Rancangan

Drama Completed 7515

"oky kita dah sampai di rumah Su jian..awak nak kita masuk jumpa ibu dia dulu ke?? "

Mereka berdua sampai di rumah Su jian.Lee kyung menanya pada Suzy tapi tiada respon dia menoleh ke muka Suzy.Suzy terlelap di belakang Lee kyung.

"Lahhh.. dia boleh tidur pulak patut senyap pun.. habis bila nak selesai.. "

Lee kyung tersenyum lihat muka Suzy yang comel itu.Lee kyung pulang ke rumahnya dulu dan beri Suzy rehat.Kebetulan rumah dia dekat dengan rumah Su jian.

"Bibik...saya dah pulang.. "

"Ehh tuan Kyung.. sudah pulang? itu siapa di gendong.. pacar kamu ke? "

"Hahaha ada² saja bibik nih.. ehh bibik tolong buat makan boleh.Saya takut dia sedar nanti dia lapar. Kami baru habis pulang ke sekolah. "

Lee Kyung bawa naik Suzy ke atas.Diletaknya Suzy di atas katil.Dia menyelimutkan Suzy.Dan mencari Hp untuk telefon pada keluarganya.

"Aaa.. hello.. selamat malam puan."

"Yea.. hello.. siapa ini? mana Suzy? "

"saya Lee kyung kawan Suzy.kami baru habis sekolah.Jadi tadi Suzy kakinya melecet jadi saya gendong dia.Malah dia tertidur pulak.Jadi saya bawa dia pulang ke rumah bagi dia rehat."

"Ooo tak pelah..tapi bagus juga sebab makcik dengan pakcik tak balik malam ini. jadi kamu tolong jaga Suzy yea? "

"Ba-baik makcik.. "

Panggilan mereka telah tamat.Lee kyung lihat jam di dindingnya sudah menunjukkan pukul 9.Dia mencapai kain tuala dan ambil bajunya untuk mandi.

Setelah siap mandi dia kembali ke bilik untuk lihat samada Suzy sudah bangun.Terlihat Suzy tidur dengan nyenyak sekali.Dia duduk di kerusi yang berhampiran Suzy.Dia merenung ke muka Suzy yang cantik itu.

Suzy??? hmm siapa awak sebenarnya.. saya macam pernah kenal saja..apa awak?? dari rumah anak yatim???

"Saya dengar korang cari aku?? " muncul Su jian

"Ya tuhan...terkejut aku.. bi-bila masa pula awak masuk sini? macam mana awak..? "

"tak ingat ke saya hantu... apa yang korang buat kat depan rumah aku tadi? "

"Aaa ini..Suzy jumpa beg dompet kau dekat bilik stor.. apa kau nak cakap sesuatu?? kau tak ingat siapa guru itu bagaimana penampilan dia..? "

"Hiksss... ini... hikss.. saya sepatutnya beri duit ini pada ibu saya.Tapi setelah saya dibunuh.Ibu sakit kuat dan tidak dapat pergi ke hospital kerana kos yang tinggi.. "

"Su jian?? pandang aku... kau kenal aku? "

"Lee...Lee.. kyung..??? "

"Yea aku...Lee Kyung "

"kau kena tolong aku.. kau bagi duit ini pada ibu dan pesan padanya aku suruh dia pergi ke hospital.. dan jaga kesihatan.. ahhh!!! kepala aku.. sakit"

"Su jian?! kau tak apa² ke? "

Su jian mula mengalami kesakitan pada kepalanya.Sesuatu terjadi padanya.Satu bayangan muncul di kepalanya.

"Guru itu... dia ialah... guru pendidikan jasmani.. dia sejenis yang berlagak dan suka lakukan masalah.. "

"Jadi kau tak lapor padanya dia buat salah kan? "

"Tak"

"Jadi ada orang yang telah memfitnah kau melaporkan tentangnya dan buat guru itu berdendam dengan kau.. "

Suzy mula sedarkan dirinya dari ketiduran.Dia buka mata dan bangun dengan mengejut.Dia lihat Su jian dan juga Lee Kyung.

"Apa jadi?? Lee Kyung saya kat mana? "

"Awak ketiduran tadi jadi saya bawa awak balik rumah saya untuk awak tidur.. "

"Ahh...!! saya ketidur?? aduhla.. habis macam mana Su jian..."

Suzy lihat Su jian ada di depannya.Lee Kyung mencerita kembali dengan Su jian apa yang mereka bincangkan.Mereka bincangkan tentangnya dan dapatkan bukti.

"Baiklah saya ada idea macam mana nak buat dia mengaku... " kata Suzy

"Macam mana...?? "tanya Lee kyung

Mereka buat satu rancangan untuk buat guru itu mengaku tentang kesalahannya selama ini.Su jian gembira mendengarnya dan dia akan bebas tidak lama lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience