Bab 6

Romance Series 6154

" Bestnya Fatin. Dapat satu sekolah ngan hang" Fatin menghadiahkan sebuah cubitan di pinggang Balqis.Dia geram dengan Balqis kerana Balqis menolak tawaran dari Sekolah sains.

"Hang ni bongok la. pasai pa hang tolak tawaran tu haa? " tanya Fatin tidak berpuas hati. Balqis melepaskan nafas yang panjang. Dia penat menjawab soalan tu. "Kan aku dah kata aku tak ready nak masuk asrama. Lagi pun tak da maknanya aku nak satu sekolah dengan mamat tu. Sakit jiwa aku nanti."

Setelah habis UPSR, Balqis dan Irfan langsung tidak bertegur sapa.

"Hang tak happy ka aku sekolah dengan hang? " Balqis membuat muka sedih. Fatin menolak hidungnya ke atas. Tidak tahu lagi macam mana dia nak hadap karenah gadis di hadapannya itu.

"Lega aku tak satu sekolah dengan dia. Lapang sikit kepala otak aku ni."

"Jangan happy sangat. kalau dah nama jodoh tu ke mana tau."

"Spoil la hang ni." Balqis mencebik lalu meninggalkan sahabatnya di belakang.

3 tahun berlalu...

"Kakak result trial macam mana? Tak cerita kat ayah." soal Cikgu Shaari kepada anaknya. Semenjak anaknya bersekolah menengah anaknya jarang mengambil serius terhadap pelajaran. keputusan peperiksaan anaknya sekejap di atas sekejap dibawah. Dia mula risau dengan masa depan anak sulungnya.

Balqis memandang ayahnya dengan muka tiada perasaan. " Boleh la cukup makan." Ayahnya mengangkat kening. Mata masih fokus terhadap pemanduan. "Cukup makan tu macam mana? Ayah tak faham la dengan kakak. Irfan tu haa..setiap kali balik dari Asrama dia mesti mai jumpa ayah minta tips. Tapi anak ayah langsung tak amik serius. Trial baru ni dia bagitau dia dapat 6A. Bila dia tanya result kakak ayah tak tau nak kata apa."

Hati Balqis mula panas 'ni pasai pa plak sebut nama Irfan. Tak da nama lain ka nak sebut.'

"Ala 6A ja pun. Selalu sangat ka dia jumpa ayah? " Sejujurnya dia agak terkejut. Dia tidak menyangka sedang dia berfoya-foya, Irfan dalam diam asyik berjumpa dengan ayahnya. Entah apala ayahnya ceritakan tentangnya terhadap Irfan.

" Selalu tu tak selalu sangat. Kira okayla 6A daripada anak ayah. Result pun ayah tak tau macam mana"
"kakak dapat 4A ja" jawab Balqis perlahan tapi masih lagi dapat didengari oleh cikgu Shaari.

Esoknya....

"Fatin!!!!"
Ya Allah dah kenapa pompuan pagi-pagi dah memekak.

Fatin mencari kelibat Balqis. 'Mana dia? Tadi rasanya memang suara dia'

Balqis menepuk bahu Fatin. Terkejut Fatin hampir dia melatah. Fatin menunjal dahi Balqis. "Hang ni dah kenapa? Pagi-pagi jerit nama aku. Malu tau dak."

"Hang nak tau semalam. Masa on the way nak balik rumah ayah aku bebel kat aku pasal result trial pastu.." belum sempat Balqis menyambung cerita Fatin memotong " Biasa la seorang ayah bebel kat anak dia pasal result periksa. Tambah lagi kalau ada anak macam hang."

Balqis mencebik "haissshh hang ni aku tak habis cerita lagi hang dah potong aku cepuk satgi kot"

Fatin yang seakan-akan baru tersedar mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. "pastu apa jadi? " soalnya. Mahu sahaja Balqis sekeh kepala kawannya itu tapi diteruskan juga ceritanya.

"Hahaha.. Serius ar. Wahhh aku rasa dia memang jodoh hang la." sakan Fatin ketawa selepas mendengar cerita Balqis.

Balqis betul-betul bingung. 'Tak boleh ka dia pi jauh-jauh dari hidup aku. Rimas ar. Asyik-asyik dengar nama dia.'

Fatin berhenti ketawa apabila melihat Balqis tetiba berdiri " Oi nak pi mana? Merajuk ka? " Balqis mengangkat kening " Tudia la cikgu dulu dah pesan jangan gelak banyak sangat nanti lupa. Perhimpunan la apa lagi. Jom cepat gerak aku nak duk tengah." Fatin menepuk dahi.

'Ni tak boleh jadi. Nampaknya aku nak kena struggle lagi la.' Balqis mengeluh. Fatin perasan yang berdiri di hadapannya ini hanya la jasad sahabatnya. " Balqis, hang pasaipa? " Bisik fatin. Terhenti lamunan Balqis. "Tak ada apalah" jawabnya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience