BAB 9

Mystery & Detective Series 2687

Farah memulas tombol pintu perlahan kemudian dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia terus melemparkan pandangan tajam kepada Nailun dan Adam yang sedang bersembang.

Gadis itu buat muka tak puas hati. Laju langkahnya diatur ke arah katil yang diduduki Nailun. Kotak putih yang berada di tangan segera di letak kasar di hadapan Nailun.

“Apa yang sakitnya, macam sihat je !" Farah mencebik.

Nailun dan Adam sudah tersengih panjang. Laju mereka berdua menyambar kotak yang dibawa Farah tadi. Bersinar- sinar mata mereka berdua melihat isi yang ada di dalamnya.

“Cheese cake !" Nailun sedikit teruja.

Dah lama sebenarnya dia mahu makan cheese cake tapi sebelum ini asyik sibuk memanjang saja, mana nak sempat pergi membeli.

Bila dah terkandas dekat hospital ni mula la tekaknya mengidam macam - macam. Nak diharapkan Adam yang tolong belikan, hampeh !

Boleh kempunan la Nailun sampai bila- bila. Itu yang dia guna Farah jadi kambing hitam bila gadis itu memang mahu datang melawatnya.

“Mana yang sakit ? kat situ ke ?" Farah meluruskan jarinya ke arah kepala Nailun.

“Mana ada, abang memang sakit betul- betul la !" ucap Nailun dengan selamba.

Cheese cake tadi sudah selamat masuk ke dalam mulut Nailun. Dia memejamkan mata seolah- olah sedang menikmati makanan kegemarannya itu.

Adam disebelah sudah telan air liur. Tiba- tiba dia teringin pula melihat cheese cake yang dimakan Nailun. Perlahan- lahan tangannya cuba mengambil cheese cake itu.

Nailun yang perasan dengan tindakan sahabatnya itu segera menepis kuat tangan Adam. Terus lelaki itu mengadu kesakitan.

“Kedekut ! sikit pun tak bagi." Adam mencebik.

Farah hanya menggeleng sambil ketawa. Ada -ada saja perangai mereka berdua !

“Abang Nuh macam tak sakit. Tengok macam terlebih sihat la pula." komen Farah.

Mana tidaknya, berselera sungguh lelaki itu makan cheese cake yang dibawanya. Tadi call bukan main lagi merayu suruh dia belikan cheese cake.

Kata Nailun apa saja permintaan orang sakit mesti segera ditunaikan supaya nanti orang sakit itu cepat sembuh. Petua mana lah yang dipakai lelaki itu, tak logik langsung.

“Memang la tak sakit , tapi tekak ni yang sakit. Orang cakap namanya mengidam, macam orang mengandung tu. Tapi ni lain sikit, mengindam orang kena tembak memang macam ni." Nailun tersengih panjang.

“Puihh ! propa sangat." Adam buat muka paling menyampah.

Farah menunjukkan muka pelik.“Ada pula macam tu ?"

“Adalah, Farah mana tahu sebab Farah tu budak- budak lagi." kening Nailun terangkat sedikit.

“Halah, Farah tak payah percaya. Apa yang keluar dari mulut abang kesayangan awak ni semua dusta belaka !" Adam laju memintas.

Farah seakan memikir. “ Tapi selalu abang Nuh tak pernah tipu Farah."

Nailun sudah menabik dada apabila Farah berkata seperti itu dengan wajahnya yang blur. Mesti gadis yang berusia 18 tahun itu lambat ‘pickup'.

“Please la !"

Adam yang mendengar panas telinga. Pasal abang dia sorang tu semua betul. Huh ! dia pun boleh jadi abang kepada gadis itu juga. Sama saja dia dan Nailun.

Nailun dan Farah masing- masing menukar pandang kemudian terletus ketawa mereka berdua apabila melihat muka cemberut Adam.

Nailun pula sudah tersenyum penuh makna. Lain macam saja bunyi intonasi si Adam kepochi ni. Cemburu ke Inspektor Adam oiiii !!!!

_________________________________

“Kau bawa apa yang aku suruh?" soal Nailun.

Adam mengangguk laju kemudian sampul surat yang berada dalam beg kerjanya terus dibawa keluar. Sampul itu sudah bertukar tangan.

Nailun mengambil. Beberapa helai kertas yang berada di dalam di capainya. Dia membelek satu- persatu isi kandungan yang tertulis.

“Dia cakap apa lagi ?" soal Nailun lagi kepada Adam.

“Dia tak nak buka mulut juga.” jawab Adam.

Nailun mendengus geram. “Pasal orang yang upah dia ? ”

“Tak. Langsung tak." Adam menggeleng.

Nailun diam seketika. Dia masih ralit membelek maklumat di atas kertas itu. Tiba- tiba pandangan Nailun di toleh menghadap keliling bilik itu, mahu mecari kelibat Farah. Okey line clear ! tadi rasanya Farah ke bilik air.

“Pasal bukti yang terkait dengan Nara tu sepadan ke ?" Nailun menyoal perlahan sambil matanya tertoleh ke kiri dan ke kanan.

“Yalah, macam apa yang aku cakap sebelum ni. Kau je tak nak percaya." Adam mengangguk. Bibirnya dijuih sedikit ke depan.

Nailun kemudian mengeluh panjang. Tak tahu nak kata apa. Yang pasti Inara dalam bahaya ! kalau bukti yang disembunyi Adam dan Nailun dapat di ketahui oleh pihak polis lain pasti sahabatnya itu dalam kesusahan.

Farah yang baru saja mahu melangkah masuk ke dalam bilik tiba- tiba berhenti apabila nama Inara di sebut. Tangan yang mahu menarik tombol pintu cuba dilepas perlahan. Tegak dia berdiri dibalik pintu. Telinga Farah memasang kuat.

“Kalau bukan sebab kau tak ada aku nak buat kerja gila ni !" ujar Adam sedikit bengang.

Nailun hanya buat muka selamba. “ Sorry Adam, aku terpaksa guna kau."

“Sorry ? banyak la kau ! kalau aku kena buang kerja aku tuntut hak penjagaan dari kau." Adam mencebik.

“Dah pahal pula kau nak tuntut hak penjagaan dari aku ? kau ingat aku bapa kau ?" Nailun memandang pelik.

“Akan datang kau akan jadi bapa aku ! bapa ayam aku !"

“Pula ?"

“Kalau aku kena buang kerja semua sebab kau. Jadi duit belanja harian aku kau la kena tanggung !" Adam menjongket keningnya.

Nailun tersenyum menyampah. Tolong pun tak ikhlas ! dasar kawan tak guna betul si Adam anak Harun ni !

“Aku tanggung setakat beli seluar dalam boleh la !" Nailun ketawa terbahak- bahak.

Ceh !

“Itu aku sendiri tanggung pun tak pa !" balas Adam geram.

Mereka berdua sama- sama ketawa.

Farah yang sedari tadi mendengar terus mengeluh kasar. Perlahan badannya disandar ke permukaan pintu. Dia sangat malu mahu berhadapan dengan Nailun !

Kenapa orang yang tidak bersalah terpaksa terjebak dengan permainan yang dimulakan oleh kakaknya, Inara ? kenapa ?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience