pergelutan bersama pembunuh

Drama Completed 7515

Pagi ini mereka mula bersiap² untuk laksanakan rancangan mereka semalam.Tapi sebelum itu Lee Kyung keluar untuk pergi ke rumah Su jian bersama Suzy untuk lakukan sesuatu.

Mereka berdua berada di depan pintu rumah Su jian.Suzy menekan loceng itu.pintu mula terbuka seorang wanita yang berumur 30 an itu keluar.

"Yea cari siapa?? "

"ahh makcik kenal saya?? Lee kyung? kawan anak makcik Su jian "

"Lee Kyung?? ini kamu! kenapa kamu ke sini? "

"Aa ini makcik..."

"Ini apa? "

"Itu beg dompet Su jian. Dia pesan pada saya supaya beri ini pada makcik dan di juga pesan pada makcik pergi ke hospital buat rawatan penyakit makcik itu"

"B-beg Su-Su jian...? dia kan dah.. "

"Iye tapi dia pesan supaya beri ini pada makcik kerana dia cakap rohnya tidak tenang kerana makcik tidak sihat.. "

"Su jian? dia di sini?? Su jian anak ku..kenapa kamu tinggalkan ibu siapa yang telah buat kamu begini??!! hikssss... Su jian"

Ibu Su jian menangis sekuatnya dengan memeluk beg anaknya.Suzy pergi dekat ibu Su jian dan memeluknya.Su jian berada di depan rumahnya dia menangis dengan air mata darah.

"Jadi??? macam mana? sedia? "

"Kita kena tangkap guru itu.. ahh?! kejap lupa.. Su jian ada cakap guru itu punya tahi lalat di belakang lehernya...jadi mungkin kita boleh cari dia? "

Mereka berada di sekolah dan menunggu untuk rancangan itu.Suzy berjalan di kawasan sekolah itu dan sementara Lee kyung pura² pergi ke seluruh tandas dan juga bilik² lain.

"Aaahhh?? itu bukan ke guru yang punya tahi lalat?? apa itu dia? hmm aku kena siasat lagi"

"Suzy aaaa..."

Su jian berlari kepada Suzy.Mereka berlanggar dan membuatkan Suzy jatuh ke lantai.

"Aaaaghh!!!! aduhhh!! ishh Su jian?!"

"Awak tak apa²..."

Satu suara datang menanya Suzy.Suzy mendongakkan kepalanya dan lihat siapa itu.Dia terkejut lihat guru tadi datang dekatnya dan menghulurkan tangannya untuk bantu Suzy berdiri.

"Ahh.. saya tak apa² terima kasih.. "

"Kamu pelajar baru di sini ke??? sebab tak pernah nampak bidadari secantik ini"

"Ahh.. hahaha... tak lah saya kelas gred 3..."

"Umm selamat berkenalan... "

Suzy pura² senyum pada guru itu.Jantung Suzy bagai nak meletup tengok muka guru itu seperti gengster.Guru itu minta izin pergi ke kelas.Suzy terkaku sekejap lihat perangai guru itu yang memegang rambutnya.

Tapi dalam diam satu idea keluar dari Suzy.Dia pergi mencari Lee kyung.Lee kyung berada di sebelah tandas di tingkat 3.Suzy lari ke arahnya dan...

"Aaaaaaaghhhhhhh!!!! "

"Suzy!!!!??? ahhh!"

"Awak tak apa² ke?? "

muka dia..rapat sangat dengan muka aku..aaa jantung ku jangan lah berdegup pleasee!!!

Suzy??? siapa awak sebenarnya???

"Ma-maaf saya tak sengaja... umh... ha nih apa tuh tadi guru itu berbual dengan saya.. tapi dia punya perangai sangat menakutkan.. "

"Apaaa maksud awak??

"Yaaa.. tadi saya jatuh kerana Su jian langgar saya.. jadi guru itu datang tolong saya.. lepas tuh dia boleh tarik rambut saya dengan lembut... dan tak salah saya dia cium rambut saya"

Lee Kyung punya cadangan.Dia menyuruh Suzy untuk lebih rapat dengan guru itu dan lakukan apa yang Lee kyung beritahu.

"Baiklah semua silakan duduk di tempat masing² kita akan mula belajar"

Suzy terkejut lihat guru itu masuk ke kelasnya.Lee Kyung yang berada di sebelahnya cuba menenangkan dia dan ingat apa perlu lakukan.

"Lupa saya tertinggal buku saya di meja...aaa kamu di belakang sana.. tolong ikut saya ambilkan buku di bilik guru.."

"Ahh? siapa saya? ke? "

Guru itu memanggil Suzy untuk ambil buku di bilik Guru.mereka pergi menuju ke bilik guru.tapi peliknya ini bukan arah ke bilik guru tapi ke bipik stor.Suzy mula rasa tidak sedap hati.

"Ahh cikgu.. kita bukan patut ke bilik pejabat kenapa ke sini?? apa ada sesuatu?? "

Guru itu hanya senyap sehingga sampai ke bilik stor dia menarik Suzy ke dalam bilik itu sehingga Suzy jatuh ke lantai.Guru itu menindih dia menyebabkan Suzy tidak boleh bangun tangannya dipegang kedua belah dengan guru itu.

"Aaahhh...! lepaskan apa guru buat nih leaskan..!"

"Hemgh... kesian.. kau ingat aku tak tahu kau cari aku untuk serahkan aku pada polis...? "

"Ma-macam mana? "

"Hahaha..aku nampak kau di bilik stor ini...kau ingat aku tak kan tahu?? aku memerhatikan kau.."

"Kau tak kan terlepas.. ehghh.. lepas lah..!! kenapa kau sanggup bunuh Su jian? "

"Ooo kau nak aku bahas tentangnya dulu.. oky lepas aku ceritakan pada kau..aku akan bunuh kau seperti mana dia mati.. "

"Eghh.. lepaskan aku.. ahhh!! tolonggg sesiapaa to..... hmghh..

Mulut Suzy ditutup.Dia tidak boleh bergerak kerana lelaki itu menindih dia.Lelaki itu menceritakan perkara sebenarnya pada Suzy.Membuatkan Suzy menangis ketakutan.

"Aku bunuh dia kerana dia tolak cinta aku pada dia...dan dia telah melaporkan pada pengetua.. aku membuat kesalahan dengan melakukan perkara tidak senonoh pada pelajar lain.. jadi aku dengan pelajar itu buat keputusan untuk bunuh dia...pelajar itu mengumpan pada Su jian untuk ke bilik stor.. tapi dia tidak tahu aku berada di sana.. jadi perkara hebat berlaku di sini.. "

"Aku membunuh dia dengan menikam di jantungnya... semasa itu dia menjerit kesakitan tapi aku suka mendengar jeritannya itu.. sangat hebat"

"Sekarang giliran kau untuk mati..."

"Ahhh le-lepaskan... ahh.."

Lelaki itu mencekik leher Suzy sehingga dia tidak boleh bernafas.Suzy mencari sesuatu untuk memukul lelaki itu.Ada penukul di sebelah kanannya.Dia cuba untuk mencapai supaya dapat penukul itu.

Buuuuukkkkkkk

Kepala lelaki itu berdarah dihentam dengan penukul.Suzy bangun untuk lari tapi kakinya ditarik dengan lelaki itu.Lelaki itu sekali lagi mencengkam leher Suzy.

"Suzyyyy aaaa!!! "

Lee Kyung datang pada Suzy untuk menolongnya.Dia melihat Suzy dicekik lelaki itu.Lee Kyung memberi tendangan pada muka guru itu.

"Suzyy?! awak tak apa² ke? kurang ajar!!"

Lee kyung menumbuk guru itu sekuatnya.Lee kyung dibalas balik dengan tumbukan di perutnya berulang kali.Lee kyung jatuh kesakitan.Lelaki itu mengeluarkan pisau di poketnya.Lee kyung cuba untuk mengelak dari terkena pisau itu.

"Hahahah.. macam mana.. boleh lawan.. " kata guru itu

"Suzy keluar...cepat lari dari sini.. "

Sementara dalam pergaduhan itu.Tepat masanya polis sampai.Beberapa anggota polis datang bersama pistol.Ambulance juga turut datang.Lelaki itu ditahan dengan polis.

"Lee kyung!!? awak tak apa²..i-itu darah di mulut awak.. "

"Semuanya sudah selesai.. Su jian akan tenang di sana.. auchhh.. eghh.. "

"Hahahaha..! sia2 kau menangkap aku.. kau tiada bukti aku membunuh dia? "

"tunggu.. encik.. ini rakaman dia membunuh pelajar di sini..Namanya juga turut ada di dalam rakaman ini.. "

"Apa!! tidak mungkin bagaimana kau? "

"Jangan ingat kitaorang bodo kami dah merancangnya awal lagi.. Suzy membuka rakaman itu semasa dia sampai di bilik stor dengan kau.. "

Akhirnya pembunuh Su jian ditangkap pihak polis dan dibawa ke balai untuk disiasat.Suzy sudah menyerahkan rakaman itu pada pegawal polis itu.Mereka berdua dibenarkan ambil cuti selama seminggu kerana telah berjaya menangkap pembunuh itu.

Turut juga pelajar perempuan yang guru itu cakap ditangkap bersama kerana melakukan subahat dengannya.Su jian datang ke Suzy dan memeluknya.

"Terima kasih Suzy... "

Su jian pergi dengan menjadi debu.Suzy bersyukur semuanya selesai.Dia merawat luka² Lee Kyung.Dia risau melihat keadaan Lee kyung.Lee Kyung senyum melihat pada Suzy.

mereka lega kerana semuanya sudah selesai.Dan roh Su jian juga telah tenang di sana.Apa yang akan berlaku pada mereka seterusnya???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience