BAB 10

Mystery & Detective Series 2687

“I rasa you berdua ni nampak macam sepadan saja."

Ujar Tengku Safuan sambil menghirup teh panas yang berada dalam cawannya. Raut wajahnya yang sudah memakan usia itu tenang saja.

Suapan Inara tiba- tiba jadi terbantut. Hairan dengan apa yang baru saja keluar dari mulut Tengku Safuan. Dia cuba hadam apa yang ingin diperkata lelaki lewat 70-an itu.

“Maaf Tengku, saya tak faham." ucap Inara sambil memandang Tengku Safuan.

Tengku Irfan yang duduk berhadapan dengan Inara hanya buat muka kurang minat dengan kata- kata daddynya itu.

Sesekali ada dia mencuri pandang melihat Inara selebihnya Tengku Irfan sibuk menyuap makanan ke dalam mulut. Maklum saja sekarang sudah masuk makan tengah hari.

Tajam saja pandangan Inara kepada Tengku Irfan. Meluat dia melihat lelaki itu !

“Means... you berdua sesuai kalau berkahwin." balas Tengku Safuan selamba. Dia kembali menghirup air teh.

Tersedak Inara dibuatnya dengan apa yang baru saja keluar dari mulut Tengku Safuan. Laju tangan Inara mencapai air masak di sebelah.

Tengku Irfan yang tengah syok makan tadi terus berhenti dengan serta- merta. Dia memberi senyuman sinis kepada Inara.

Geram Inara melihat Tengku Irfan sekarang ini. Rasa nak jahit saja bibir lelaki itu !

“Come on daddy, Irf masih muda. Tak best la kahwin muda- muda ni." ujar Tengku Irfan.

Sudu dan garfu di tangan Tengku Irfan di letak dan juice orange yang berada dalam cawan dihirup cermat. Kemudian dia memaling menghadap Tengku Safuan.

“Irf tak sedia nak jadi suami. Daddy tahu kan my attitude macam mana ?" Tengku Irfan mengengit matanya sedikit.

Tengku Safuan memandang anaknya itu tidak puas hati. Faham benar dengan perangai si anak, kaki perempuan ! tak tahu sampai bila anaknya itu mahu lebih serius. Dia tidak kisah kalau Tengku Irfan mahu jadi apa sekali pun, yang penting tidak jatuhkan maruahnya sudah.

Ini tidak, siang malam keluar pergi clubbing, kehulu kehilir bawa anak dara orang sampaikan wartawan di luar sana asyik datang ke pejabat Tengku Safuan semata- mata mahu bertanyakan hal itu.

“Betul Tengku, saya sendiri pun tak ready untuk jadi wife sesiapa. Saya masih nak tumpukan perhatian for my job." Inara pula mencelah.

Inara pandang Tengku Irfan dengan muka marah. Tengku Irfan membalas kembali pandangan Inara dengan muka jengkel.

“Tapi kalau you berdua kahwin kita sama- sama untung. Lagipun Inara dah lama bekerja dengan kita Irf, jadi apa salahnya kalau you berdua disatukan ?"

Tengku Safuan memandang wajah mereka berdua silih berganti kemudian keningnya sedikit diangkat.

“Apa yang untungnya ?" soal Tengku Irfan seperti berminat.

Tengku Safuan sudah tersenyum dan Inara pula buat muka tak percaya dengan soalan yang diberi Tengku Irfan. Ingat kahwin ni main- main ke ?

“You tahu kan Inara ni lawyer family kita jadi secara tak langsung semua rahsia kita dia pegang. So bila Inara kahwin dengan Irf mesti dia tak kan tikam belakang kita, right Inara ?" Tengku Safuan memberi senyuman kepada Inara.

Tengku Irfan pula sudah tersenyum penuh makna. Matanya tak lari dari melihat wajah tidak tentu arah Inara.

“Yes Tengku." jawab Inara perlahan.

“So you Inara, akan dapat apa saja yang you nak kalau you kahwin dengan Irf. Kami akan tunaikan apa saja permintaan you asalkan you tutup mulut untuk kami." sambung Tengku Safuan.

“Maksud Tengku ?" soal Inara ragu- ragu.

“Maksud i...kami nak tahu sesetia mana you pada keluarga i." Tengku Safuan tersenyum lagi. Air teh yang berada dalam cawan dihirup lagi.

Riak wajah Inara kosong, cuba hadam dengan apa yang baru saja dicadangkan Tengku Safuan. Oh kejap ! itu bukan cadangan tetapi lebih kepada paksaan sebenarnya.

Tengku Irfan sudah mahu ketawa melihat riaksi yang diberikan Inara. Dia juga seperti pelik dengan apa yang baru disampaikan Tengku Safuan.

Sekali dengar memang seperti cadangan yang diberikan daddynya itu tapi bila difikirkan balik mungkin itu ugutan yang baru saja dikeluarkan.

“But daddy, Inara bukan taste Irf." ujar Tengku Irfan laju.

“Lama- lama nanti dia jadi taste you la. Cuba kenal- kenal dulu. Right Nara ?"

Inara hanya diam tak tahu nak kata apa. Dia hanya memberikan sunyuman tak ikhlas. Inara tidak suka dengan apa yang dicadangkan Tengku Safuan ! dia benci ! suka- suka dua beranak itu mahu mengatur hidupnya.

“So boleh la Irf bawa Nara gi clubbing malam ni. Kata nak kenal- kenal." Tengku Irfan senyum sinis.

Tajam anak mata Inara menikam Tengku Irfan. Seperti ada api saja di dalam sepasang anak mata cantik itu. Dia menjeling Tengku Irfan.

“No Irf, not Nara okey. Nanti mummy bising." Tengku Safuan menaikan jari telunjuknya, di gerak ke kiri dan ke kanan tanda membantah dengan anaknya.

“Kalau macam tu kita pergi minum- minum la. Banyak Irf nak tanya dia. Betul tak sayang ?"

“Of course, my pleasure." balas Inara

Tengku Irfan dan Inara saling membalas pandang. Ada senyuman sinis pada bibir mereka berdua

_______________________________

Inara menggenggam kuat penumbuk. Wajahnya yang sedikit pucat di dalam cermin ditatap lama kemudian dia menarik nafas kasar.

Paip air dibuka Inara laju dan dengan pantas kedua tangannya dialirkan ke bawah air yang sedang keluar. Kedua tangannya digosok kasar, sesekali dia mendengus geram.

“Tak guna ! kau memang nak kena Tengku Irfan !" marah Inara.

Paip air terus di tutup kasar. Tercungap- cungap dia menarik nafas. Hatinya betul- betul sakit ! Inara terus tersandar pada dinding bilik air, rambutnya yang sedikit terjurai ke depan di bawa ke belakang.

Tiba- tiba ketawa Inara terkeluar apabila matanya jatuh pada cermin singki.

“Kau nak jadi suami aku ? kau tak layak !"

Inara menyoal dirinya sendiri sambil tersenyum sinis.

“Aku akan pastikan kau melutut dekat aku !" ujar Inara dengan wajah bengis.

Kedua tangannya ditongkat pada permukaan singki. Lama Inara berkeadaan begitu. Lepas puas berfikir baru lah dia bejalan keluar dari bilik air.

Belum sampai beberapa tapak Inara melangkah, pandangannya sudah di saji dengan Tengku Irfan. Hati Inara yang sudah sejuk tadi kembali panas. Ada saja lelaki ini dimana- mana. Macam hantu muncul !

Langkahnya Inara diteruskan, tak pandang Tengku Irfan yang sedang elok berdiri di situ sambil kedua tangannya di masuk ke dalam poket seluar.

Tengku Irfan tergelak apabila Inara buat- buat tak nampak dia. Laju tangan Tengku Irfan menyambar pergelangan tangan Inara.

Teberhenti langkah Inara, tajam mata dia menikam anak mata lelaki itu.

“Lepas." kata Inara sambil cuba ditahan marahnya.

Tengku Irfan tersenyum sinis. “Kalau aku tak nak ?"

Inara menarik nafas kasar. Terus direntap tangannya yang dipegang oleh Tengku Irfan. Kejap saja tangan mereka berdua terlerai. Tengku Irfan sudah ketawa melihat riaksi Inara, garang !

“Tak elok marah- marah, nanti aku tak jadi nak ambil jadi isteri." ujar Tengku Irfan dengan sisa tawanya.

Inara menjeling.“Aku tak mati pun kalau tak jadi wife kau !" Inara menekan sedikit perkataan MATI itu.

Tengku Irfan mengangguk- angguk. “Okey ! kita tengok siapa mati dulu."

Inara buat tidak peduli, malas mahu layan lelaki gila dihadapannya itu. Baru saja Inara mahu melangkah pergi tapi Tengku Irfan lebih pantas menghalang.

“Wait, aku belum habis lagi."

Inara mendengus.

“Kau nak apa sebenarnya ?"

Tiba-tiba Tengku Irfan memberi senyuman manis kepada Inara. Perlahan- lahan dia mendekati Inara. Wajah Tengku Irfan dibawa betul- betul ke tepi telinga gadis itu.

Tubuh Inara yang tadi tegak tiba- tiba terasa seperti diawangan apabila hembusan nafas Tengku Irfan betul- betul kena pada kulitnya.

“Aku cuma nak ingatkan. Jangan sesekali bermain dengan api, takut suatu hari nanti bakar diri sendiri pula. Takut nyawa kau dekat hujung jari aku saja." ucap Tengku Irfan perlahan.

Terkesima Inara mendengar apa yang di sampaikan Tengku Irfan. Dia berkalih memandang wajah lelaki itu, ada senyuman sinis pada bibir itu.

“Jangan lupa."

Habis saja Tengku Irfan berkata, dia terus pergi dari situ.

Inara pula masih statik berdiri di situ, tak ada tanda- tanda dia mahu bergerak. Dia memejam matanya rapat, seperti mencari nafas baru. Dia bukan takut dengan apa yang yang di ugut lelaki itu, tetapi dia takut peluang tidak berpihak kepadanya.

‘Aku akan pastikan api tu yang bakar kau !'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience