Bab 9

Romance Series 6154

Sampai di Kantin, Balqis dan rakan-rakannya terus mengambil tempat sambil melepaskan keluhan panjang. Mereka memerhati sekeliling. 'Boleh tahan ramai walaupun cuma budak tingkatan 4' kata Balqis dalam hati.

"Gila ar ramainya orang. Ni baru form 4 campur form 5 satgi mau padat ni." kata Fatin. Balqis dan Maizatul mengangguk setuju. "Tak pala kat kaunter makan tak ramai orang lagi. Maizatul hang jaga tempat. Aku ngan Fatin pi beli nasi. Hang nak bahagian apa?" ujar Balqis. Maizatul menggaru dagunya yang tak gatal lalu membalas " Aku nak kepak la. Pastu nasi separuh." Balqis mengangguk lalu segera menuju ke kaunter. Fatin hanya mengekori dari belakang.

Setelah beberapa minit Balqis beratur, kini tiba gilirannya. Dia mengambil nasi dan kepak ayam untuk Maizatul. Dia lihat bahagian paha ayam hanya tinggal satu sahaja lagi. Ketika dia hendak mengambil, ada satu tangan yang telah hinggap di paha ayam tersebut. Tanpa teragak-agak dia menampar tangan itu. " Oi, tu ayam aku." Balqis memandang ke arah tuan punya tangan. Dia menjegil matanya rupa-rupanya itu ialah tangan Irfan. Irfan menyapu tangannya yang sakit itu.

"Adoi!! Pedih ar." kata Irfan dengan nada yang tinggi. Dia memandang gadis di sebelahnya. 'Pompuan ni lagi.' Fatin yang berada di belakang Balqis mula rasa bimbang. 'Sudah. Boleh pula depa jumpa kat sini.' Dia melihat barisan mula memanjang. Aksi rebut-merebut sudah bermula.

"Dah-dah la adik oi. Tak yah la rebut. Banyak lagi ayam. Satgi mak cik goreng lain. Hang laki hang mengalah ja la. Bagi kat cik kak ni pinggan ni. " kata mak cik yang menjaga kaunter. Pening kepala dibuatnya apabila melihat pergaduhan Irfan dan Balqis. "Ni sesapa mai tolong sat lerai kan depa ni. Habis kecoh." sambung mak cik tersebut.

"Bagi la kat aku. Aku yang usya ayam ni dulu." Balqis menarik pinggan yang berada ditangan Irfan. "Pasai pa plak aku nak kena bagi kat hang. Aku yang dapat dulu." balas Irfan. Dia tidak mahu mengalah. Aksi berebut itu menjadi perhatian orang ramai. "Oiii bang. Bagi jala nasi ayam tu kat dia. Kami dah lapaq ni. Sampai bila kami nak tunggu turn kami" kata salah seorang pelajar lelaki yang berada disitu. Irfan menjeling ke arah pelajar lelaki tersebut.
"Entah. Tak gentleman langsung." Irfan mula rasa tidak puas hati. 'Kurang asam betul la. Semua pakat duk bela dia.' gumamnya dalam hati. Dia melepaskan pinggan tersebut. Balqis tersenyum menang. "Huhu.. padan muka" kata Balqis. Dia menjelir lidahnya kemudian membayar nasi tersebut lalu pergi dari situ.

Kini giliran Fatin membeli makanan. Fatin memandang Irfan. Dia nampak riak tidak berpuas hati di muka Irfan. Irfan meninggalkan kaunter itu tanpa membeli apa-apa. 'Alahai Balqis. Apala salah mamat ni kat hang.' Dia menggelengkan kepala. Sampai saja di meja makan dia memberi isyarat kepada Maizatul. Dia menyuruh Maizatul mengubah tempat. Maizatul nampak isyarat tersebut terus bangun dan mengubah tempat duduk.

"Weyhh pasai pa ni." soal Balqis. Dia melihat kawan-kawannya mengubah tempat. Mereka duduk selang dua buah kerusi dari sebelahnya. " Kami tak kenal hang. Hang sapa? " Balas Fatin. Nak ikutkan hati mahu saja dia wrestling Balqis di situ juga. Malu dibuatnya. Balqis merajuk. Dia bangun kemudian meninggalkan kawannya di situ. Makanannya tidak habis dimakan.

Fatin dan Maizatul melihat Balqis bangun dan meninggalkan mereka. Fatin menepuk dahi. "Merajuk pulak dah."

Irfan memerhati Balqis dari jauh. 'Dah la amik nasi aku pastu makan tak habis.' gumamnya dalam hati. Dia menghirup air kawannya sehingga habis. "Woi air aku tu. Habis hang minum. Biadap." kata Faiz. Dia melihat gelasnya kosong. Irfan sengih menayangkan gigi. "Sorry bro. Aku tengah bengang tadi. Tak sedaq air hang habis. Kjap aku ganti balik" Baru sahaja Irfan ingin bangun Faiz menahan. "Tak payah la. Ni aku nak tanya hang suka ka pompuan tu. Dari tadi duk usya." soal Faiz. Irfan mengerut muka. "Pompuan Psiko tu. Tak da maknanya aku nak suka dia. Kerja duk cari pasal ja ngan aku. Aku buat salah apa kat dia pun aku tak tau." Balas Irfan. "Yala tu. Jangan benci sangat nanti sayang susah pulak." Faiz berseloroh. Irfan mencebik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience