Awalnya

Drama Completed 7515

"ini ke tempat dia? "kata Suzy

"Um.. sinilah.. alamat dia sama di kertas nih.. "

"Okyh tekan locengnya.. "

Ting tong!!!

Suzy dan Lee kyung berada di depan pintu pagar yang besar itu.Lee kyung menekan butang loceng di tepi tiang pagar itu.Pagar itu tiba² terbuka sendiri.

Suzy dan Lee Kyung melangkah masuk ke rumah itu.Dia berasa tidak selesa kerana rumah ini sudah kelihatan usang.Suzy mengetuk pintunya beberapa kali.

Pintu itu dibuka seorang wanita tua.Wanita itu kelihatan sama dengan wajah wanita hamil itu.Suzy menanyakan tentang wanita itu.

"Ma-maaf.. puan kenal ke wanita ini? "

"I-itu... anak saya... "

Mereka berdua duduk di sofa yang berhadapan dengan sofa lain.Mereka berbual soalnya.

"Apa tujuan kamu datang sini? kamu teman anak makcik ke? "

"Aumm...

"Begini puan.. boleh tak kalau puan ceritakan soal anak puan ini lebih lanjut.. "tanya Lee Kyung

"Anak makcik orangnya sangat baik..namanya Jo ji ah...kira² dia sudah berumur 35 sekarang.. "

"Apa yang telah berlaku padanya? dan dia mempunyai seorang anak ke? "tanya Suzy

"Betul dia mempunyai anak tapi anaknya mati di dalam kandungannya...Dia mengalami kesakitan yang amat besar..tapi sebelum itu dia tidak pernah rasa sakit begini... "

"Bila dia mengalaminya...? " tanya Lee Kyung

"Selepas dia pulang dari rawatannya di hospital itu...ia berlaku dalam masa 3 hari...Makcik bawanya kembali dan doktor di sana cakap dia perlukan pembedahan..."

"Makcik tidak tahu macam mana lagi...jadi dia harus memasuki ke dalam wad... dalam masa seminggu dia telah menjalani pembedahan itu.. "

"Makcik berada di luar bilik pembedahan dan setelah menunggu selama 3 jam...Doktor pembedahan keluar dan memberitahu makcik yang anak makcik tidak dapat diselamatkan.. hiks.. "

"Apa puan rasa ada yang pelik semasa di sana? " tanya Lee Kyung

"Makcik ada lihat seorang lagi doktor berbicara soal anak makcik..makcik ada dengar pengambilan organ.. tapi makcik tidak hiraukan bahawa mungkin dia berbicara soal lain.."

"Tapi makcik masuk ke dalam dan melihat banyak darah berlumuran di lantai dan terlihat usus² terkeluar.. "

"Makcik langsung pengsan dan tidak sedarkan diri.. makcik mencari kembali Ji ah apa yang berlaku padanya.. tapi bila lihat kembali semua dalam keadaan baik.. "

"Makcik ingat siapa nama doktor itu? "

"Tak silap makcik doktor yang membedah Ji ah adalah.. Doktor Park kyung so dan seorang lagi Doktor Hangseol... "

Hari semakin malam mereka berdua pulang ke rumah selepas bertemu dengan ibu Jo ji ah.

"Lee kyung.. awak rasa apa yang berlaku di hospital ini.."

"Saya pun tak tahu.. mungkin mereka berdua ini terlibat.. "

Mereka ingin tahu lebih lanjut lagi soal ini.Apa yang telah berlaku buat mereka bingung.Apa yang akan dilakukan oleh mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience