Bab 1

Drama Completed 7515

"Suzy sayang.. mari turun makan.. kamu dah lambat ke sekolah nih sayang.. " jerit mama Suzy

"Ok maa.. tunggu jap.. "

Suzy ambil beg sekolahnya dan turun ke bawah untuk sarapan dia mencium pipi mamanya sambil peluk mamanya...

"Mama..?mana papa? "

"Ahh.. dia ada kat belakang tengah kemas di bahagian belakang rumah.. kenapa?"

"Takde apelah saja je... ahh mama Suzy dah lewat dah nih.. titip ciuman Suzy dengan Papa yea.. bye² ma... "

Suzy melangkah keluar dari rumahnya dan naik kereta yang dipandu oleh pemandunya...mereka berangkat ke sekolah.

Sampai di sekolah Suzy disapa dengan kawan²nya dia pun naik bersama² ke kelas.Sampai saja di kelasnya dia meletakkan begnya di tepi mejanya berada di belakang bersebelahan dengan tingkap...

Suzy menoleh ke luar jendela dia terlihat hantu wanita yang penuh darah melihat sekolah itu hantu itu berpakaian sekolah sama seperti mereka..

"Umh.. kemana dia nak pergi? ahh.. korang aku nak tandas sekejap oky.. "

"Okyh.. jangan lama² sangat.. "

Suzy bangun dari kerusinya dan keluar pergi kepada hantu itu tadi dia lihat hantu itu pergi ke bahagian belakang sekolah dia melihat sekeliling supaya tiada siapa perasan soalnya.

Suzy meluru pergi ke arah perempuan tadi..Dia lihat hantu itu berdiri di bahagian stor belakang sekolahnya.Suzy pergi dekat dengannya lagi dan menegurnya

"Anyong.. awak kenapa boleh berada di sini? "

"Awak cari sesuatu ke? saya boleh tolong"

Hantu itu senyap sahaja bila Suzy bercakap dengannya.Suzy lantas bicara untuk tolongnya

"Awak boleh nampak saya? " kata hantu itu

"Hmh.. saya boleh nampak hantu.. errr maksud saya.. "

"Takpe saya hantu..."

"Siapa awak? apa nama awak dan awak kelas mana? Kenapa awak duduk depan bilik stor nih? "

"Saya Su Jian gred 2 saya di sini sedang mencari sesuatu..sesuatu yang tertinggal."

"Ahh.. saya Suzy gred 3 apa yang awak tinggalkan..? "

"Saya tak ingat.."

"boleh saya tahu macam mana awak boleh mati?"

"Saya dibunuh seseorang ianya guru sekolah ini"

"Ahh.. awak ingat siapa dia? "

"Tak.. "

Suzy memikir sejenak untuk menolong dia..dia beritahu padanya kembali untuk jumpa dengannya masa pulang sekolah nanti..

Cringggggg!!!

Loceng kelas mereka sudah mula..Suzy beritahu padanya supaya tunggu dia di sini waktu pulang..Suzy bergegas lari pulang ke kelasnya kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience