BAB 5

Humor Completed 16440

“Sasha,proposal untuk tender kali ni awak dah siapkan?” Suara lelaki itu bertanyakan Sasha.
“Sikit lagi. Ada beberapa perkara yang nak kena edit dan tambah.” Jawab Sasha sopan. Amy disebelah menahan geli hati. Amboi,depan bos,bukan main kau bersopan santun ye?

Lelaki itu memandang ke arah Amy. Wajah gadis itu diamati. Macam pernah tengok lah. Seketika dia terpandangkan gelang yang ada di tangan gadis itu. Dia masih ingat. Gelang itu sama macam pemberiannya pada seorang gadis suatu masa dahulu. Dia terkedu. Perasaan yang tak dapat digambarkan.
Gembira dan terkejut. Selepas tamat belajar,puas dia mencari gadis ini. Tapi dengan ketentuan Allah dia dapat bertemu kembali dengan wajah gadis itu.
“Amelia Sofea?”
Amy mengangkat muka. Wajah lelaki itu sangat dekat dengan memorinya. Tapi,siapa? Tapi kan,cara percakapan dia tu macam. . .
“Abang Daniel Hakim?” Amy terkejut. Daniel Hakim tergelak perlahan. Gembira rasanya bila gadis itu mengingatinya.
“Ingatkan dia dah lupa kat saya. Penat abang cari Amy tahu? Amy hilang macam tu je.”
“Eh,salahkan Amy pulak. Abang yang tinggalkan Amy dulu?”
Sasha berdeham. Kedua-duanya tersentak. Daniel Hakim tayang sengih. “Ok lah Amy. Nanti waktu lunch,kita chat lagi ya?”
Daniel Hakim berlalu pergi. Sasha memandang muka Dhia Imani. Amy yang faham dengan panahan mata rakannya itu,buat tak tahu..
“Wei Amy, kau dah kenal lama eh dengan bos tu? Cerita lah kat aku…”
Amy diam. Tangannya lincah menaip di komputer. Sengaja dia hendak menyakiti hati Sasha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience