BAB 10

Family Completed 5207

“ Ya, saya bertaubat. Saya langsung tidak mahu memahami makna antara marah, kasih, dan sayang ibu terhadap saya. Yang hanya ada di fikiran dan hati saya adalah dendam. Padahal marah ibu itu kerana kasih pada saya. Bebelan ibu itu kerana sayangnya ibu pada saya. oh ibu!” air mataku mengalir keluar. Kakakku memandang tepat ke arahku.

“ Apa lagi yang kau buat pada arwah ibu yang kakak tak tahu dik?” soalan itu membuatkan aku terkedu. Serta merta ingatanku kembali kepada suatu peristiwa yang membuatkan aku berasa ragu-ragu mahu menceritakan kepada kakakku atau tidak. Aku pura-pura memandang ke arah lain.

“ Ada yang kau masih sembunyikan pada kami kan?” desak kakakku lagi. Suasana sepi seketika.

Aku cuba menggumpul kekuatan untuk menceritakannya kepada kakakku. Memang peristiwa itu sentiasa melekat di hati. Peristiwa yang disirami dengan dendam. Jika dendam penuh di dada, segala yang berlaku pasti akan teguh dan melekat keras di hati.

Itulah yang aku rasakan ketika itu. Aku masih ingat saat ibu masih terlantar di hospital aku pernah menjaganya menggantikan kakak-kakak dan abang-abangku yang juga berasa letih dan mahu berehat setelah menjaga ibu yang sekian lama. Kala itulah aku memulakan boikotku pada ibu yang lemah tak terdaya dengan badan yang penuh wayar di kedua belah tangannya.

Dendam yang sudah lama mengelegak kuluahkan ketika itu saat aku dan ibu tinggal berdua.

“ Dean, ibu nak makan. Tolong ambilkan makanan untuk ibu.”

Ayat pertama yang keluar dari bibir pucat ibu. Aku menurut permintaannya. Lantas tubuhku kusuakan ke arah jururawat yang sedang mengedarkan makanan kepada pesakit. Aku mengambil makanan dan kembali ke arah ibu. Aku memberikan nasi berlauk sayur itu kepada ibu.

Ibu mengambilnya sambil badannya kududukkan. Ibu sangat berselera masa itu. Aku hanya memandang dengan hambar tanpa ada sedikit pun perasaan kasihan. Kasihku kepada ibu sudah hilang. Kasihanku pada ibu sudah musnah. Yang ada cuma rasa hormatku sebagai anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience