BAB 11

Humor Completed 16440

“Oh, ada boyfriend tak mahu beritahu Ibu dengan Ayah. Pandai anak Ibu berahsia-rahsia sekarang, ya?” usik Puan Esah di ruang tamu bersama dengan Tuan Kholisn.
Amy baru sahaja balik dari kerja petang itu. Dia hairan. Siapa yang dimaksudkan oleh Ibunya.
“Eh, mana ada lah. Mengarut saja. Mana Ibu dapat cerita ni? Siapa yang bagi tahu pada Ibu?” Salina menafikan kata-kata maknya itu.
Puan Esah mencebik.
“Yalah, habis siapa tadi itu?” soal ayahnya.
“Tadi….siapa?” soal Amy pula. Hairan betul!
“Ish…budak ini! Ada rombongan tadi meminang Amy. Tak akan kamu tak tahu?” Jawab Ayahnya.
“Hah! Be..b..b..betul? Huh….?” Amy terkejut dan hairan. Kepalanya berpinar. Dia tidak tahu sama ada ini mimpi atau realiti.
“Ya, Amy. Hensem betul bakal Ibu tu?” ujar Puan Esah mencelah perbualan mereka tadi.
Amy tersipu malu, dia bergegas masuk ke biliknya untuk mengganti pakaian.
“tapi Amy kena jumpa dia dulu. Dia kata Pak Saleh pun minta dia jumpa dengan Amy dulu.”

Amy pelik. Siapa sebenarnya yang masuk meminang dirinya itu. Siap kenal Pak Saleh lagi.?
*************

“ Saya mi….minta maaf. Sebab…sebab saya hantar rombongan tanpa izin awak.” Ujar Daniel tergagap-gagap.

Nampaknya Amy tidak salah. Memang benar Daniel lelaki yang diperkatakan oleh orang tuanya.
“ Kalau awka tak sudi saya boleh tarik balik peminangan itu . Mungkin awak dah ada yang lain” sambung Daniel lagi. Amy tersenyum lebar.
“ Eh, saya tak cakap apa-apa pun. Saya sudi. Itu pun…kalau Abang tak tarik balik.” Kata Amy pula. Daniel tersenyum lebar melihat Amy.
“ Betul?” soalnya.
“Mestilah!” sahut Amy.
“ Sebenarnya saya …..saya suka pada abang sejak waktu kita kecil lagi. Bila saya tahu abnag yang masuk meminang saya. Saya rasa bersyukur sangat.” Ujar Amy tersipu-sipu malu.
“ Saya… Saya pun! Saya pun suka akan Amy.”
Nampaknya Amy tidak menepuk sebelah tangan. Daniel turut merasakan yang sama.
“Oh ya. Awak tak perasan ke?”
“Perasan apa?”

“Awak tak tengok ke gambar calon yang Pak Saleh bagi tu?”

“Eh, mana abang tahu ni?”
Daniel sudah terkekeh ketawa. Jangan-jangan...

“O.. Abanglah yang Pak Saleh nak bagi kenal tu?”

Daniel mengangguk. “Sebab tulah abang suruh awak jumpa dulu.”

“Aduh, mana saya tahu. Kalau tahu dah lama saya ajak dating!”

“Tak pe, tak ajak dating pun sekarang dah dapat. Eh, sikit lagi nak dapat”

Amy dan Daniel ketawa sambil bertentangan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience