BAB 12

Family Completed 5207

“ Akak hairan kenapa ibu tak nak makan kuih bulan tu? padahal ibu beria-ia sangat nak makan kuih bulan. Bila kakak beli, tak nak makan pula.” Aku mendiamkan diri apabila kakakku mengadu kepelikan tabiat ibu.

“ Mungkin ini suatu petanda yang ibu nak pergi kan dik.” Kata kakak lagi sambil tersengguk-sengguk menahan tangis.

“ Dean, ada apa-apa yang Dean sembunyikan dari kami semua ke?” sergahan kakakku memutuskan ingatanku terhadap peristiwa lampau. Cepat-cepat kugelengkan kepala. Biarlah ia menjadi rahsiaku.

“ kalau Dean tak nak ceritakan sekarang, akak tak paksa.”

“ Bukan begitu kak. Cuma saya berasa sangat berdosa pada ibu. Ibu pergi dengan hati yang kecewa dan merajuk kak. Semuanya kerana saya.” Aku tidak dapat menahan air mataku keluar.

“ Ceritakan pada akak. Semuanya.”

“ Semuanya?”

“ Ya semuanya. Kenapa ibu merajuk.” Aku pandang wajah kakakku. Kakakku tersenyum. Aku membalasnya.

Dalam berpuluh-puluh tahun aku hidup di dunia ini, inilah kali pertama hatiku tenang. Sangat tenang, setenang air sungai yang mengalir di kampung kami. Sebelum aku balik semula di rumahku, aku sempat menziarahi kubur arwah ibu dan menghadiahkannya surah Yassin.

Ziarah yang pertama dan aku berjanji yang ziarahku ini bukan ziarah yang terakhir bagiku. Ketika aku mendongak ke langit biru, setompok awan pekat berada betul-betul di atas kepalaku. Telingaku juga mendengar bunyi siulan burung serindit. Aku memang tidak memahami bahasa alam.

Seminggu kemudian aku mendapat khabar baik dari kakakku yang berada di semenanjung. Dia menyampaikan berita yang sungguh mengajubkan aku seusai aku sembahyang subuh.

“ Dean, semalam kakak bermimpi, ibu datang tempat kakak. Ibu datang dengan adik. Kakak nampak wajah ibu sangat cantik. Ibu senyum dengan akak. Selama ini kakak tak pernah nampak wajah ibu dengan adik tapi semalam akak nampak wajahnya.”Aku menangis mendengar kata-kata kakak.

Ehem…ehem…masihkah anda semua mengingati namaku? Namaku Nur Jannah. Nur Jannah adalah namaku. Aku adalah adik kepada lelaki yang ku ceritakan ini. Aku harap kisah ini dapat dijadikan iktibar kepada kita semua.

Ingatlah walau siapapun ibu kita, baik atau buruknya perangai ibu kita, dia tetapi merupakan insan yang paling penting dalam hidup kerana dialah yang menentukan adakah kita akan menggapai Jannah ataupun Jahanam selain ibadah yang kita lakukan.

Bagi yang masih mempunyai ibu dan ayah, berkorbanlah untuk mereka seperti mana mereka sanggup berkorban untuk kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience