Bab 8

Romance Series 6154

'Alahai boleh pulak hyena ngan singa ni bertembung waktu pagi' Fatin menepuk dahi apabila melihat Balqis dan Irfan berebut menaiki tangga.

"Boleh tak hang bagi aku naik dulu." kata Balqis.

"Kenapa aku nak kena bagi hang naik dulu pulak? Dah la semalam berterima kasih pun tak." kata Irfan tak mahu mengalah.

"Tak pernah dengar ka 'ladies first' haa? Dah sekarang hang tepi." Balqis menolak Irfan. Irfan menarik beg Balqis " Hang ingat tangga ni pak hang punya ka? " Akhirnya Irfan membolos kan diri di tengah-tengah ramai pelajar yang di hadapannya. Balqis terkaku di situ tidak sangka Irfan akan bertindak begitu. Selama Irfan hanya berdiam diri sahaja.

Kemudian Balqis terdengar bunyi ketawa kecil. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Rupa-rupanya pergaduhannya tadi telah menjadi tontonan umum. Merah padam mukanya apabila ada yang menegur "Gaduh dengan laki ka kak? " ada yang ketawa terbahak-bahak. Fatin di belakang turut berasa malu. "Hang tudia la Balqis." ujar Fatin perlahan. Balqis menjeling ke arah suara yang menegur itu lalu menjawab "Suka hati aku la.Sibuk ja." terus dia bergegas naik dan mencari kelasnya.

Apabila Balqis sampai di kelas, Balqis mengambil tempat di hadapan. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah tempat duduknya mesti di hadapan. Senang untuk dia memberi tumpuan. Datang seorang pelajar perempuan, "Weyh hang kenai ka Irfan? hang kenai dia dari mana? " soal gadis tu. Balqis memerhati pelajar tersebut dari bawah hingga ke atas ' Salam tak bagi. Mai tanya aku pasai Irfan. Nak cari gaduh ka apa' Baru sahaja Balqis ingin menjawab.

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR. DI MINTA SEMUA BERHIMPUN DI DEWAN SERI BUDIMAN.

Balqis tersenyum menang apabila mendengar pengumuman tersebut. Dia berdiri lalu menepuk bahu pelajar perempuan "Nanti aku jawab soalan hang. Kawan aku dah tunggu tu." katanya sambil menunjuk ke arah Balqis yang baru sahaja tiba.

"Amboi hang awal-awal tahun dah famous." Fatin menyiku lengan Balqis yang monyok sahaja dari tadi.

"Baik hang diam. Mood aku tengah tak elok ni." Balqis memperlajukan langkahnya dan meninggalkan Fatin dibelakang. Fatin mengangkat tangan tanda surrender. Nanti tidak pasal perang dingin mula.

Di dewan, Balqis menoleh ke belakang 'La aku ngan dia ja ka pompuan kelas ni' Gadis di belakangnya itu tersenyum menampakkan gigi. Balqis pun membalas senyuman dengan terpaksa kemudian kembali menoleh ke hadapan. "Weyh sorry tau tadi tak intro. Aku Maizatul. Panggil Atul ja." bisik Atul. Balqis dihadapan hanya mengangguk.

Habis perhimpunan Maizatul berdiri di sebelah Balqis manakala Balqis pula sedang tertinjau-tinjau mencari Fatin "Mana pompuan ni. Dah la kecik susah aku nak cari." rungut Balqis.
"Hang cari kawan hang ka? Tu ha kat pintu." Tunjuk Maizatul. "Oh terima kasih. Jom gerak."

Sambil berjalan Maizatul menyoal Balqis "Weyh apa nama hang? " "Balqis." jawab Balqis sambil matanya fokus terhadap laluan di hadapannya. Dia risau kalau dirinya terlanggar dengan orang yang sedang lalu-lalang di situ.

"Alahai slownya minah ni." rungut Fatin. Tengah dia sabar menunggu Irfan menegur dirinya "Mana member baik hang? " Nak luruh jantung Fatin apabila ada orang menegurnya secara tiba-tiba. 'Nasib aku tak latah.' gumamnya dalam hati. Fatin menolak Irfan menyuruh lelaki itu segera beredar sebelum Balqis tiba. Irfan mengangkat kening. Dia blur 'Dah kenapa dengan pompuan ni' soalnya dalam hati. Kemudian dia memandang ke arah yang dilihat oleh Fatin. Dia tersenyum sinis apabila melihat Balqis. 'Patut la pompuan ni kelam kabut suruh aku belah.' Tanpa membuang masa dia pun beredar dari situ.
Sebaik sahaja Balqis tiba, Fatin pun menegur Maizatul " Hai, ni mesti classmate Balqis kan? Aku Fatin." Maizatul senyum lalu menjawab "Maizatul." Maizatul berasa segan kedua-dua gadis di hadapannya ini cukup cantik dan manis. Patut la hari pertama sahaja mereka sudah menjadi tumpuan ramai terutamanya Balqis.

"Weyh laki yang hang dok tolak-tolak tadi tu sapa? Classmate hang ka? " Balqis menyoal Fatin. Fatin menelan air liur kemudian mengiakan soalan Balqis " Haah. Dia tu sibuk dok cari hang. Rimas aku." Baru sahaja Maizatul ingin membuka mulut, Fatin memberi isyarat mata kepadanya 'Jangan bagitau ' Terus terhenti niatnya. Boleh pula dia faham.

Waktu rehat..

Kejadian pagi tadi masih lagi terngiang-ngiang di fikiran Maizatul. Maizatul mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada Fatin sementara Balqis berada di dalam tandas membetulkan tudungnya. "Weyh fatin kenapa hang tipu Balqis kata laki tadi tu classmate hang? Bukan ka tadi tu Irfan? " Fatin terkejut dengan soalan tersebut terus menarik tangan Maizatul dan membawanya jauh sedikit dari tandas. Risau juga kalau si Balqis tu tercari-cari akan dirinya. " Jangan sebut nama tu kalau Balqis dengan kita. Bahaya. Boleh rosak hari kita. Nanti balik aku cerita kat hang. Hang dorm G3 kan. " Maizatul mengangguk sahaja tanda faham. Apabila melihat Balqis keluar dari tandas terus bergegas mendapatkan Balqis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience