Bab 2

Romance Series 6154

"Okay. Hari ni kan hari pertama hampa sekolah. So cikgu rasa boleh la kita start buat perlantikan jawatan dalam kelas. So ada cadangan? " tanya Cikgu Mona kepada anak muridnya.

Haziq mengangkat tangan "Saya cadang Ewal cikgu sebab Ewal banyak cakap." satu kelas gelakkan Haziq kerana mereka tahu Haziq hanya ingin mengenakan Ewal. "Hoi hang ni saja nak cari gaduh kan. Cikgu saya tak nak jadi ketua kelas." kata Ewal sambil menayangkan penumbuk ke arah Haziq. Sememangnya dia tidak mahu jawatan tu kerana dia bukan seorang yang rajin.

"Tak pa. kita tengok dulu sapa kawan kamu undi. Ada tak lagi yang nak bagi cadangan. Ewal kamu macam ada cadangan ja?" Cikgu Mona mengangkat kening memberi petunjuk kepada Ewal untuk kenakan kawannya. Ewal tersengih lalu mengangkat tangan " Ada cikgu. saya nak cadangkan Haziq pulak la. takkan saya sorang ja tercalon." Satu kelas tertawakkan Haziq. Ewal menunjukkan isyarat kepada Haziq 'padan muka hang kenakan aku lagi.' Haziq menayangkan penumbuknya.

Cikgu Mona memerhati Balqis yang sejak tadi diam sahaja. "Balqis, macam mana pulak dengan kamu? Dari tadi senyap ja ada sesapa ka yang terlintas di dalam kepala kamu? " Balqis yang dari tadi tidak memberi perhatian terhadap kelasnya tercengang dengan soalan cikgunya. Tanpa berfikir panjang terus dia menjawab " Saya cadang Irfan jala cikgu."

Tiba-tiba satu kelas riuh "Woooo!!!!" Terkejut Balqis 'dah kenapa depa ni' Cikgu Mona senyum dengan penuh makna " Hai Balqis, berkenan dekat Irfan ka? tetiba kamu cadang dia" Irfan di sebelah memerhatinya dengan pandangan yang dia sendiri tak dapat tafsir. "Mana ada cikgu. Saya cadang dia sebab dia pandai salah ka?" Balas Balqis dengan berharap cikgunya tidak salah faham akan niatnya. " Takkan pandai ja? Tak hensem ka dia bagi cikgu dia hensem pa. Betul tak kelas?" Panas muka Balqis mendengar kata-kata cikgunya.

" Betul !!!!!" kini lutut dia juga hampir lembik tak mampu berdiri lagi. Nak toleh ke sebelah pun tak mampu lagi. 'Hang tengok apa. Seronok tengok aku terkena?' Balqis hanya mampu menjeling ke arah Irfan. Irfan yang tadi asyik melihat Balqis terkejut apabila menerima jelingan maut. 'Perempuan ni dah kenapa?' persoalan yang bermain difikiran Irfan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience