Bab 4

Romance Series 6154

Di Makmal sains.

Riuh rendah bunyi suara murid kelas 6 Berlian. Yang paling riuh bunyi suara ketawa Irfan dengan rakan-rakannya. Kecil besar sahaja Balqis melihat mereka.

"Mana ayah aku ni. Naik menyampah plak aku dengar dia gelak." ujar Balqis perlahan. Fatin mengerut dahi. Tak faham apa yang dikatakan oleh Balqis

Irfan dari jauh perasan ada sepasang mata yang asyik memerhatinya dari tadi.Namun sengaja dia biarkan. Kalau buka mulut nanti lagi tambah benci perempuan tu terhadapnya.
"Oi orang sana dah jatuh cinta ka dengan orang sini ka?" usik Faiq sambil tersenyum nakal.

Balqis mencebik geram namun dalam masa yang sama 'kat mana la aku nak sorok muka aku ni. Bongok la Faiq'

Tiba-tiba suasana yang riuh tadi bertukar menjadi sunyi apabila cikgu Shaari melangkah masuk ke Makmal. Cikgu Shaari berdehem "maaf saya lambat tadi saya printkan kertas soalan kamu. Hari ni saya ingat nak buat test memandangkan tak lama lagi hampa nak periksa penggal kedua. Cikgu bagi hampa 30 minit hmpa jawab soalan paper 2 ni. sikit ja soalan tak banyak pun"

Masa 30 minit yang diberi telah tamat. Setelah selesai berbincang. Cikgu shaari menyuruh semua murid memberitahu markah masing-masing. "Balqis berapa kamu dapat? " Balqis tersenyum kerana berpuas hati dengan markah yang dia dapat. " 38/40 sir " cikgu shaari mengangguk. Kali ni dia menoleh ke arah Irfan. " kamu pula Irfan berapa kamu dapat?" Kini giliran Irfan pula.

Haziq menepuk tangan. Yang lain masih lagi tertanya-tanya " 40/40 sir. " Semua terkejut yang paling terkejut Balqis. Dia tidak menyangka bahawa dia telah kalah dengan Irfan.

"hmm.. Hai macam mana boleh jadi?" Cikgu shaari mengajukan soalan itu ke anaknya. Balqis menundukkan kepalanya. Soalan ayahnya diabaikan.

" Tak payah senyum bangga sangat la. Hari ni hari hang. Esok dan seterusnya ialah hari aku."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience