Perakhiran

Drama Completed 7515

"Hahaha kita akan ambil organ mereka dan segalanya.. "

"Betul tuu kau bereskan yang lelaki itu dan perempuan ini biar aku yang selesaikan.. "

Suzy mendengar perbualan mereka walaupun Suzy masih lagi tidak dapat bergerak.Dia seperti diikat dengan kuat dan badannya ditindih seseorang.

Dia membuka matanya dan melihat Doktor Park duduk di atas badanya.Dia tidak boleh bergerak kerana di ikat.

"Ishh.. apa nih? lepaskan! kau takkan terlepas dengan semua ini.. "

"Shushhh.. kamu cantik dan badan kamu pun sexy..kenapa kamu ke sini? tapi sayang sekali kamu akan ku ambil semuanya.. "

"Kau jangan harap boleh terlepas.. Lee kyung!!! tolong!! "

"Diam!! kau aku akan bermain dulu..dan selepas itu akan aku robekkan semua badan kamu.. "

Terlihat satu cahaya yang memantulkan pada muka Lee kyung.Lee kyung berasa pening kepala kerana dipukul tadi.

Matanya mula hilang kabur.Dia melihat kaki dan tangannya diikat.Dia cuba untuk lepaskan dirinya tapi tidak boleh.

Dia melihat satu pisau di sebelah kepalanya.Dia memikirkan caranya untuk ambil pisau itu.

"Ahhh.. macam mana aku nak capai pisau itu.. "

Srkkkkkk

"bunyi apa itu? sesiapa tolong.. "

"Suzy? awak ke itu? "

"Suzy tolong saya..Suzy? "

"Kau.. bukan Suzy.. apa kau nak? "

Lee kyung didatangi tetamu yang dia pernah lihat iaitu Wanita itu kembali lagi.Wanita itu menghampiri sebelah Lee Kyung.

Lee kyung terkaku melihat wanita itu.Dia merontan dirinya untuk lepaskan diri.Dia melihat hantu itu mengambil pisau itu.

"Ap-apa kau nak buat?!"

"Tidak jangan!! "

Srek..

Lee kyung memejamkan matanya dengan erat sekali dan dia pelik kerana dia masih tidak berasa apa².

Dia membuka matanya perlahan dan melihat hantu wanita itu sudah hilang.Dan jelas sekali ikatan nya sudah terbuka.

Lee kyung tidak berfikir panjang dan membuka ikatan lainnya dan cuba untuk selamatkan Suzy.Terdengar suara seseorang Lee kyung turun dari katil itu dan bersembunyi.

Srekkkkkkkkk

"Mana lelaki tadi? apa jadi? tak guna? !.. "

Buuuuukkkkkkkkk

Lee kyung membalas balik pukulannya di kepala doktor itu.Doktor itu pengsan sebentar.Dia segera keluar dan mencari Suzy.

"Ishh tolonggg!!! "

"Suzy!? "

Lee kyung berlari ke arah bilik pembedahan.Dia menendang pintu itu dan melihat Lelaki itu nyaris² membuka baju Suzy.

"lepaskan dia!!.."

"Kau!? macam mana kau boleh terlepas.. "

Sementara pandangan Doktor Park teralih Suzy menggigit lengan Doktor itu.Dia menggelepar kesakitan.

Lee kyung menumbuknya ke arah perut doktor itu.

"Suzy awak tak apa² kea? "

"Awas.. belakang awak! "

Buuuuuukkkkkkkkk

"Hemgh.. lemah! "

"Lee kyung.. awak tak apa² ke.. "

Lee kyung jatuh setelah dipukul dari belakang.Doktor itu mengambil Skapel dia dan menghala pada Suzy.

"Berhenti kami Polis!!letakkan senjata anda ke bawah.. "

"tak guna macam mana kau? "

"Sayangnya kau terleka..sebelum kau menangkap kami.. kitaorang dah call Polis untuk menangkap kau di sini.. tapi kami menyuruhnya datang selepas 10 minit..akhirnya rancangan kami berjaya juga.." kata Lee Kyung

Mereka berdua telah ditangkap dan disaksikan bahawa mereka melibat dalam pembunuhan dan mengambil organ.

Mereka akan dibicara di mahkamah nanti.Lee kyung melihat ke arah Suzy dan dia memeluk Suzy dengan erat sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience