BAB 1

Family Completed 5207

Namaku Daniel. Mohamad Daniel. Aku merupakan anak keenam dari bilangan adik- beradikku. Sebelum aku, ada lima orang lagi kakak dan abangku dan selepas aku ada tujuh lagi adik-adik yang menyusulku kemudian untuk melihat dunia yang indah ini.

Kamu pernah mendengar ayat ini ‘dendam seorang anak?’ Ayat ini selalunya dilafazkan oleh anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang dari keluarganya terutama ibu dan ayahnya.

Ya, inilah yang berlaku dalam diriku. Kerana penderitaanku inilah aku berdendam dengan ibuku sendiri. Ibuku sendiri, bukan orang lain. Kamu mahu tahu bagaimana dendam yang sekian lama tumbuh dalam diriku ini kuaplikasikannya dalam kehidupanku?

Biar aku ceritakan lagi. Bacalah jika anda mahu membacanya. Kalau bosan dan tidak sanggup untuk meneruskan pembacaan, hentikanlah pembacaan anda itu kerana aku tidak memaksa kalian untuk mendengar ceritaku yang panjang lebar ini.

Ibu melahirkan aku di suatu subuh yang bening. Tiada kicauan beburung. Tiada kilauan cahaya bulan. Juga tiada siulan para cengkerik. Yang ada masa itu adalah bunyi deburan hujan yang silih berganti melebarkan air matanya di atas atap dan halaman rumah kami yang serba menghijau dengan subur. Seorang bidan tua kampungku dipanggil oleh ayah untuk membantu ibu mengeluarkan aku dari rahimnya.

Aku tidak tahu bagaimana kisah aku dilahirkan. Yang aku tahu aku selamat dilahirkan dengan izin-Nya. Cuma apa yang ibuku beritahu aku, ibu terpaksa memberikan aku air sejuk sebagai ganti susu ibu yang tidak boleh keluar. setelah aku genap berusia dua minggu.

Aku tidak dapat bayangkan bagaimana ibu menderita menahan kesakitan apabila susu badannya tidak boleh dikeluarkan sebagaimana lazimnya seorang ibu memberikan anaknya menyusu badan.

Adakah ini adalah punca mengapa aku membenci ibuku? Oh tidak! Bukan kerana ini. Bacalah kisahku ini sehingga habis jika mahu mengetahui apa, kenapa, mengapa dan bagaimana.

Jika tidak mahu menghabiskannya, tidak mengapa. Hentikan setakat di sini sahaja pembacaan anda semua. Tapi aku tetap akan meneruskan kisahku. Aku tidak nafikan, ketika kecil aku memang nakal. Selalu tidak mendengar nasihat kedua orang tuaku tapi itu tidak bermakna aku anak yang degil dan jahat. Ibu dan ayahku juga perlu disalahkan dalam memberi didikkan kehidupan kepadaku.

Ayahku sesungguhnya bersifat pilih kasih dalam memberikan kasih sayangnya terhadap anak-anaknya terutama aku. Sebagai anak tengah aku dikira sebagai anak yang tidak diinginkan untuk hidup di dunia ini. Ibu juga kurasa pilih kasih dalam mencurahkan kasihnya kepadaku dan abang-abang dan kakak-kakaku.

Masih terpahat di ingatanku bagaimana aku tidak diberi makan selama sehari hanya kerana kesalahan kecil. Kala itu aku masih budak-budak yang hanya tahu bermain, makan, minum dan tidur.

Itu sahaja. Walaupun aku cuba meminta dikasihani supaya aku dapat makan tetapi sedikitpun ibu dan ayah tidak mengendahkan aku. Aku hanya menangis dalam bilik. Malamnya pula barulah aku dapat menikmati sedikit makanan yang diberikan oleh abangku secara senyap-senyap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience