Dia kembali lagi

Drama Completed 7515

Suzy berada di dapur untuk minum air.Dia membuka pintu peti ais itu dan mencapai satu jag berisi air masak.Dia minum air itu hingga tekaknya berasa nyaman.

TAP! TAP! TAP!

Suzy yang khusyuk minum air itu berhenti minum.Dia mendengar seseorang berada di biliknya di atas.Hatinya mula tidak rasa tenang.Dia segera kembali ke bilik untuk melihat siapa di biliknya.

"Aaaahhn? kenapa bilik aku jadi gelap nih? setahu aku... lampu bilik aku menyala kot.."

Srekkkkkkkkk....Suzy menolak Pintunya perlahan .Dia cuba mencapai lampu di sebelah kanannya di dinding.

"Kenapa tak menyala nih? tiada elektrik ke? "

"Tapi.. bilik mama dan papa menyala.. "

"Hello...siapa di sana? "

Suzy cuba bertanya siapa di sebalik hujung katilnya.Suzy mengecilkan anak matanya untuk lihat siapa di sana.Dia terlihat satu bayangan keluar dari katilnya.

Jantung suzy mula berdebar laju.Muka dia makin pucat.Dia mengerakkan kakinya kebelakangan dengan teragak.Dia tersandung kakinya sendiri dan jatuh ke belakang.

"Si-siapa di sana?! apa kamu nak? jangan ganggu aku.. pergi dari sini.. "

Suara itu kemudian hilang.Suzy menjengut kembali.Tiba² hantu wanita itu kembali dengan pantas mengadap mukanya.Suzy cuba untuk minta tolong.Tapi mulutnya tidak boleh bicara.

ke-kenapa aku tak boleh bergerak nih? kenapa dengan suara aku..mama.. paaa tolong Suzy.Suzy takut... aku tak pernah lihat wanita seram ini.apa yang dia mahu dari aku...

"Tolong sayaa....... "

"Aaaaaahhhhhhhggggg!!! "

"Suzy?!... "

Suzy menjerit ketakutan hingga dia pengsan di lantai.Mama dan papanya terjaga dari tidur dan keluar melihat Suzy.

"Ya tuhan.. Suzy!? sayang kenapa nih.. apa jadi nih.. "

"Suzy bangun sayang.." kata papanya

Keesokan paginya Suzy sedar dari pengsannya dia melihat di sekelilingnya dengan pandangan kabur.Dia mengedipkan matanya berulang kali supaya bisa nampak.

Aahhhh... kepala aku? sakitnyaaa.. apa jadi malam tadi.. kenapa wanita itu asyik minta tolong dengan aku.. haaa..

"suzy? sayang.. kamu tak apa² ke nak? "

"Hmm.. Suzy okyh..mungkin Suzy penat sikit.. "

"Penat? tapi kenapa kamu menjerit semalam...? apa kamu.. "

"Maaa aku lapar.. boleh tak mama masak bubur untuk Suzy?? "

"Hmm.. baiklah sayang.. nanti masakkan untuk kamu. sudah kamu pergi mandi dulu.. dan hari nih kamu cuti oky.. tak payah pergi sekolah."

"Okyh maaa.. "

Suzy bangun dari katilnya dan pergi mengambil tuala.Dia bereskan dirinya untuk turun ke bawah.Fikiran Suzy masih lagi benda sama.Dia tidak tahu bagaimana mahu buat.

Zzzzzzzz! zizzzzzz!!

Talifon Suzy bergetar.Dia melihat di skrin kaca telefonnya bahawa Lee Kyung menelefonnya.Dia terus mengangkat.

"Suzy?? awak tak datang ke sekolah ke? awak sakit ke? "

"Umh.. saya sakit.. maaf.. saya lupa hari nih kita ada kena buat tugasan.. maaf sekali lagi.. "

"It's okay.. yang penting awak akan sihat selepas berehat.."

"Thanks.. ehh Lee Kyung?saya nak awak datang rumah saya lepas balik boleh? ada benda yang saya nak bagitau pada awak.. ia sangat penting.."

"umm. okyh saya datang.. jumpa lagi.. byee"

" byee.. "

Lee Kyung meletakkan panggilannya.Suzy menenung sejenak.dia melihat ke luar jendelanya sambil menghirup udara segar pagi ini.Dia akan beritahu padanya bahawa dia dihantui oleh wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience