Bab 10

Romance Series 6154

Di perpustakaan,
" Ayam tok dalang betoi la sapa yang amik kasut aku ni." rungut Balqis perlahan sambil dia mencari kasutnya yang hilang. Oleh kerana dia melancarkan perang dingin dengan kawannya yang dua orang itu, dia mengambil keputusan untuk meluangkan masa rehat di perpustakaan seorang diri. Namun begitu apabila dia keluar dari perpustakaan, dia menyedari kasutnya sudah tiada. Tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan tingkatan 5 menegurnya. "Dik. Kasut hang hilang ka?" soalnya. Balqis mengangguk. "Jom pi cari kat kelas KM sana tu." kata pelajar itu. "Nama kami Zurina panggil ja Ina."

"Balqis." Balqis membalas. 'Takkan nak kaki ayam kot pi kelas tu.' soalnya dalam hati. Zurina memandang Balqis. Dia menepuk dahi. "Sorry kami lupa hampa tak da kasut. kejap nah tunggu sini. Kami pi tanya depa." Zurina meninggalkan Balqis.

Dua minit kemudian, Balqis melihat jam ditangannya. Waktu rehat sudah mahu habis. 'Mana Ina ni. Aku nak kena cepat satgi kelas Kimia.' Balqis mula rasa gelisah. Sebaik sahaja Zurina muncul, Balqis tanya Zurina. "Ada tak kasut kami? Kami nak kena cepat balik ni. Satgi kelas kimia." Zurina menunjukkan muka rasa bersalah. "Ada tu ada tapi depa kata kalau nak kena pi jumpa depa." Rasa nak terjatuh rahang Balqis. Tiba-tiba ketua kelas Balqis keluar dari perpustakaan. Terus dia menahan lelaki tersebut. "Chupp!! Alvis boleh tolong tak?" Alvis memandang Balqis. "Mahu saya tolong apa? " Balqis senyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. Balqis dan Zurina menceritakan apa yang terjadi kepada Alvis. Alvis mengangguk.

"Hello. Boleh saya jumpa dengan Fazwan?" Soal Alvis. Semua mata memandang Alvis. Fazwan bangun dan menghampiri dirinya. " Yo! Awat mai cari aku?" "Kawan kelas saya cakap kamu ada ambil kasut dia. We need to get ready for our next class. Don't you mind to give her shoes back? " Alvis membalas sambil menghadiahkan senyuman. Fazwan tidak memberi respon. Dia memerhati Balqis yang berada di belakang Alvis. Dia kembali ke tempat duduknya lalu mengambil kasut Balqis.

Fazwan menghampiri Balqis. "Bagi kat aku nombor telefon hang." katanya sebelum menghulur kasut Balqis. Balqis mengangkat kening. Alvis di sebelah hanya tersenyum. "Aku tak guna telefon." Balas Balqis. Sememangnya dia tidak pernah ada sebuah telefon bimbit. Bagi Balqis telefon bimbit tu boleh melalaikannya. Dia mengambil kasutnya namun di tarik balik oleh Fazwan. "Bohong." kata Fazwan. Balqis mengerut muka. "Betul la aku mana ada telefon. Cepat la bagi kasut aku balik." kini suara Balqis mula tinggi. Alvis menggeleng. Dia memberi isyarat kepada Fazwan untuk mengalah. Fazwan mengalah tapi sempat dia memberitahu Balqis " Aku dengan hang tak selesai lagi." Balqis mengambil kasutnya lalu memakainya. Kemudian terus beredar dari situ. Alvis mengekori dari belakang.

"Hang ni agak -agak la nak usik pun. Kalau dia report cikgu tu tak ka naya." kata Zurina kepada Fazwan. Fazwan tersenyum lalu membalas " Salah dia jugak. Sapa suruh comel." Zurina menggeleng. Tidak tahu apa lagi yang mahu dikatakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience