Bab 5

Romance Series 6154

"Weyh UPSR nak dekat dah weyh" Fatin menarik tangan Balqis yang asyik sibuk makan sahaja sejak tadi. "Weyh aku cakap dengan hang ni" Dia menarik lagi tangan sahabatnya itu.

Balqis menarik nafas panjang "Apadia hang ni aku nak makan pun tak senang." Dia sedar minggu hadapan mereka akan menduduki UPSR. Dia tahu apa yang bermain difikiran sahabatnya. Tak lama lagi juga berkemungkinan dia dan sahabatnya itu terpaksa berpisah.

"Hang nervous tak" soal fatin
"Nervous." jawab Balqis acuh tak acuh.
Fatin mencebik "Menyampah la aku dengan hang. Punya perkataan aku tanya satu perkataan ja hang balas. Nak jadi tunggul ka apa."

Balqis membuat muka" kira okay la aku jawab jugak daripada tak jawab langsung."
Fatin menjeling. Balqis menjelir lidah "merajuk la tu. Jom waktu rehat dah habis." Mereka pun mula mengatur langkah.

'SPLASHH!!'

Air sirap membasahi baju Balqis. Irfan menelan air liur. Memang salah dia kerana jalan tidak melihat ke hadapan. Fatin tergamam apabila melihat kejadian tersebut.

Balqis memandang ke arah Irfan yang tidak memandang ke arahnya. Balqis geram terus menendang kaki Irfan.
"Adoi!!" Irfan menyapu kakinya. "Agak-agak la marah pun."

Balqis menjeling lalu meninggalkan Irfan. Fatin hanya mampu menggeleng kepala. 'Nasib hang Irfan.'

Irfan masuk kelas dalam keadaan terhinjut-hinjut kerana dia terjatuh ke dalam longkang ketika hendak membersihkan kesan kasut Balqis di kasutnya. "Nasib la longkang tu kecil" rungut Irfan perlahan.

Balqis menggigit bibir apabila melihat Irfan masuk ke dalam kelas 'kuat sangat ka aku sepak dia smpai macam tu sekali dia jalan' perasaan serba salah mulai menyelubungi diri. Irfan mengambil tempatnya tanpa berkata apa kepada Balqis.

"kuat sangat ka aku sepak hang? " Balqis berbisik. Irfan agak terkejut dengan soalan Balqis namun sengaja dia tidak menjawab soalan tersebut. Balqis disebelahnya mula tidak senang duduk. 'Sapa tak risau woi. Sepak anak teruna orang dibuatnya kawan tu mengadu. Tak ka naya.'

Irfan menahan senyum 'Boleh pun cakap elok ngan aku sebelum ni kerja nak menyeringai ja ngan aku.'

Habis ja kelas terus Balqis menepuk belakang Irfan. "Woi tadi aku tanya awat tak jawab." Merah muka Balqis menahan marah. Irfan hanya diam dan meneruskan aktivitinya mengemas meja. Dia tidak suka peralatan tulisnya bersepah dia atas meja.

Kini sebuah cubitan sampai di lengan Irfan "Adoi sakit la. Tak nampak ka aku tengah busy ni." Irfan menyapu lengannya. Balqis menjelir lidah " Padan muka ." kemudian bergerak ke meja Fatin.

Fatin yang memerhati dari jauh hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Balqis mengangkat kening ' Apa geleng-geleng dia yang cari pasal dulu.'

" Hang tak patutla buat dia mcm tu. Aku tgok macam kena dera dah. Tadi kena sepak sekarang kena cubit. Apala salah Irfan kat hang." Balqis menarik nafas panjang. Kemudian dia meneguk air yang ada di atas meja Fatin. Dia tau dia buat salah tapi nak buat macam mana hati dia tak rasa macam nak minta maaf.

Haziq, Ewal dengan Faiq menerpa Irfan. "Hang okay tak Pan? " soal Haziq. Dia risau juga apabila melihat keadaan Irfan sebentar tadi. Irfan tersenyum. Dia berasa senang hati kerana sahabat-sahabtnya ini sangat prihatin.

"Aku okay ja. Tadi aku jatuh longkang kat kantin."
"Ooo..aku ingatkan Balqis yang buat sebab aku tengok dia dari tadi tak senang duduk." kata Ewal sambil matanya menjeling ke arah Balqis yang sedang sibuk mengajar Fatin di belakang.

"Irfan boleh tolong ajar aku buat karangan B. Inggeris tak" Lya menghampiri Irfan dengan sahabat-sahabatnya sambil membawa buku. Balqis dari jauh memerhati sahaja kelakuan Lya "Gedik, aku dok ada kat sini tak mau tanya pulak." Fatin ketawa kecil apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut sahabatnya itu.

KRINGG!!
Loceng berbunyi menandakan bahawa waktu persekolahan sudah tamat. Irfan mengemas begnya. Sedang dia mengemaskan ada sehelai sticky yang melekat di dalam mejanya.

-Balqis-

Sorry -_-

Irfan tersenyum apabila melihat sticky note tersebut. 'Ikhlas ka tak ni?' soalnya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience