba Farah bersuara. Matanya masih dipejamkan.

Nailun hanya mampu tersenyum mendengar soalan gadis itu. Faham benar dengan Farah, tak merajuk dah la tu ! Nailun kembali menumpukan perhatian pada pemanduan.

Dibiar Farah tidur sebentar sementara mahu sampai ke rumah. Pasti gadis itu penat dengan apa yang berlaku di sekolah tadi. ' Tapi lepas ni mesti lagi penat kena membebel dengan Inara ' hati Nailun sudak ketawa.

________________________

Laju Farah berjalan masuk ke dalam rumah. Sempat dia berterima kasih pada Nailun tadi. Inara yang terpacak di permukaan pintu langsung tak dihiraukan.

“Farah Marina !" panggil Inara tetapi belum apa-apa lagi bayang Farah sudah hilang.

“Kakak tak pernah ajar Farah biadap !" Marah Inara apabila dia mendengar pintu bilik Farah ditutup kuat.

Nailun hanya memerhati pergaduhan dua beradik itu dari luar rumah. Sudah masak benar dengan kejadian sebegitu, hampir 2 tahun dia menghadap.

Mulut Inara sudah memuntahkan segala tidak puas hati. Dari A sampai Z ! semua pasal Farah ! langkah di atur kembali mendapatkan Nailun di luar rumah.

“Saya minta maaf pasal Farah. Sorry terpaksa kacau awak." Inara bersuara tetapi matanya tidak pandang Nailun. Mereka masih dalam mood perang sekarang.

“Tak pa la, saya pun tak berapa sibuk." ujar Nailun sambil memandang kakinya.

Mereka berdua tiba-tiba senyap.

Nailun berdehem seketika, bagi hilang sedikit janggal. Semejak pergaduhan di Mcdonald seminggu lepas, mereka mana ada berhubung.

Ini pun Inara terpaksa menelefon Nailun meminta pertolongan. Kalau tidak jangan harap ! dua-dua senyap sunyi. Dua-dua tak nak mengalah.

“Saya nak minta maaf pasal haritu." tiba-tiba Inara perlahan bersuara.

“Tak apa saya tak kisah. Saya dah biasa apa." balas Nailun sambil tersengih.

Inara sudah menjeling tajam. ‘Perli dia la tu !' baru nak berbaik-baik tak pasal kejap lagi melayang selipar yang dipakai Inara pada muka lelaki itu baru tau !

“Terima kasih tolong ambil Farah. Nanti ada masa saya belanja awak makan." ujar Inara sambil wajahnya dimaniskan.

“Okey beres ! saya gerak dulu, banyak kerja lagi kat balai tu.” Nailun meminta diri.

Dia melangkah mendapatkan kereta yang terparking di luar. Nailun melambai-lambai Inara sebelum keretanya laju memecut pergi. Terus bayang-bayang kereta Nailun hilang dari pandangan.

Inara bergerak pergi ke tong surat, ada beberapa keping surat yang masih elok tidak terusik. Laju tangan Inara mengambil. Dibelek satu-persatu. Semua tak menarik !

Inara mahu masuk ke dalam rumah semula tetapi langkahnya jadi terbantut seketika. Dia seakan terperasaan sesuatu. Pandangannya kembali menghadap pada luar pagar.

Inara memerhati lama sebuah kereta hitam yang terparking di bawah pokok tidak jauh dari rumahnya itu. Ya ! dia perasaan kereta itu setiap hari disitu semenjak seminggu yang lalu.

'Kereta siapa pula tu ?' Inara tiba-tiba jadi tidak sedap hati. Mungkin orang jahat ! Cepat-cepat dia masuk ke dalam rumah semula dan dikunci semua pintu.

“Jom gerak, aku rasa perempuan tu dah perasaan kita." ujar lelaki yang memakai jaket hitam kepada lelaki yang berada di tempat pemandu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience