BAB 6

Family Completed 5207

“ InsyaAllah, abang tak akan lama di sana. Bila masalah selesai, abang akan balik sini secepat mungkin.” Jelasku dengan nada gembira.

Keluar sahaja dari hospital setelah berhari-hari berkurung di sana, aku terus mengemas pakaian dan balik ke kampung hari itu juga. Isteriku turut membantuku mengemas pakaian dan menemaniku hingga ke luar pagar dan masuk semula ke dalam rumah setelah aku berangkat pergi dengan teksi menuju ke stesen bas.

Sementara menunggu bas fikiranku menereweng jauh, mengingati kenangan zaman kanak-kanak. Mengingati setiap perbuatan ibu dan ayah mendisiplinkan aku yang memang nakal kala itu.

Seingat aku walau macam manapun kenakalanku namun aku tidaklah terlalu nakal tak bertempat tetapi ibu tetap melakukan suatu tindakan yang keterlaluan terhadapku berbanding dengan adik-beradikku yang lain. Hatiku cuba menimbang-nimbang kenapa ibu melakukan semua itu kepadaku, melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat.

“ Ibu?” desis hati kecilku bersama takungan air dalam kolam mata.

“ Ampunkan Daniel Ibu. Daniel terlalu berdendam dengan Ibu padahal mungkin apa yang Ibu lakukan pada Daniel ada sebabnya. Ya Allah, ampunilah dosa ibuku, sayangilah ibuku dan tempatkanlah ibuku dalam kalangan orang yang beriman.” setelah berpuluh tahun inilah kali pertama aku mendoakan kesejahteraan ibuku.

Selama ini aku tidak pernah mendoakannya apatah lagi membacakan surah yasin kepadanya setiap kali solat sejak dia meninggal hinggalah saat ini. Hanya kerana satu sebab iaitu kerana dendam. Dendam kesumat telah merajai hatiku.

Ponnnn…ponnnn, bunyi pekikan bas menyedarkan aku ke alam realiti. Aku cepat-cepat beratur di depan pintu bersama beberapa orang lain yang juga mahu masuk ke dalam haiwan besar ini.

Aku memilih tempat duduk yang strategi berdekatan dengan tingkap. Setelah berasa selesa, aku kembali menyambung menunganku tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience