Bab 3

Romance Series 6154

"Eeeee!! sakitnya hati aku. Hari ni satu hari aku kena. Aku tegur sikit ja depa panggil Irfan. Menyampah gila. Budak tu pulak mentang-mentang budak-budak lain suka kawan ngan dia naik tanduk dah sekarang." Fatin disebelah hanya mampu mengangguk sahaja. Sengaja dia biarkan sahabatnya tu bebel sorang. 'kalau aku jawab nanti aku jugak kena baik aku diam'

"Yang aku ni pun satu pasai pa la aku boleh cadang dia jadi ketua kelas menyesalnya." Balqis betul-betul rasa nak mengamuk sekarang bila teringatkan karenah kawan-kawan dia yang asyik kaitkan dia dengan Irfan.

Habis bebel dia melihat sahabatnya yang khusyuk kunyah keropok lekor " Oi hang ni aku cakap tak respon. sedap ja kedarah sorang-sorang." Kini perhatian Fatin beralih ke Balqis " Hang nak aku kata apa. Hang buat tak tau dah la kat depa. Nanti diam la tu. Si budak Irfan tu sikit tak heran. Hang yang bising lebih. ka hang memang suka"

" Choiii hang ni memang tak sayang mulut la. Mati hidup semula aku takkan suka kat dia. Takkan sekali." tapi dalam hati dia juga terkesan dengan kata fatin. kenapala dia sensitif sangat padahal budak tu sikit tak ambil kisah. Pedulikan jala. Yang aku tau dia rival aku. Aku takkan kalah dengan dia.

"Kakak! Ooo Kakak! mai sini sat" cikgu Shaari memanggil anaknya Balqis. Balqis menoleh ke arah ayahnya "weyh ayah aku panggil la. Jom teman aku."

" Weyh!! Sabtu ni ada tuisyen Sains." laung Balqis. "Betoi ka Balqis? Alaaaa baru nak plan nak main bola. Ni mesti hang punya kerja kan hang yang minta ayah hang buat tuisyen kan. Irfan hang cuba nasihat makwe hang ni." Balqis mengetap bibir ketika memandang ke arah Ewal.

Ewal menoleh ke Balqis. Baru dia perasan yang Balqis sudahpun berasap kerana menahan sabar. Terus dia membuka langkah seribu. 'alamak singa betina dah nak mengamuk baik aku blah sebelum penyapu sampai ke muka aku'

"Hang dah kenapa Ewal? Hang tak puas hati tang mana haa? " Balqis semakin berang. Balqis meraup wajahnya apabila melihat cikgu semakin menghampiri kelasnya. Dia ke tempat duduknya lalu menjeling ke arah Irfan.

'kenapa asyik aku ja yang kena' Balqis merungut perlahan namun didengari Irfan. 'kesian pulak aku tengok budak perempuan ni. Ewal pun satu asyik-asyik sebut nama aku'

Setelah cikgu bahasa Inggeris keluar terus Ewal menerpa Balqis. " Balqis.. Ooo Balqis. Aku minta maaf. Aku tau aku salah aku sakitkan hati hang aku minta maaf nah.. Hang cantik la hari ni" Balqis tersenyum sinis."Tau plak hang nak minta maaf. Ni mesti nak copy kerja sekolah aku la kan. Tiada maaf bagimu." Balqis mengemas bukunya dan siap sedia untuk bergerak ke Makmal sains. Dilanggarnya Irfan yang berada disebelahnya. 'Allahu akbar. Aku jugak yang kena.'

"Hang la ni. Hang tau tak setiap kali hang gaduh ngan dia. aku yang kena tau tak." Irfan mengeluh apabila mengenangkan nasibnya. Ewal tersengih sahaja.

Kepala otak Irfan ligat memikirkan apa salah yang dia lakukan sehingga Balqis membenci dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience