BAB 8

Mystery & Detective Series 2687

Nailun membuka matanya perlahan- perlahan. Cahaya lampu yang berada disitu menyilau mata Nailun dan sekaligus membantutkan penglihatannya.

Dia memegang bahagian perut apabila ada rasa pedih di situ. Kepala Nailun ditoleh- toleh melihat katil- katil yang memenuhi ruang itu. ‘Dimana dia sekarang ?'

Tiba-tiba sepasang mata Nailun jatuh pada seorang gadis yang sedang berdiri tegak sambil tangannya disilangkan. Kaca mata bulat yang terletak kemas pada wajahnya menambahkan lagi kecomelan gadis itu.

Walaupun kabur tetapi dari apa yang dilihat Nailun dia tahu gadis itu adalah seorang doktor sebab pada tubuhnya ada kot putih. Nailun cuba mengangkat tubuhnya perlahan.

Nailun menghembus nafasnya kasar. Rasa sengal- sengal satu badan cuba tak dihiraukan. Nailun memenjamkan matanya sebentar.

“Lama tak jumpa alih-alih awak datang dalam keadaan macam ni Nuh ?" kedengaran suara doktor tadi bersuara.

Terus Nailun mengangkat wajahnya apabila seakan dia kenal dengan suara itu. Terbuntang biji mata Nailun. Ya ! dia kenal doktor comel yang berdiri dihadapannya itu.

“Sha ?" lama Nailun berdiam. Seperti tidak percaya dengan gerangan yang berada dihadapannya itu.

Doktor comel itu hanya tersenyum manis. “Yelah saya la ni. Awak ingat siapa ?"

Nailun sudah tergelak. “Bila awak balik dari Syria ?" soal Nailun tak percaya.

“Itu la awak member sendiri pun tak ambil tahu. Sibuk je memanjang !" doktor itu sudah mengambil tempat di hujung katil.

“Dah awak tak bagi tahu macam mana saya nak tahu ?" Nailun mencebik.

“Ouh, jadi kalau saya tak buka mulut memang awak tak kisah la ? sampai hati !"

Nailun ketawa lagi. “Sorry la, saya sibuk. Tak ada masa la."

“Ishh ! kejam gila. Saya dah balik nak dekat sebulan tau.”

Nailun hanya memberi senyuman saja. Kalau nak gelak lebih- lebih dia tak mampu pula. Sudah la perut akibat luka tikaman itu masih terasa pedih hingga sekarang.

“Yang awak tiba- tiba luka macam ni apahal ? cuak saya tau tak ?” doktor itu tiba- tiba menyoal sambil menunjukkan riak risau.

“Biasa la macam awak tak tahu kerja saya." Nailun membalas.

“Lain kali jangan luka macam ni lagi. Saya tak suka !" doktor itu memuncungkan bibirnya sedikit.

“Apa- apa je la doktor, saya penat nak berehat." Nailun kembali merebahkan tubuhnya.

“Awak rehat la dulu. Saya nak pergi jumpa kawan awak. Bukan main risau lagi dia bila awak tak sedarkan diri tadi."

Nailun hanya mengangguk apabila doktor itu sudah beransur pergi. Matanya dipejam rapat, mahu berehat. Kalau dah begini gayanya rasa dia dah boleh ambil mc.

Lagipun suspek yang dicari sudah ditangkap. Masa untuk dia holiday ! biar Adam pula buat kerja sorang- sorang. Nailun sudah ketawa jahat bila fikirannya terlayang mengingati Adam, partnernya itu.

__________________________________

Laju Inara berlari memasuki wad kecemasan Prince Court Medical Centre. Kepalanya tertoleh- toleh mencari kelibat seseorang. Segera dia mendekati kaunter pertanyaan.

“Cik, tumpang tanya. Ada tak pesakit nama Nuh Nailun ?" soal Inara sambil nafasnya tersemput- semput akibat berlari tadi.

“Kejap saya tengok." nurse yang memakai tag nama Adira itu segera mendapatkan komputer, mungkin mahu memeriksa nama pesakit.

Lama Inara tunggu. Hatinya resah. Bagai mahu gugur jantungnya apabila mendapat berita dari Adam tentang Nailun dikejarkan ke hospital akibat ditikam. Dia benar- benar risau kalau terjadi sesuatu kepada sahabat baiknya itu.

“Encik Nuh Nailun ada kat bilik 115. Sebelah hujung sana.” Adira memberitahu. Jarinya diluruskan ke hujung wad kecemasan.

“Terima kasih." ucap Inara laju dan langkahnya di atur pergi.

Air mata Inara yang hampir gugur cuba ditahan, dalam fikirannya hanya terbayang wajah Nailun saja. Macam mana jika terjadi sesuatu kepada Nailun ? sudah la cuma ada Nailun seorang saja yang faham tentang dirinya.

Selama ini hanya Nailun yang ada dibelakangnya saat dia jatuh. Lelaki itu juga yang selalu memberi kata- kata semangat. Saat tiada siapa yang faham tentang situasinya sekarang, hanya Nailun yang masih berdiri dibelakangnya.

Walaupun adiknya sendiri, Farah seakan menganggap diri Inara sebagai orang jahat tetapi Nailun masih setia bersamanya.

Inara cuba menepis segala perasaan buruk yang hadir. Dia cuba berfikiran positif. Dia yakin Nailun akan baik- baik saja !

Dari jauh Inara melihat kelibat Adam sedang berbincang dengan seorang doktor perempuan. Mungkin itu doktor yang merawat Nailun ? serius saja muka Adam mendengar penerangan dari doktor muda itu.

Perlahan- lahan Inara mendapatkan mereka. Adam yang baru perasan dengan kedatangan Inara hanya menunjukkan pandangan kosong sahaja. Doktor itu pula hanya menghadiahkan senyuman.

“Saya minta diri dulu. Apa-apa awak boleh panggil saya ya Adam." Doktor itu meminta diri. Kepalanya ditundukkan sedikit kepada mereka berdua.

“Thanks, doktor." ucap Adam sambil tersenyum.

Adam memandang Inara semula. Tiada senyuman dibibirnya, hanya wajah kelat yang diberikan kepada gadis dihadapannya itu.

”Nuh macam mana ?" soal Inara laju.

Inara tidak peduli dengan pandangan kurang enak yang diberikan Adam. Inara tahu Adam tidak suka kepadanya. Dia sendiri tak kisah ! yang dia kisah sekarang ni adalah Nailun.

“Doktor cakap keadaan dia stabil lepas operation. Cuma dia kena tahan kat wad lama sikit.” ujar Adam bersahaja.

Inara mengangguk sambil menghembus nafas lega.

“Kalau kau nak melawat dia pergi la. Doktor cakap dia tengah tidur." kata Adam lagi tanpa senyuman langsung. Tegang saja !

“Thanks." ucap Inara sambil matanya jatuh pada wajah tegang itu.

“Aku buat semua ni sebab Nuh saja. Sebab aku fikir kau perlu tahu apa jadi kat dia. Lagipun kau dah lama kawan dengan dia. Kalau aku tak fikir pasal Nuh tak ada aku nak call bagi tau kau." kata Adam panjang lebar.

Terus lelaki itu melangkah pergi. Ditinggal Inara keseorangan di situ. Kalau ikutkan hati Adam dia tidak mahu memberitahu Inara tentang Nailun dimasukkan ke hospital.

Dia tidak suka dengan gadis itu. Tapi bila difikirkan balik apa haknya untuk menghalang ? lagipun Nailun dan Inara sudah lama berkawan.

Inara mengeluh kasar. Apa salah dia kepada Adam pun dia tidak tahu sampaikan sungguh- sungguh lelaki itu membenci dirinya.

Inara tidak ambil pusing hal itu, yang penting Nailun selamat cukup membuat hatinya kembali tenang. Pandangan Inara tepat ke arah bilik yang menempatkan Nailun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience