BAB 2

Family Completed 5207

Saat itu aku berasa badanku yang lemah dan kurang zat kembali bertenaga. Bukan ini sahaja yang membuatkan aku berdendam dengan ibuku dan ayahku tetapi kerana banyak sebab dan salah satunya aku pernah dirotan sehingga aku hampir mati lemas akbiat kerakusan ayah membelasahku dengan kayu api.

Ceritanya aku dituduh mencuri duit kocek ibu bernilai 20 sen di almarinya. Ibu memberitahu ayah tentang itu dan badanku luka teruk dipukul ayah. Lukaku dibiarkan begitu sahaja tanpa diubati. Hampir tiap minit aku merintih kesakitan dan hanya kakakku dan abangku sahaja yang menjadi tempatku mengadu.

Kehidupanku yang tidak pernah aman membuatkan aku meniti usia remajaku dengan hati yang penuh kental, keras, dan dendam yang tidak pernah surut sehingga terkadang aku berdoa agar ibu atau ayahku mati cepat supaya aku dan adik beradikku yang lain akan hidup selamat.

Habis sahaja SPM aku terus meninggalkan kampung dan berhijrah ke bandar. Aku masih ingat bagaimana wajah ibu saat aku meninggalkan rumah. Di sebalik selendang yang dipakai ibu, aku lihat setitis dua titis air matanya gugur membasahi pipinya yang berkedut di sana sini.

“ Jangan lupa balik selalu Daen.” Itulah pertama kali aku mendengar ibu mengucapkan kata-kata berupa mengambil berat terhadap anaknya selama ini walaupun berkias tapi aku tahu maksud ibu. Aku hanya tersenyum.

“ Saya pergi dulu mak. Insya Allah, saya akan selalu balik.” Janjiku pada ibu hanya tinggal janji. Aku tidak pernah menepati janji yang kubuat itu.

Suatu hari, hari yang dingin, hari yang sejuk tapi hari yang panas bagiku, ibuku jatuh sakit. Sakit dalaman. Kata doktor kerana ketumbuhan dalam organ dalaman. Ketumbuhan mana aku tidak tahu. Aku memang tidak mahu meminta doktor itu memberitahuku.

Ini adalah bibit-bibit protes sekaligus dendamku yang pertama terhadap wanita yang melahirkan aku ini selama sembilan bukan sepuluh hari. Semakin hari keadaan ibu semakin tenat dan ibu hanya terlantar di katil hospital selama berbulan-bulan. Malah penyakitnya juga semakin merebak dan tidak dapat diselamatkan.

Namun aku kagum dengan ibuku, ibu masih mampu melawan penyakit yang dihadapinya. Di sebalik kekagumanku itu dendamku terhadapnya masih tidak dapat dihapuskan walaupun hampir setiap hari aku melihat wajah kedut ibu menahan kesakitannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience