Bab 7

Romance Series 6154

" Ayah Ibu... Balik tu hati-hati tau."
"Ya tau la ayah. kakak tu kalau ada apa-apa call ayah. Taukan macam mna nak guna public phone? "

Balqis mengangguk dia mencium kedua belah pipi ayah dan ibunya. Dia memeluk erat tubuh ibunya. Mahu saja hatinya meraung 'Ayah ibu jangan la tinggal kakak kat sini. Duduk la dengan kakak'

Fatin menepuk bahu Balqis dari belakang. "Dah. Jom kita ada taklimat sat lagi."
Balqis mengangguk. Balqis dan Fatin bergegas pergi ke dewan sebelum itu sempat mereka melambai ke arah ayah dan ibu Balqis.

Balqis dan Fatin kini menyambung pelajaran mereka di Sek.Men Teknik Alor Setar.Balqis mengambil aliran kejuruteraan Mekanikal manakala Fatin mengambil aliran Sains Pertanian. Mereka langsung tidak menjangka bahawa mereka akan satu sekolah lagi.

Dalam kelam kabut Balqis mengekori Fatin dari belakang dia terlanggar belakang tubuh badan seorang lelaki. "Sorry tak sengaja." Lelaki tersebut menoleh. Nak terjatuh rahang Balqis apabila melihat tuan punya badan. 'Apa dia buat kat sini? Takkan dia sekolah kat sini?.'

Tanpa sempat lelaki itu membuka mulut terus Balqis membuka langkah seribu. Tidak mahu dia berlama di situ. Boleh pengsan dia di situ. Dengan muka pucat Balqis mendapatkan Fatin yang telah berada di hadapan dewan.

"Balqis hang okay tak? ni pasaipa muka macam baru lepas tengok hantu? "

"Memang aku nampak hantu pun. Aku nampak hantu raya yang menyerupai Irfan weyh. Tak sempat dia cakap apa terus aku blah." Fatin menekup mulutnya menahan gelak.

Habis taklimat semua pelajar bergegas pulang ke asrama. "Weyh Balqis serius ar hang nampak hantu raya bukan pelanduk dua serupa?" soal Fatin. Balqis di sebelah sedang membelek-belek poket bajunya seolah mencari sesuatu.
"Pelanduk dua serupa apanya. Memang muka sebijik yang beza dia tinggi tu ja. Weyh tolong cari kunci loker aku weyh. aku rasa tercicir la."

Terbeliak mata Fatin macam nak tercabut pun ada "Hang serius la. Hang tercicir kat mana?" "Kalau aku dia tercicir kat mana tak ada la aku minta tolong hang." Balqis merengus.

Puas mereka mencari masih juga tidak jumpa. Fatin sudah berputus asa. "Kita balik la dulu nanti adala announcement tu." Balqis menghembus nafas kemudian menggangguk setuju.

Sampai di pintu asrama Fatin terus berhenti kemudian berpusing menghadap Balqis yang masih berjalan di belakangnya.

"Hang ni kenapa tiba-tiba berhenti ni? " Balqis mengubah haluan ke kiri namun di halang Fatin. " Aku boleh bagi hang jalan tapi dengan syarat hang tarik nafas panjang-panjang pastu lepas. Kalau boleh selawat sekali." Balqis yang tidak tahu apa-apa hanya menuruti saja. Kemudian Fatin memberi laluan kepada Balqis.

Baru sahaja Balqis ingin meneruskan perjalanan, seorang lelaki menghalangnya. Lelaki itu menghayun kunci di hadapan. Balqis melompat kegirangan lalu mencapai kunci tersebut. Tersekat air liurnya apabila melihat lelaki yang menemui kuncinya itu. "Ir..Irfan.. Apa hang buat kat sini? Tolong jangan cakap hang sekolah sini."

Irfan hanya tersenyum sambil mengangkat bahunya. Tanpa berfikiran panjang, Balqis menyepak kaki Irfan kemudian memboloskan dirinya ke dalam kawasan asrama perempuan. Sempat dia menoleh ke belakang dan memberi jelingan maut kepada Irfan. 'Sapa suruh hang sekolah sini.'

Fatin pula masih lagi terkial-kial di hadapan Irfan. Serba salah dibuatnya. "Apala Balqis ni bukan nak berterima kasih. Irfan maafkan kawan aku sorang tu. Btw terima kasih sebab bagi balik kunci minah tu." Irfan membersihkan seluarnya sambil mengeluh. "Tak apa la. Aku tak kesah pun. Aku dah agak dah mesti dia bengang kalau dia tengok aku kat sini."

Fatin yang memerhati Irfan mula keliru " Bukan ka hang sekolah sains ka? Macam mana hang boleh sekolah sini? "

"Aku pindah keluar masa aku form 2. Tak tahan dengan asrama sana. Asyik kena buli ja. Aku pindah pi sekolah menengah Sik."

Fatin mengangguk mendengar cerita Irfan. Tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil rupa-rupanya Balqis tak balik bilik lagi dari tadi dia memerhatikan mereka berdua. "Weyh, aku rasa patut chaw dulu sebelum singa betina tu mengamuk. Jumpa nanti." Fatin meninggalkan Irfan di situ apabila melihat Balqis sudah pun bercekak pinggang.

Irfan tertawa kecil. Dia tak mampu nak membayangkan apa cabaran atau dugaan yang bakal dia hadapi selepas ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience