Bab 9

Drama Completed 7515

Suzy gembira dapat berjumpa dengannya kembali.Suzy memeluk Lee kyung dengan erat.Dia teringin menangis kerana telah berjumpa Lee kyung Hero dia masa di rumah anak yatim.

"Maafkan saya.. sebab lambat mencari awak.. "

"Takpe.. saya gembira dapat berjumpa awak.. "

"Habis sampai bila awak nak peluk saya nih?? "

"Ehhhh..maaf... hehe.. "

"Awak ada perasaan ke dekat saya nih? sampai boleh peluk saya macam tuh? "

"Ehh.. lupa saya kena balik awal... ki-kita jumpa esok lah ehh di sekolah... "

"Okyla.. sini saya hantarkan awak.. "

Lee Kyung masuk ke biliknya untuk ambil kunci keretanya.Dia dan Suzy turun ke bawah dan menuju ke kereta Lee Kyung.

"Ehh nih kereta awak ke?lah saya boleh naik teksi tak yah susah².."

Lee Kyung cepat² masukkan Suzy dalam kereta dia yang besar itu.Kerana Suzy banyak cakap dia terus masukkan saja.Mereka mula berangkat.Kedengaran muzik cinta.Mereka hanya senyap dalam perjalanan mereka.

"Aaahh.. hehe.. tak de lagu lain ke haaa.. " jawab Lee Kyung malu

Mereka mula cuba untuk berbual.Supaya tidak berasa janggal.Lee kyung memberhentikan keretanya di tepi bangunan hospital yang usang itu.Lee Kyung menceritakan kisah sejarah hospital ini.

"Awak tahu tak kenapa ia ditutup..? "

"Tak kenapa? "

"Hospital nih dulu terkenal di kawasan sini.Ramai penduduk di sekitar sini yang miskin tiada duit untuk kos rawatan mereka.Jadi setelah hospital ini dibangunkan.Mereka berasa senang kerana hospital ini juga mengambil kos rawatan yang rendah.. "

"Selepas 2 3 tahun.Ada yang mengatakan hospital ini berhantu..setiap mereka dikenakan masuk di dalam hospital ini... ramai diantara mereka diganggu."

"Diganggu..?maksudnya diganggu oleh orang yang telah mati? tapi kenapa? "

"Itu lah..kata² orang tua dulu yang pernah ke sini mereka selalu melihat ibu mengandung berkeliaran di luar bilik mereka.Ibu kandung itu terdapat perutnya terbelah dan dia berjalan sambil mengheret isi² perutnya... "

"Dan ada juga yang mengatakan..dia ternampak satu makhluk yang besar merangkak di dinding dengan mengekorinya..."

"Tapi kenapa boleh jadi macam tuh? ada sesiapa yang tahu ke puncanya? "

"Buat masa sekarang tiada yang tahu lagi puncanya... "

Setelah siap bercerita mereka bertolak kembali.Suzy akhirnya Sampai ke rumah dihantar Lee kyung.Lee kyung kembali gerak pulang ke rumahnya.

Suzy masuk ke dalam rumahnya.Dan auranya tidak berasa baik.Bulu romanya mula naik.Dia segera berlari masuk ke dalam rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience