BAB 3

Family Completed 5207

Suatu hari, selang seminggu selepas tarikh perkahwinanku dengan isteri tersayangku, aku dan isteri mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan untuk ke bandar, membeli belah. Isteriku selamat tetapi aku pula koma beberapa hari di hospital.

Sepanjang perjalanan rohku ke alam lain ibu dan ayah mentua bersama-sama dengan isteriku bergilir-gilir menjagaku siang dan malam kerana akulah menantu mereka yang sulung. Aku menantu kesayangan. Dalam keadaan koma itulah, gemulah ibuku mendatangiku. Wajah kedutnya sama seperti dulu. Ibuku pelahan-lahan berjalan ke arahku kemudian duduk di sebelahku. Kulihat wajahnya suram, sesuram keadaan bilik hospital ini.

Tangannya mengenggam kedua tanganku beberapa detik kemudian dengan pelahan-lahan ibu mengusap lembut ubun-ubun kepalaku. Aku dibelai seperti bayi beberapa waktu. Di mata ibu kelihatan sedikit genangan air namun tidak keluar dari kolamnya.

Saat itulah aku berasa satu perasaan aneh menghuni hatiku, menghapuskan sekaligus menggantikan segala perasaan dendam kesumatku selama ini terhadap orang tua di sebelahku ini. Serta merta air mataku keluar.

“Ibu?” hanya satu perkataan yang keluar dari bibirku tika itu. Ibu hanya mengangguk sambil tangannya masih membelai lembut kepalaku.

Kulihat wajah ibu masih suram, senyuman manis juga tidak menghiasi bibirnya. Yang ada hanyalah genangan air mata disebalik kolam matanya yang bening dan suram.

Aku terkedu, tidak mampu berbuat apa-apa. Seketika kemudian ibu pelahan-lahan meninggalkan aku tanpa ada sebarang pesanan atau ungkapan sayang serta dorongan dari seorang ibu terhadap anaknya yang sedang menangung derita.

Aku mahu memanggilnya agar jangan meninggalkan aku tetapi suaraku bagaikan tersekat di kerongkong sehinggalah ibu menghilang di sebalik pintu.

Tiba-tiba aku tesedak, aku kembali sedar dari koma. Kulihat isteri, ayah dan ibu mentuaku ada di sisi sambil memerhatikan aku. Aku cuba bersuara tetapi suaraku tidak keluar. Aku berusaha lagi untuk bersuara dengan mereka namun aku tidak mampu bercakap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience