BAB 2

Mystery & Detective Series 2687

Kereta BMW putih milik Inara sudah terparking elok di tempat letak kereta kondominium mewah itu. Beg tangan di tempat penumpang dicapainya laju.

Inara membuka pintu dan melangkah keluar dari dalam kereta, kemudian dia menekan punat hitam yang berada ditangannya. Langkahnya di atur ke arah lif yang berada di hujung bangunan.

Baru beberapa langkah Inara berjalan dia sudah berasa tidak sedap hati, seperti ada seseorang yang mengekorinya dari belakang. Langkahnya yang laju tadi diperlahankan.

Terus kaki Inara berhenti betul- betul di pertengahan tempat letak kereta itu. Dia memerhati ke kiri dan ke kanan, tiada siapa- siapa. Kosong ! kalau terjadi sesuatu kepadanya sekarang tentu saja sukar untuk meminta pertolongan.

Tangannya perlahan- lahan menyeluk beg Gucci miliknya itu. Inara meraba- raba mencari sesuatu. Okey ! dapat ! dia menggenggam kuat pen yang berada di tangan.

Jantung Inara terus bergerak laju apabila bunyi tapak kasut sudah semakin menghampirinya. Dia sudah bersedia dengan langkah keselamatan jika orang yang mengekorinya itu cuba menyerang.

Orang tu sudah dekat ! Inara jadi tergamam apabila ada tangan yang menyentuh bahunya. Apa lagi, laju dia membuka langkah. Pen yang berada ditangan terus di keluarkan.

Dengan sekali pegerakkan Inara sudah memusing badannya dan pen tadi sudah selamat tertusuk pada perut lelaki di hadapannya itu dengan sekelip mata.

Cuma tusukan Inara tidak la terlalu kuat, sekadar membuat lawannya hanya sedikit kesakitan. 'jangan main dengan dia, sudahlah dia ada black belt !'

“Ouch !" teriak lelaki itu menahan sakit.

Terkejut Inara bila pandangannya tepat pada wajah lelaki yang sudah terduduk di lantai sambil menekan- nekan bahagian perut yang menjadi sasaran Inara tadi.

'Nuh ?' lantas gadis itu menutup mulut, terkejut !

Inara sudah menepuk dahi. Time macam ni juga kawannya itu nak main-main, kan dah kena sejibik !

“ Awak okey tak ? sorry sangat- sangat saya tak perasaan, ingatkan orang jahat !" Muka Inara sudah cuak melihat Nailun dari tadi memegang perutnya.

Nailun hanya mengangguk saja. “O...okey ! cuma rasa macam kena pergi hospital ni." ada senyuman tipis pada wajah lelaki itu.

Inara mencebik. “Over betul ! saya buat perlahan saja kot ! serius la kena pergi hospital ?"

“S...sakit...aduh..."

Nailun mengangguk laju dengan pertanyaan Inara. Dia buat- buat menekan perut, matanya dipejamkan rapat seolah- olah sedang menahan sakit.

“Serius ke ? betul -betul la Nuh ! awak jangan macam- macam dengan saya ! jap gi saya pukul apa pun tak dapat !" marah Inara.

“Betul la ! s...sakit !" Nailun sudah mengerang kesakitan.

Tubuhnya yang agak sasa itu di baringkan di atas lantai. Dia menekan- nekan lagi perutnya, mahu menunjuk yang dia sedang serius.

Inara pula sudah gelabah, matanya melilau memandang sekeliling mahu mencari pertolongan tetapi hampa ! tiada langsung manusia di tempat letak kereta itu.

Nailun yang masih berbaring dengan posisinya itu tiba-tiba membuka sebelah mata, mahu melihat Inara. Dalam hatinya sudah ketawa terbahak- bahak apabila melihat muka kalut Inara.

Mata Inara yang sibuk menoleh ke kiri dan ke kanan tadi tiba- tiba jatuh pada wajah Nailun.“Kejap saya call ambulans !"

Nailun apa lagi cepat- cepat menutup matanya kembali. Dia masih buat- buat menekan perutnya tadi. Ketawa yang ditahan hampir- hampir terkeluar.

Laju Inara menyeluk beg tangan mencari telefon bimbit. ‘Eh ! mana pula telefon aku ni ?' Inara membuka beg tangannya itu lagi luas, dia mengagau pada semua poket.

Tak jumpa ! ‘telefon bimbitnya itu sudah hilang ke ? waktu- waktu macam ni juga kau nak hilang pun !' Inara mendengus kasar, geram !

“Awak cari ni ke ?” tiba- tiba Nailun bersuara.

Inara perlahan- lahan mengangkat muka apabila suara lelaki itu tepat masuk ke dalam telinganya. Mata Inara laju saja terbuka luas.

Nailun yang sedang duduk bersila di depan Inara sambil menunjukkan telefon bimbit di tangan sudah tersengih panjang.

Inara mengenggam penumbuk. Nafasnya di hembus kasar. “Nuh Nailun ! Kau saja kan !"

Nailun sudah ketawa mengekek- ngekek. Suka dia melihat gadis itu sudah marah. Niat Nailun memang dari awal mahu mengenakan Inara, tidak sangka pula bukan main risau lagi sahabatnya itu apabila melihat dia dalam kesakitan. Ini baru member sejati !

“Sorry, sorry saya gurau je." ujar Nailun masih dengan sisa tawanya.

“Banyak la awak gurau ! kurang ajar betul !" Inara sudah tidak sabar, dihayun beg tangannya pada Nailun. Kuat !

“Ouch !!! sakit !" teriak Nailun. Laju tangannya mengusap belakang bekas pukulan Inara. Dahinya berkerut menahan sakit.

“Rasakan ! main- main lagi !"

“Eleh, gurau sikit pun nak emo !"

Inara mencebik. Sikit ? apa yang sikit ! dia bukan main cuak lagi tadi boleh lelaki itu cakap sikit saja ! kawannya itu betul- betul sedang naikkan api kemarahan Inara.

“Yang awak tiba- tiba datang tak bagi salam tu pahal ? cuak la saya ! ingat gurau awak ni bagus sangat la ?" Inara sudah memuncungkan mulut.

Ketawa Nailun terletus lagi. “Okey fine ! saya minta maaf, saya gurau je."

“Sorry ! maafmu tak di terima !” Inara bangun dari duduknya tadi. Tangan kanan Inara ditunjukkan pada Nailun tanda 'talk to hand'.

Nailun tersengih saja. ‘Demand ! orang dah minta maaf dia pula jual mahal. Tak minta maaf langsung baru tau !'

“Dahlah, tak payah nak drama sangat dengan saya. Tak termakan pun !" ujar Nailun sambil berdiri. Dia meribas- ribas punggungnya.

Irana mencebik. Cis ! tak guna punya kawan. “ Siapa kata saya buat drama ?" tanya Inara berserta satu jelingan buat Nailun.

“Tak ke ?” Nailun menyoal bodoh pula.

“Tak !"

“Ouh, ingat awak buat drama. Iya la awak kan kecil- kecil dulu ratu drama, ingat ?" Nailun menjongket kedua belah keningnya.

Terbuntang mata Inara. “Mana ada !" dia sudah mengetap bibir geram.

Si Nuh Nailun ni pun sudah- sudah la ingat masa lalu ! itu waktu dia baru nak up memang la drama queen habis ! Inara hanya menutup mata menahan malu apabila ingatan melayang pada zaman dia dan Nailun masih kanan- kanak.

Nailun sudah tergelak melihat riaksi Inara. “Jom, kita pergi minum kopi dulu." ajak Nailun.

“Awak datang sini semata- mata nak ajak minum kopi je ?" Soal Inara dengan wajah polos

“Habis tu nak ajak pergi wayang ke ? wayang apa pukul 12 tengah malam !" Nailun buat muka toya.

Inara sudah menggarukan kepala, betul juga ! mana ada wayang lewat malam macam ni. Inara sudah memarahi dirinya sendiri.

“Jom !" laju Nailun berjalan. Inara dari belakang hanya mengikut tanpa banyak kata.

Kalau dengan Nailun semua beres boh ! Walaupun perangai lelaki itu mengalahkan hantu tetapi Inara tetap percaya pada sahabat dari kecilnya itu.

Mereka berkawan pun dari usia mereka berdua 5 tahun, hampir 23 tahun persahabatan mereka terjalin. Kadang- kadang tu ada juga yang mereka gaduhkan, bukan baik memanjang. Itu sebab Inara cakap perangai Nailun boleh jadi hantu !

_________________________

Nailun hanya memerhati saja Inara yang sedang menyumbat makanannya kedalam mulut. Sampai saja di Mcdonald tadi Inara terus mencekik tidak ingat dunia. Macam tak makan setahun !

Straw di tangan Nailun di gerak ke kiri dan kanan, dia hanya memandang kosong melihat air yang berada dalam cawan itu. Soalan yang mahu ditanya kepada Inara dari siang tadi tiba- tiba tak terluah.

Mulutnya bagai digam pula apabila sudah duduk behadapan dengan Inara. Kalau ditanya sekarang pasti mood melantak si Inara itu terus hilang, tak nak pula mengacau selera sahabatnya itu.

Mungkin sekali dengan meja- meja Mcdonald ni boleh terbang ! Bukan Nailun tidak tahu sikap panas baran Inara Medina ! simpang malaikat 44 la jawabnya. Baik dia chill dulu, biar Inara settle makan baru dia boleh bersuara.

Inara buat muka menyampah apabila melihat Nailun seperti tak tentu arah. Tahu sangat kenapa lelaki itu mengajaknya berjumpa.

Burger yang berada di tangan di letak perlahan. Inara menghirup sedikit minuman yang ada dalam cawan. Wajah bersih Nailun dipandang tajam.

“Kalau nak cakap awak cakap je la ! Tak payah buat muka nak minta penampar." sergah Inara dengan matanya masih tepat memandang Nailun.

“A...apa ? saya n...nak tanya apa ?” tergagap- gagap Nailun menyoal akibat mengelabah dengan sergahan Inara.

Inara mencebik. Buat- buat tak tahu pula ! “Soalan yang tengah pusing- pusing dalam kepala otak awak tu la !" marah Inara.

Nailun diam, memikir sesuatu. “Ouh...solan tu. Yang mana eh ?" lelaki itu buat- buat bodoh.

Inara sudah menjulingkan matanya. “Soalan awak pasal Tengku Irfan tu la !"

Erkk ? macam mana Inara tahu dia mahu bertanya tentang Tengku Irfan ? pandai betul sahabat baiknya itu meneka, tak payah la dia pening- pening nak menyusun ayat untuk bertanya. Nailun sudah tersengih panjang

“Awak tak payah buat muka macam tu, tidak saya bagi penampar sia- sia je !" tempelak Inara pula.

Uishh, garang betul ! Nailun menelan air liur. “ Rilek Nara rilek. Saya tahu saya selalu jadi punching bag awak tapi jangan la tampar muka saya. Asset ni !"

“Banyak la saya asset ! tak berharga pun muka awak tu tak ada assetnya !" Inara mencebik.

Nailun sudah ketawa melihat muka masam Inara. Ada- ada saja benda nak dibahan gadis itu buat dirinya. Selagi tak menang bukan Inara namanya !

“Okey balik pada asal. Apa kes pasal Tengku Irfan ? macam mana dia boleh terlepas ?" soal Nailun dengan muka serius.

Inara tersentak dengan persoalan itu. Dia hanya diam memandang wajah Nailun yang putih bersih itu. Ada bermacam persoalan yang masih disimpan Nailun. Inara menarik nafas dalam- dalam.

“Sebab dia tak bersalah la dia terlepas." jawab Inara selamba. Dia menyambung kembali makan burger yang masih tersisa tadi.

Nailun pula mengeluh. “ Awak tipu Nara. Saya tahu dia memang bersalah !"

Terbantut pegerakkan Inara. “Apa awak cuba nak sampaikan ? jangan merepek la Nuh !"

“Saya tahu Tengku Irfan yang rogol dan bunuh budak perempuan tu ! kenapa awak bebaskan dia ?!" intonasi suara Nailun cuba dikawal walaupun dia sedikit menekan.

Inara sudah mendengus kasar. “Apa masalah awak ? dah sah- sah makamah cakap yang dia memang tak bersalah so dia tak bersalah la !"

“Habis tu bukti yang kita orang dapat hari tu apa ? memang itu bukti yang kuat untuk sabit kesalahan pada Tengku Irfan kan ? atau mungkin..." tiba- tiba pandangan Nailun bersatu dengan pandangan Inara.

“Awak jangan cakap..." Nailun sudah terdiam apabila melihat Inara sudah memalingkan wajahnya. Tubuh Nailun di sandar ke belakang, cuba menenangkan diri.

“Sampai bila awak nak jadi mainan diaorang Nara ? sampai bila ?” sambung Nailun lagi, ada sedikit riak kecewa pada wajahnya.

Inara hanya menarik nafas. Rasa tubir matanya sudah hangat dengan air mata yang bertakung di situ.

“Sampai saya dapat apa yang saya nak.” Ucap Inara.

Nailun mengeluh lagi. Matanya tajam menikam anak mata Inara, cuba mencari sebuah jawapan. Tetapi apa yang dia lihat kini hanya kesedihan yang ada pada sepasang mata itu.

Ya ! dia mengerti apa yang dilalui Inara selama ini tetapi apa yang gadis itu lakukan sekarang sama sekali tidak benar. Ini semua salah !

“Salah tetap salah Nara, awak tak boleh pandang remeh dengan undang- undang. Awak pun tahu yang awak bersalah juga sebab bekerjasama dengan mereka. Kan ?" Nailun cuba berlembut.

Nailun tidak mahu apa yang ingin disampaikannya di salah tafsir oleh Inara. Dia tidak mahu Inara pergi lebih jauh, dia tidak mahu kehilangan sahabatnya itu.

Janji Nailun pada arwah papa Inara untuk menjaga gadis itu dipegang hingga sekarang. Dia tidak mahu apa- apa terjadi kepada Inara.

“ Awak rasa undang- undang boleh berpihak pada kita ?" soal Inara tiba- tiba setelah lama dia mendiamkan diri.

Kini Nailun pula terdiam.

“Awak sendiri tahu Nuh ! undang- undang tak akan berpihak kepada kita ! undang- undang hanya akan berpihak kepada orang macam mereka ! sebab apa ? sebab mereka kaya ! mereka banyak duit ! kalau tak arwah papa saya tak akan jadi macam tu la !" tengking Inara

Tergamam Nailun dibuatnya. Wajah Inara ditatap lama, dia perasan ada air mata yang bertakung pada sepasang mata gadis itu. Tiba- tiba hati Nailun menjadi sayu.

Ya ! Inara memang terpaksa lakukan semua ini demi membersihkan nama arwah papanya, Raja Malik yang mati di tali gantung pada 4 tahun lepas disebabkan pertuduhan mengedar dadah.

Sewaktu itu Inara masih belum menamatkan pelajarannya dan Farah, adiknya baru berumur 15 tahun. Selepas saja Raja Malik ditangkap, mama Inara pula yang jatuh sakit dan tidak lama selepas itu meninggal.

“ Awak tahu kenapa saya pergi sejauh ni Nuh, saya terpaksa masuk dalam kehidupan mereka sebab saya perlu cari bukti ! kenapa awak tak faham ?"

“ Saya bukan tak faham tapi saya risaukan awak. Saya tak nak apa- apa jadi pada awak !" Nailun mengetap bibir menahan geram.

“Awak tak payah risau. Saya pandai jaga diri. Kalau awak rasa saya ni jahat then awak boleh putuskan hubungan kita. Kita tak payah kawan lagi !" Inara sudah bangun, dia mencapai beg tangan.

“Apa awak cakap ni Nara ?!" soal Nailun marah.

“Mulai harini saya tak nak jumpa awak ! saya tak layak jadi kawan kepada orang yang terlalu pentingkan undang- undang ni !" Inara pula membalas marah sambil kakinya melangkah.

“Inara ! saya kecewa dengan awak ! mesti arwah uncle pun kecewa dengan awak !" ujar Nailun tegas.

Terhenti terus langkah Inara apabila Nailun menyebut tentang papanya. Dia menggenggam kuat beg yang berada ditangan sambil cuba di tahan air mata yang hampir menitik. Inara meneruskan langkah, tidak dihirau mata- mata yang sudah memandang mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience