My Story

Drama Completed 7515

aku dulu tinggal di rumah anak yatim kerana ibubapa aku mati kemalangan semasa aku berusia 8 tahun...di sana aku menunggu...untuk diambil sebagai anak angkat tapi tiada siapa yang datang untuk ambil aku.Aku membesar di sana..

Dalam 4 tahun umur aku sudah mencecah 12 tahun aku berada di sebuah taman bersama yang lain boleh dikatakan aku selalu dibuli dengan mereka.Tapi ada seorang yang baik datang setiap masa dekat aku...dia seorang yang baik dan ikhlas..namanya itu Su-chang... yaahh.. selepas kami berumur 15 dia diambil menjadi anak angkat dengan orang kaya...kami terputus hubungan di situ.

Pada malam hari...mata aku seperti kabur tidak dapat melihat sesuatu...aku jadi gelabah,takut tapi dalam mata aku.. aku melihat satu bayangan di depan aku..aku cuba memanggilnya tapi ia tidak menjawab aku cuba memejamkan mata bangak kali akhirnya mata aku boleh melihat kembali.Tapi mana bayangan seseorang tadi? apa aku berhalusinasi saja?

Pada malam ini juga...aku tidur di atas tilam yang tiada katil aku tidur sambil melihat ke atas jam telah menunjukkan pukul 12 aku masih tidak boleh melelapkan mata.Aku terdengar satu suara di luar bilik aku.Aku bangun melihat tapi suara itu semakin dekat dengan bilik aku

Aku bangun dari tilam itu dan langkah pergi dekat pintu...aku cuba buka pintu itu perlahan tapi tiada siapa di luar.Aku tidak berfikir apa² aku menutup pintu itu semula..sewaktu aku menoleh ke belakang aku terkejut melihat hantu seram di depan aku...dia melihat pada aku dengan mata yang merah dan mukanya ada satu pisau di bawah pipinya..aku menggigil ketakutan aku cuba memejamkan mata aku selama mungkin

Aku cuba mengintai sedikit dengan buka mata aku sebelah hantu itu tiada lagi..aku hairan apa yang aku nampak tadi..?? apa semua itu kerana aku letih??

Banyak yang telah berlaku pada aku masa aku di rumah anak yatim.Aku sering melihat hantu di mana aku pergi..benda ini semakin buat aku tidak takut pada mereka.Dalam umur 17 aku telah diambil sebagai anak angkat aku pulang bersama mereka rumah mereka sangat besar dan punya kolam renang...aku gembira kerana diambil sebagai anak angkat

Tapi mata aku tetap sama boleh melihat hantu di mana saja.. sama ada di rumah.. di bilik aku di dapur dan dimana jua...tapi semua itu telah menjadi sebahagian dari hidup aku.. aku tidak tahu kenapa aku boleh melihat hantu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience