Bab 1

Romance Series 6154

"Selamat pagi semua. Macam mana cuti sekolah hampa? Best tak ka pakat duk sibuk dengan kelas tambahan maklumlah tahun ni kan hampa nak UPSR" kata cikgu Mona. Semua diam tidak mampu berkata. " Aikk, senyap ja ni. Hampa ni sedia ka tak nk amik UPSR ni? " tanya cikgu Mona. "Tak" perlahan sahaja mereka menjawab kecuali Balqis sahaja yang menjawab "Dah cikgu." Cikgu Mona hanya mampu tersenyum apabila melihat Balqis. Dia tahu Balqis tak sama dengan anak muridnya yang lain. Balqis seorang budak yang pandai, rajin dan sentiasa bersemangat. Dari darjah 1 sehingga darjah 5 Balqis sentiasa menjadi murid No. 1.Oleh itu, cikgu-cikgu lain tidak teragak-agak untuk memberi jawatan ketua pengawas kepadanya. "Bagus Balqis. Yang lain-lain cuba la contohi Balqis. Ini tak awal-awal dah surrender" kata cikgu Mona sambil gelengkan kepala.

Budak-budak lain hanya mampu tundukkan kepala sahaja. " Balqis memangla dia anak cikgu. Dia pandai bukan mcm kami. " Balas Ewal tidak berpuas hati dengan kata-kata cikgu sambil menjeling ke arah Balqis. " Apa kaitan aku dengan ayah aku pulak. Dah hang tu yang tak cerdik terima ja la hakikat nak babitkan ayah aku plak" balas Balqis. 'Budak ni memang rosakkan mood aku hari ni.'Sambung Balqis dalam hati. " Sudah jangan gaduh. Kamu Ewal tak sepatutnya kamu cakap macam tu kat Balqis dan kamu Balqis tak baik cakap kawan kamu tak cerdik. Anak murid cikgu semua cerdik yang beza cuma malas ngan rajin ja." Cikgu Mona cuba meredakan keadaan takut jugak pergaduhan yang kecil ini jadi besar.

Tetiba semua mata tertancap ke arah seorang budak lelaki yang berdiri sebelah cikgu Mona sejak dari tadi. "Cikgu tu sapa tak mau kenalkan dekat kami ka?" tanya Lya. "Ya Allah. Terima kasih Lya sebab ingatkan saya. Ni cikgu nak kenalkan ini Irfan dia dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru. Irfan kenalkan diri kamu." Cikgu Mona baru teringat yang hari ni mereka akan terima kawan baru. ' Balqis dengan Ewal la ni. Terlupa sudah aku kat budak sebelah ni.' gumam hati cikgu Mona.

Irfan mula perkenalkan diri" Nama Irfan Yazid. Boleh panggil Irfan. Suka main bola sepak." " Terima kasih Irfan. Saya harap kamu semua boleh la bagi tunjuk ajar dkat Irfan ni. Irfan boleh tak saya tengok buku rekod kamu." Irfan mengangguk lalu menghulurkan buku rekodnya. Cikgu Mona tersenyum "Wah nampaknya Balqis ada saingan baru" Cikgu Mona menayangkan buku rekod Irfan ke semua anak muridnya.

Balqis mula tak senang duduk. ' Ni tak boleh jadi. Habisla aku dengan ayah aku.' Irfan mengambil tempat duduknya di sebelah Balqis. Balqis memandangnya dengan perasaan tidak puas hati. ' Minah ni dah kenapa tengok aku macam nak makan orang ja."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience