BAB 7

Family Completed 5207

“ Kau keluar dari rumah ini, saya tak nak tengok muka kau.” Kata ibuku suatu hari sekembali aku dari rumah kawan-kawanku.

“ Ibu….” aku mengerutkan dahi, tidak mengerti mengapa ibu tiba-tiba menengkingku.

“ Ohh, hari ni baru balik ye, dah berapa hari tak balik rumah. Bagus tak payah balik langsung, menyusahkan aku saja. Pergi dari sini! Tak payah balik-balik lagi.” marah ibu kepadaku sebelum aku sempat melangkah masuk ke rumah.

Masa itu aku melihat ibuku dengan baju T. Shirt dengan kain sarung sedang berdiri di depan pintu dengan wajah yang bengis. Aku memberanikan diri menentang wajah garang ibu. Semua adik-adikku hanya menikus melihat perang mulut antara kami berdua.

“ Ohh, baik, mak nak sangat saya pergi dari rumah ni ya. Ok, dengan senang hati saya akan pergi dari sini. Saya tak akan balik lagi.” ujarku. Serentak dengan itu aku berlari ke dapur dan mengambil beberapa bilah parang panjang hingga habis semua parang dalam rumah.

Yang tinggal hanyalah sebuah parang pendek tapi besar. Tanpa membuang masa aku terus menuju keluar. Dalam keberanianku, ada juga perasaan takut lebih-lebih lagi aku mahu melarikan diri ke hutan.

“ Saya nak lari ke hutan Ibu. Biar mak tak dapat cari saya. Cakap dengan ayah, saya dah lari dan jangan cari saya lagi.” jelasku apabila ibu bertanya mengapa aku mengambil semua parang di rumah.

Aku pandang wajah adik-adiku yang masih kecil dan tidak mengerti perasaan seorang anak yang sedang meningkat remaja seperti aku. Tanpa sepatah kata aku keluar dari rumah dengan beberapa buah parang dan beberapa helai baju. Saat itu aku tidak lagi pedulikan ibuku. Kebencianku terhadap ibu semakin mengunung.

Di hutan, aku hanya makan ubi kayu dan daun-daun pokok. Jika nampak kebun, pasti perkara pertama yang ada dalam ingatan ialah ubi kayu dan aku akan mengambilnya tanpa meminta keizinan dari pemilik. Perutku sentiasa lapar dan berangin disebabkan tidak makan nasi. Walaupun kadang-kadang aku teringatkan nasi di rumah tetapi ego dan rasa terkilanku terhadap perbuatan ibu masih bertunas dalam hati ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience