BAB 8

Family Completed 5207

Setiap kali aku teringatkan rumah, mesti wajah ibu yang bersemadi di fikiranku sehingga aku terlelap. Selama tiga hari aku menderita tinggal di hutan seorang diri, akhirnya aku balik juga ke rumah.

Ku rasakan badanku lemah dan sakit-sakit akibat terlampau banyak berjalan dan hanya makan hasil-hasil hutan. Kepulanganku disambut oleh adik-adikku yang seronok dan gembira melihat kepulanganku. Ayahku hanya tersenyum manakala ibu masih tetap seperti biasa.

“ Letak pakaian di sana, biar ibu basuh.” Kata ibu apabila aku cuba membasuh bajuku sendiri petang itu selepas beberapa jam balik ke rumah. Aku mengikut arahannya.

“ Abang, tahu tak masa abang tiada di rumah selama tiga hari, ibu selalu tanya kami semua bila abang nak balik. Kenapa abang tak nak balik. Hari-hari ibu tengok di luar kalau-kalau abang balik.” Adik perempuan bongsuku memang tidak berahsia denganku.

“ Ya bang, semalam kan, ibu tunggu abang di beranda.” Beritahu adik lelaki bongsuku pula. Aku hanya tersenyum. Tidak berkata apa-apa. Malah kata-kata itu juga tidak sedikit pun meleburkan perasaan dendamku kepada ibu.

“ Jangan lagi lari rumah. Susahkan ibu dan ayah saja risaukan kamu.” Kata ayahku pula dan aku hanya mengiakan.

“ Waaaa…waaaa…waaaa” aku tersentak dari menungan apabila mendengar bunyi kuat bayi menangis di belakang. Aku menoleh. Kelihatan seorang perempuan muda separuh umur berusaha mententeramkan anaknya yang masih kecil. Tangan kanannya mengendong manakala tangan kirinya cuba menyuahkan botol susu ke bibir anaknya. Sambil itu bibirnya tidak berhenti berbunyi cuba mententeramkan anaknya.

“ Suhsssss…suhsssss” aku membayangkan wanita itu adalah ibuku.

“ Shusssss…shusssss” aku membayangkan bayi itu adalah diriku sendiri.

“ Shussss…Shussss.” bayi itu tiba-tiba berhenti menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience