Di hantui

Drama Completed 7515

"Auchh..! te-terima kasih sebab tolong hantar saya sampai di rumah.. "

"Takpe.. lagipun rumah saya di sana juga kan.. baik saya hantar awak kalau tak macam mana awak nak jalan.. "

Suzy mengucapkan terima kasih pada Su chang sebab tolong hantarnya ke rumah.Su chang meminta diri pulang ke rumahnya.Suzy masuk dengan perlahan.

"Suzy dah balik.. "

"Dah balik dah... ya tuhan Suzy?! apa jadi dengan kamu nih? "

"Ishh mama nih takde apelah Suzy jatuh tadi masa berjoging... luka kecil jea nih.. Suzy kan dah besar bukan budak kecil lagi.. "

"Kamu nih Suzy.. mama taknak tengok anak mama nih luka paham?..kamu lain kali hati² boleh tak.. tengok kan dah luka.. "

"Alololo.. mama nih.. it's okay.. I am okay.. look this is not really hurt... "

"baiklah.. naik atas pergi mandi dan cuci luka kamu nanti berjangkit.. "

"Okyh mamaa.. "

Suzy jalan berhati² naik ke atas.Darah di lutut terlihat makin kering.Suzy mengambil kotak kecemasan dan baring di atas kerusi depan katilnya.Dia menyapu ubat cuci luka dan meletak kapas di luka itu kemudian dilekatkan dengan plaster.

Hari semakin malam pukul 7 malam.Suzy tertidur di dalam bilik kerana kepenatan.Kelihatan anak mata Suzy bergerak.Dia seperti mengalami mimpi buruk.

Ahhh aku kat mana nih? tempat apa nih.. Kenapa gelap...Hello!? ada sesiapa tak.. helloo..? mana semua orang nih? apa jadi dekat sini..

Ehh itu kan.. Bangunan hospital lama yang Lee Kyung ceritakan...kenapa aku boleh ada dekat sini???

Apa aku harus masuk ke sana?? hmm baiklah aku akan masuk dalam sana..dan cari petunjuk apa yang tengah berlaku sekarang...

Kelihatan dalam mimpi Suzy.Di dalam hospital itu sangat menyeramkan.Banyak sampah.banyak barangan yang bersepah di luar.dan dinding di laluan itu penuh dengan lukisan.

Tringggggggg!!!!

Bunyi apa tuh?!

Terdengar satu suara di laluan bilik pembedahan.Sesuatu telah melanggar alatan di dalam sana.Suzy cuba beranikan diri untuk lihat di dalam sana.Tapi laluan itu sangat gelap tidak dapat dilihat.

Suzy meluaskan matanya untuk melihat dalam gelap.Terlihat sesuatu datang ke arah Suzy.Kelihatan berambut panjang dan perutnya penuh dengan isi yang terkeluar.Ianya seorang wanita yang diceritakan Lee Kyung.

Suzy cuba untuk lari tapi tidak boleh bergerak. Kakinya seperti dihalang.Suzy jatuh tersungkur.Hantu itu mendekatinya hingga muka mereka rapat.Suzy memejamkan matanya dengan kuat.

Muka hantu itu penuh dengan kulat dan berdarah.Suzy tidak tahan dengan bau busuk itu.Dia pusing dan bangun melarikan diri.Dia berlari ke arah jalan keluar.

Dunggggggg!!!

Ahhh?! pintu kenapa tertutup.. tolong!!! sesiapa tolong bukakan pintu ini!! tolonggg!!

Pintu keluar tertutup sendiri.Suzy mengetuk pintu itu dan minta bantuan.Dia menoleh ke belakang dan lihat hantu itu makin dekat dengannya.Kedengaran suara bisikan di telinga Suzy

"Tolongg saayaa... "

Cringgggggggg!! b

Ahhhhh! haaa.. mimpi? haaa.. mimpi apa nih? kenapa mimpi ini berkaitan dengan hospital lama itu dan wanita itu?? ahhhh.. baik aku pergi mandi

Suzy terjaga dari mimpi itu.Dia bingkas bangun dari katil dan menuju ke bilik mandi.Sesudah mandi dia turun ke bawah untuk minum air.

Kelihatan sudah pukul 12 malam mama dan papa Suzy sudah masuk tidur.Suzy pergi dekat dapur dan menghampiri peti ais dan buka ambil minuman sejuk.Dia minum air sejuk .

TAP! TAP! TAP!

Suzy terdengar suara tapak kaki di atas.Dia mula tidak sedap hati.Dia menghabiskan minumnya dan naik ke atas biliknya perlahan.Pintu biliknya terbuka dan lampu di biliknya tiba² terpadam.

Apa nih? kenapa lampu dimatikan? aku kan hidupkannya tadi...

Sesuatu berada di dalam bilik Suzy? apa yang dia akan jumpa lagi? apa hantu lain atau...???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience