BAB 1

Mystery & Detective Series 2687

Suasana di dalam dewan perbicaraan menjadi riuh rendah selepas hakim memberi kata putus. Ada yang berbisik sesama sendiri, ada yang buat muka tidak puas hati dan ada juga yang sudah menangis tersedu- sedu.

Inara yang berada di meja pembela sudah menarik nafas dalam- dalam. Wajahnya ditundukkan, tidak sanggup mahu melihat wanita tua yang sedang duduk tidak jauhnya darinya.

Beberapa fail yang berada di hadapannya ditutup perlahan. Pandangan Inara dikalih menghadap lelaki yang duduk disebelahnya dengan lengkap berpakain penjara.

Ada garis senyuman pada bibir lelaki itu. Tajam anak mata Inara menikam seraut wajah kacak milik lelaki yang bernama Tengku Irfan itu.

Inara perlahan- lahan menggenggam penumbuknya. Lelaki itu masih boleh tersenyum dengan apa yang dilakukannya ? dasar lelaki tak guna !

Inara cepat- cepat bangun, dia tidak betah lagi duduk di situ lama- lama. Takut hatinya yang rasa bersalah itu bertukar arah pula. Baru saja Inara mahu melangkah tiba- tiba Tengku Irfan bersuara.

“ Good job, mesti daddy i lagi sayangkan you." Kata Tengku Irfan beserta dengan senyuman sinis.

Tangannya yang bergari dinaikkan ke atas, mahu menayangkan kepada Inara. “Thanks for this." ucapnya bersaja.

Inara yang mendengar kata- kata Tengku Irfan itu terus menghadiakan jelingan. Beg yang berada di tangan di genggam kuat.

Langkahnya yang tebantut tadi diteruskan. Dia terus keluar dari dewan perbicaraan itu tanpa menoleh langsung melihat Tengku Irfan.

Pelbagai perasaan yang sedang dia rasakan kini. Marah, malu, meluat dan menyampah dengan diri sendiri ! dia tidak punya pilihan, ini saja peluang yang dia ada.

Dari jauh Tengku Irfan hanya memandang Inara dengan senyuman yang sukar ditafsir. Pagawai polis yang mengawasinya hanya memandang pelik.

Pandangan Tengku Irfan kemudian jatuh pula pada wanita tua yang sedari tadi memandang perlakuan dia dan Inara. Ada linangan air mata pada wajah yang sudah memakan usia itu.

Belum sempat wanita tua itu mendekati Tengku Irfan dia sudah pun di bawa keluar oleh beberapa pegawai polis. Wanita tua itu hanya memandang kosong.

Tiba- tiba raut wajahnya seakan mengingati sesuatu. Terus laju dia berlari keluar dari dewan perbicaraan dan berlalu ke tempat letak kereta. Kepalanya ditoleh- toleh mencari seseorang.

Baru saja Inara mahu membuka pintu kereta tetapi pergerakan dia terbantut apabila seseorang meraih tangannya. Dia memusing ke belakang.

Dilihat wanita tua tadi benar- benar berada di hadapan Inara. Tergamam Inara dibuatnya apabila melihat ada linangan air mata pada wajah itu.

“Cik ! tolong mak cik ! mak cik tahu memang dia yang bersalah. Tolong buat dia dipenjarakan !" ujar wanita tua itu sambil menggenggam tangan Inara.

Terdiam Inara mendengar permintaan wanita tua itu. Dia memejamkan matanya rapat. ‘Sabar Inara sabar ! kau kena kuat' hatinya berkata.

“Mak cik, saya minta maaf. Saya tak boleh bantu." Inara menolak lembut tangan wanita tua itu.

”Tolong la cik ! saya tahu anak saya bukan bunuh diri ! dia dibunuh !" wanita tua itu sudah menangis teresak- esak. Dia juga menarik- narik tubuh Inara yang agak langsing itu.

Pandangan Inara hanya sepi melihat tangisan wanita tua itu. Dibiar tubuhnya begerak kesana kesini mengikut tarikkan wanita tua itu.

Mata Inara sudah mahu berair. Segera dia menolak tangan milik wanita tua itu. Dikeraskan hatinya supaya tidak menjadi belas kasihan.

Dia tidak mahu berada di situ, dia tidak sanggup melihat semua itu. Dia harus kuat. Ya ! dia harus kuat. Masih ada pekara penting yang harus di selesaikan olehnya.

“Saya minta maaf. Saya pergi dulu." Inara meminta diri.

Segera dia masuk ke dalam kereta dan kemudian enjin di hidupkan. Kereta BMW putih itu bergerak dari tempat letak kereta.

Wanita tua tadi sudah terjelopok di atas lantai sambil meraung- raung memanggil Inara. Inara menoleh menghadap cermin sisi untuk melihat.

Makin lama bayang- bayang wanita tua itu hilang apabila keretanya sudah membelok keluar dari situ. Laju Inara menekan pedal minyak, kereta BMW itu terus membelah jalan raya.

'Maaf. Belum sampai masa untuk aku jatuhkan dia' kata Inara di dalam hati.

____________________

Tergopoh- gapah Adam berlari ke ruangan kerja, bagai tidak cukup tanah dibuatnya. Terbantut niat Adam mahu membancuh kopi di pantri tadi apabila dia menerima panggilan dari seseorang.

“Nuh ! bad news !" laung Adam dari jauh.

Nailun hanya abaikan Adam yang sudah tersemput- semput akibat berlari tadi. Wajahnya masih sibuk menatap skrin komputer di hadapannya dan jarinya juga laju menaip papan kekunci.

Melihat riaksi kawannya itu buat Adam mendengus. Geram ! rasa nak hempuk saja lelaki di depannya itu. Saat- saat genting macam ni pun dia masih sibuk menaip itu dan ini. Masalah mereka sekarang lagi rumit !

“Woi Nuh ! kau dengar tak apa aku cakap ni ?!" soal Adam dengan muka menyinga.

“Apa...apa kau cakap ?" soal Nailun kembali.

“Aku cakap bad news ! kita dalam kegawatan ni !" ujar Adam lagi sekali.

“Apa yang bad news sangat sampai kau mengelupur ni ?" lagi sekali Nailun bertanya, matanya langsung tidak memandang Adam.

“Gila aku tak mengelupur ? habis kita habis !" Adam buat muka cuak pula sambil kedua tangannya memegang kepala.

Terhenti terus kerja Nailun, nafasnya ditarik dalam- dalam. Naik bengang dia dengan perangai Adam. Dari tadi tak habis dengan bad news dia tu ! tapi tak cakap- cakap juga apa yang bad news sangat tu !

“Ishh la kau ni ! dari tadi bad news bad news tapi tak cakap apa yang bad news tu !" marah Nailun sambil menghadap Adam.

Adam pula sudah tersengih. Akibat gelabah punya pasal terus dia lupa mahu memberitahu Nailun.

“Pasal kes Tengku Irfan !"

Mata Nailun terbuka luas selepas mendengar nama lelaki itu. Kedua belah tangan yang digenggamnya di letak di bawah dagu.

“Macam mana ?" soal Nailun tenang.

Adam menggeleng. “Dia dibebaskan !"

Nailun memejamkan mata apabila mendengar jawapan itu. “ Are you sure Inspektor Adam ?"

“ Yes. Hundred percents !" Adam hanya mengangguk.

“ Sebab ?" Soal Nailun lagi.

“Tiada bukti kukuh." Adam mengeluh panjang. Kerusi yang berada di hadapan meja Nailun ditarik dan kemudian punggungnya dilabuhkan di situ.

“Tak ada bukti ? habis tu rakaman CCTV tu apa ? dah terang- terang dia kan ? hakim buat kerja ke tak ?" Soal Nailun bertalu- talu.

Adam hanya buat muka toya. Banyak betul soalan si Nailun ni ! kot ia pun satu- satu la tanya, ini tidak habis semua dia sapu. Hadoi !

“Aku rasa orang dalam. Macam la kau tak tahu. Kau faham apa maksud aku kan ?" Adam menjongketkan keningnya.

“Maksud kau..." Nailun sudah terdiam. Dia seakan mengerti apa yang hendak disampaikan Adam.

“Yes ! Inara ! sebab kes ni dari awal dia yang handle." beritahu Adam berhati- hati. Dia tidak mahu mood Nailun tiba- tiba bertukar.

Bukan dia tidak kenal sahabatnya itu, pantang kalau bercakap buruk- buruk pasal Inara. Maklum saja gadis itu kawan baik Nailun dari kecil lagi.

Tetapi apa yang Adam tidak faham mengapa Nailun masih mempertahankan Inara sedangkan gadis itu sudah sah bersalah kerana berpihak kepada pesalah.

Kerjaya Inara sebagai peguam telah mengubah gadis itu menjadi orang lain. Kata Nailun, Inara mempunyai sebab- sebab tertentu untuk mengabaikan undang- undang jika melibatkan Tengku Irfan.

Tetapi salah tetap salah ! gadis itu sudah memutar belit undang- undang. Sama saja seperti pesalah- pesalah yang berada di luar sana.

Inara merupakan peguam peribadi keluarga Tengku Irfan dan secara tidak langsung apa- apa saja kes yang melibatkan keluarga itu akan diuruskan oleh Inara. Dan yang pasti, mereka tidak akan dijatuhkan hukuman. Semua disebabkan gadis yang bernama Inara Medina !

“Kalau bukan sebab tu pasti Tengku Irfan tak akan terlepas punya." sambung Adam apabila dia melihat Nailun hanya diam sambil termenung.

“Betul tak aku cakap ?" soal Adam pula bila lelaki itu tiada tanda- tanda mahu bersuara.

Nailun mengeluh perlahan. Dia segera bangun dari tempat duduknya. Komputer yang berada di hadapan ditekan suis tutup. Jaket yang tersangkut di kerusi di dicapai.

Adam hanya memandang pelik. “ Ehh kejap ! kau nak ke mana pula ? kita banyak lagi kes nak settle ni."

“Aku nak jumpa Inara. Aku nak pujuk dia mungkin kali ni berkesan." jawab Nailun lalu kakinya terus melangkah meninggalkan Adam di situ.

“ Nuh ! kau tak kan berjaya ! sama je macam sebelum ni !" Adam sudah terpekik- pekik.

”Inspektor Nuh Nailun ! " jerit Adam kuat. Hampir satu ruangan pejabat itu boleh dengar. Semua mata di situ sudah memandang dia.

Belum sempat Adam bersuara satu cawan plastik yang entah terbang dari mana tiba- tiba hinggap tepat pada kepalanya.

“Woi ! siapa yang baling ?! sakit la !" Tempelak Adam sambil tangannya mengusap- usap kepala.

“Saya yang baling !"

Satu suara yang entah datang dari mana tiba- tiba menyentak Adam. Kepalanya di dongakkan ke atas untuk melihat tuan empunya badan.

Mereka lain yang berada di situ sudah menahan ketawa melihat muka Adam yang sudah pucat lesi itu. Maklum saja kena bambu dengan bos la katakan !

“Erkk ? tuan !" Pandangan Adam terus disaji dengan seorang lelaki yang memakai cermin mata dan sut hitam. Hanya sengihan yang diberikan Adam.

“Inspektor Adam ! jumpa saya sekarang !" arah lelaki itu. Tegas !

Adam mengeluh panjang. Tadi dah bala ni lagi satu bala ! ' apa la nasib aku ? ni semua sebab Nuh Nailun ! tak guna kau Nuh !' terus Adam membuntuti lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience