BAB 3

Mystery & Detective Series 2687

Buku teks yang berada di atas meja di tutup rapat dan di simpan Farah ke dalam beg sandangnya. Kelas bahasa Melayu baru sahaja tamat.

Hiruk-pikuk suara yang berada dalam kelas 6A1 itu langsung tidak dihiraukan oleh Farah. Earphone yang berada didalam poket dikeluarkan dan disumbat ke dalam telinga.

Sekejap saja lagu beautiful nyanyian dari Bazzi dan Camila Cabello berkumandang. Mata Farah terus tertumpu pada buku di tangan. Cermin mata yang terlorot sedikit kebawah dibetulkan.

Belum sempat dia menyelak helaian seterusnya tiba-tiba ada tangan yang menarik buku itu. Kepala Farah terus dinaikkan. Dia hanya memandang tajam gadis yang sedang tersengih.

“Rahsia menjadi pelajar cemerlang ? menarik !” ujar gadis yang memakai tag nama Ara itu.

Buku yang berada di tangannya dibelek-belek lama olehnya kemudian terus di campak buku itu ke lantai. Ara terus memberi senyum sinis kepada Farah.

“Apa masalah kau ? campak-campak buku aku !" marah Farah. Wajahnya sudah dimasamkan.

Ara tergelak. “Tak ada masalah, saja aku campak buku kau. Lagipun buku tu tak membantu kau jadi pandai pun !"

Kawan-kawan Ara yang ada bersama disitu sudah menunjukkan muka jengkel buat Farah. Mereka hanya tersenyum sinis melihat adegan yang berada di depan mata.

Farah menarik nafas geram. Kalau tidak disabar hatinya pasti saja muka cantik Ara sudah lama di ganyangnya dan dibenam ke dalam tanah !

Tapi bila difikirkan Farah balik tentu saja dia yang akan dipersalahkan jika mencari pasal dengan gadis yang bernama Ara itu, maklum saja gadis itu merupakan anak kepada pengetua dan sekaligus pemilik sekolah swasta ini.

Malas Farah mahu melayan manusia yang berada di hadapannya itu. Dia terus bangun mendapatkan buku yang sudah di campak Ara tadi.

Laju tangan Farah memasukkan buku itu ke dalam beg semula. Barang yang lain juga dikemas dan dimasukkan ke dalam beg.

“Kau nak pergi mana ni ?" soal Ara apabila melihat Farah mahu beredar.

“Ikut suka aku la nak pergi mana kaki aku kan ?" jawab Farah tanpa menghiraukan Ara.

“Eh perempuan ! kau ingat ni sekolah bapa kau ke suka-suka nak ponteng ?!" tengking Ara.

Farah pula hanya tersenyum sinis. “Aku tak cakap pun sekolah bapa aku. Bukan ni sekolah bapa kau ke ? tu sebab kau naik tocang !"

Ara mendengus geram apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut musuhnya itu. Benci betul dia melihat Farah ! dia tidak suka gadis itu dari dulu lagi.

Farah lagi hebat dan pandai darinya, semua cikgu yang berada di sekolah itu selalu memuji dan membandingkan kepandaian dia dan Farah.

Walaupun dia anak kepada pengetua sekolah namun dia selalu kalah dengan Farah dalam semua hal. Itu sebab dia terlalu membencikan Farah !

Belum sempat Farah mahu melangkah pergi tiba- tiba rambutnya ditarik kasar oleh Ara, terus terdorong Farah ke belakang.

“Lepas la ! sakit !" Farah menjerit.

Semua yang berada dalam kelas itu sudah terdiam. Mereka hanya melihat saja Farah dibuli oleh Ara, malas mahu mengambil kisah. Tidak pasal-pasal mereka pula terheret sama nanti.

“Hey perempuan ! aku dah lama tak puas hati dengan kau. Kau ingat kau bagus sangat ? kau ingat kau pandai sangat ? mentang-mentang semua cikgu sayang kau !" tempelak Ara. Laju tangannya menolak badan Farah hingga gadis itu terjatuh.

Farah terjerit sedikit apabila sikunya sudah selamat mencium lantai. Di usap perlahan- lahan sikunya itu.

“Kau dengki apa dengan aku Ara ? kalau dah semua cikgu sayang aku apa masalahnya ?!" marah Farah pula. Dia betul-betul tak boleh besabar.

Ara tunjuk muka meluat. “Kau tu tak layak dapat perhatian tahu tak ! kau tu bukan dari keluarga baik- baik ! kakak kau pun guna duit haram jadi kau tak layak untuk jadi pandai !" Ara menunjal-nunjal dahi Farah.

Tersentak Farah dengan apa yang dicakap Ara. Dia menggenggam penumbuk. Matanya tajam menikam anak mata Ara. Api kemarahannya tiba- tiba naik apabila nama Inara disebut.

“Apa ? tak betul aku cakap ? memang kakak kau ambil duit haram kan ? kakak kau tu jenis peguam tak guna, peguam yang bela pesalah !" Hina Ara sambil tersenyum sinis.

Farah terus memejamkan matanya rapat-rapat. Hati yang hampir terbakar cuba disabar. Cukup pantang Farah apabila ada yang menghina Inara.

“Apa kau cakap ?" soal Farah dengan wajah yang menyinga.

“Aku cakap kakak kau peguam tak guna ! peguam yang makan duit..."

Belum habis Ara menyudahkan ayatnya tiba- tiba Farah sudah menolak tubuh gadis itu kebelakang. Tersungkur Ara dibuatnya.

“Kau jangan nak kurang ajar ! kakak aku tak macam tu !" Farah menengking sambil kakinya laju mendapatkan Ara.

Wajah Ara ditampar Farah berkali-kali sampai gadis itu lunyai tidak berdaya. Kawan-kawan Ara yang hanya tercegat tadi cuba menghentikan pergaduhan itu, ditarik tangan Farah kuat tetapi tenaga gadis itu seakan-akan tiada penghujung.

“Farah !" laung seorang lelaki yang baru datang dari luar kelas.

Farah seakan tersedar dengan kelakuannya apabila mendengar namanya dipanggil. Farah terus mengundur ke belakang, di lihat Ara sudah tidak sedarkan diri.

“Apa awak dah buat ni Farah ?" soal Zaid dengan muka risau. Dia hanya memandang Farah dengan pelbagai persoalan.

Zaid merupakan ketua pelajar di sekolah itu. Dia juga merupakan satu-satunya manusia yang mahu berkawan dengan Farah. Walaupun mereka bukan dari kelas yang sama tetapi mereka masih boleh menjadi rakan baik.

Tergamam Farah dibuatnya. ‘Apa aku dah buat ?' soal Farah dalam hati.

Dia memandang Zaid kemudian pandangannya jatuh pula pada Ara. Kakinya diundur perlahan- lahan ke belakang. Farah terus terduduk di atas kerusi.

“Bawa dia pergi bilik rawatan. Now !" arah Zaid kepada rakan-rakan Ara.

Laju saja mereka mengangkat gadis itu pergi. Farah yang berada di kerusi masih terdiam. Riak wajahnya kosong ! wajahnya seakan-akan mati.

“Farah, kenapa awak buat macam tu ? awak tahu kan awak dah tempah masalah !" marah Zaid.

“Saya tahu.” jawab Farah bersahaja.

“Kalau awak tahu kenapa awak pergi belasah dia ?" Zaid menyoal lagi.

“Sebab dia hina kakak saya.” ujar Farah perlahan.

Farah mengangkat muka memandang Zaid. Ada air jernih dimata gadis itu. Sayu Zaid melihat wajah di hadapanya sekarang. Zaid tahu gadis itu pasti sangat-sangat kecewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience