BAB 4

Family Completed 5207

Ya Allah, saat inilah aku berasa satu perasaan takut menguasaiku. Serta merta wajah ibu terbayang di ruang mataku. Aku terkenangkan segala perbuatanku terhadapnya. Aku menangis namun aku tidak dapat melafazkan tangisanku, yang ada hanyalah air mataku yang tidak berhenti-henti mengalir membasahi pipi. Suara dan tangisanku tidak mampu mereka dengar. Ibu mentuaku hanya melihatku dengan hairan.

“ Daniel?” ucap ibu mentuaku.

“ Abang? Kenapa ni?” isteriku pula menyampuk hairan melihat gelagatku. Serta merta aku memeluk erat ibu mentuaku dan saat inilah tiba-tiba tangisanku pecah memenuhi seluruh ruang bilik hospital.

Suara tangisanku kedengaran di segenap bilik sehinggakan pesakit lain mendengar dan memandang ke arah kami. Ibu mentuaku juga turut memelukku sambil mengenangkan aku yang sedang menangis dalam pelukannya. Saat itu aku bagaikan anak kecil yang baru lahir dan mahu disusui. Ketika ini perasaanku saling bercampur baur.

Aku berdosa dengan ibuku. Aku berdosa dengan Allah SWT. Sesungguhnya aku telah menderhaka terhadap ibuku tanpa sedar.

“ Ibu, ampunkan Daniel ibu. Daniel berdosa kepada ibu. Ya Allah, berikanlah keampunan kepadaku. Aku menyesal, aku insaf kepada orang tuaku Ya Allah….” Hatiku bertalu-talu meminta keampunan dari gemulah ibuku dan Allah SWT dengan harapan ibu mendengar rintihan keampunan dariku.

Aku tahu kenapa aku tidak boleh bersuara sebentar tadi kerana dosaku terhadap ibuku setinggi gunung. Aku terlalu mendendaminya sehingga sanggup melukakan hatinya sehinggalah kedatangan ibu dalam koma membuatkan aku sedar bahawa ibu masih menyayangiku walaupun apa yang aku buat padanya selama ini membuat batinnya menderita. Apakah ibu mengampunkan dosaku. Aku kembali bertanya pada diri sendiri.

“Kenapa Daniel? Sudahlah, jangan menangis, Daniel dah sedar. Alhamdullilah…bersyukurlah kepada Allah.” Kata ibu mentuaku dengan lembut sambil isteriku pula mengusap lembut bahuku. Ayah mentuaku pula hanya memerhatikan tingkah laku kami bertiga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience