Pertemuan

Drama Completed 7515

selepas guru itu ditangkap.Su jian sudah tidak lagi kelihatan.Dia telah pergi dengan tenang di sana.Kini akan ada banyak lagi yang berlaku pada aku dan juga Lee kyung.

"Suzy..?? haii.. saya nak cakap sikit boleh saya ingat nak kita keluar sebab saya ada benda nak cakap dengan awak boleh?? "

"Benda apa? dekat mana?"

"Awak datang kat rumah saya..pada pukul 8 malam ini.. boleh? "

"Oky.. saya akn pergi..tunggu saya di sana"

Cringgggggggg!!

Waktu pelajaran mereka telah tamat.Semua pelajar pulang ke rumah.Ada datang dengan kereta. Ada pulang jalan kaki bersama teman.Manakala Suzy pulang dengan pemandunya.terlihat juga Lee kyung diambil pemandu.

Suzy berangkat pulang ke rumahnya.Suzy menyuruh pemandunya berhenti di Supermarket untuk membeli.Dia keluar dari kereta dan melangkah masuk ke Supermarket.

Dia membeli barang yang ibunya pesan.Hampir penuh troli dia membeli barang dapur dan sebagainya.Suzy melalui di bahagian sayuran.Dia memilih pelbagai sayur dan juga buah.

Terasa satu aura yang membuatkan jantung Suzy berdebar dia menoleh ke belakang dengan perlahan.Tapi tiada sesiapa di belakangnya.Suzy kembali melihat ke depan.

"Ahhgh!... s-siapa?? "

Suzy terjatuh ke belakang.Dia terlihat hantu yang menyeramkan dia tidak pernah nampak hantu ini Suzy menunduk ke bawah sambil bangun dan mencapai pemegang troli itu.

"Siapa itu?? aku tak pernah nampak hantu itu kenapa muka dia penuh dengan makeup segala.. eiii menakutkan.. ada juga hantu macam tuh yea.. "

Suzy beratur di kaunter untuk membayar barangan yang dibelinya.Sesudah bayar dia mengangkat barang yang berat untuk dibawa ke kereta.

"Ahhh.. beratnya.. kenapa banyak sangat barang nih? aduhh"

"Maafkan saya? nak saya tolong ke? "

Satu suara menyapa Suzy dengan lembut.Dia melihat seorang lelaki yang berseragam sekolah yang sama sepertinya datang untuk bantu dia.

"Ahh takpe.. saya ok.. "

"Sini saya tolong...saya ok saja.. "

"Aaa.. te-terima kasih.. sini ikut saya.. "

Lelaki itu berjalan ke kereta bersama Suzy.suzy membuka bonet kereta dan memasukkan ke dalamnya.Dia berterima kasih padanya.Suzy masuk ke dalam kereta dan menuju ke rumahnya.

"Saya dah balik... "

"Aaa.. sayang? kamu dah pulang..? "

"Hm... Suzy letih.. maa boleh tolong buatkan sup untuk Suzy? .."

"iyee sayang mama akan buat.. untuk kamu apa pun boleh.. "

Suzy tersenyum lihat ibunya.Dia peluk ibunya dengan erat.Dia bersyukur sebab dia ada ibu angkat yang saya akannya.

"Hmm..? kenapa nih? "

"Maaa..terima kasih sebab ambik Suzy sebagai anak mama.. "

"sama² sayang...mama ambik kamu kerana ada sebabnya.. semasa mama mencari anak untuk mama.. mama terlihat satu cahaya di muka kamu.. sebab itu mama tertarik dengan kamu.. "

Suzy mengalirkan air matanya dan memeluk ibunya dengan erat sekali.

Ahhh.. sedapnya mandi... ehhh tunggu?! alamak lupa aku ada janji dengan Lee Kyung nak jumpa dia.. aduhh..

Suzy bersiap² untuk ke rumahnya Lee kyung.Dia minta izin dengan ibunya untuk ke rumah Lee Kyung.Dan harus pulang ke rumah sebelum tengah malam.

Dia melangkah keluar dari rumahnya dan mencari sebuah teksi untuk ke sana.Satu teksi berhenti di depannya.Suzy naik teksi itu dan berangkat ke rumah Lee Kyung.

Lama menunggu akhirnya sampai dia di rumahnya Lee Kyung.Rumah itu sangat besar dan luas.Suzy menekan loceng di tepi dinding pagar.Pintu pagar itu terbuka luas.

Suzy masuk dengan muka yang ceria kerana kagum dengan hiasan sekeliling rumah Lee Kyung.

Ting tong.....

Suzy menekan loceng itu.Seorang membuka pintu itu.Dan menanyakan Suzy mencari siapa.Suzy bilang mencari Lee Kyung.Dan dia dibenarkan masuk ke dalam rumahnya.

"Suzy... "

"Aaa.. Lee Kyung... "

Mereka berada di bilik atas yang seperti ruang tamu.Suzy duduk di atas sofa.Lee Kyung mula berbual.

"Apa awak nak cakap tadi? "

"Saya nak tahu... awak ke budak yang selalu di buli di rumah anak yatim? "

"Ma-macan mana awak.... "

"saya.. "Hero" awak? apa awak ingat perkara ini.. "

"Hero?? awak... "

"yea.. saya.. hero awak.. "

Suzy terkejut berjumpa dengannya kembali.Dia tak sangka Lee Kyung adalah kawannya yang selalu menolong dari dibuli.mereka berdua sangat rapat.Suzy lantas memeluk Lee Kyung dengan gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience