BAB 10

Humor Completed 16440

“Maaf, jangan marah sangat. Nanti kena jual. Okay, sambunglah cerita. Calon ibu dan Pak Saleh kau tu macam mana?” Sasha mula mengubah topik.
“Calon ni nampak handsome sikit. Kata mama la.Aku tak jumpa lagi,” ujar Amy sambil mencapai majalah yang berada diatas meja sebelahnya.

“So, kau dah pilih yang mana?” soal Sasha sekali lagi. Amy hanya mengjungkit bahu tanda tidak tahu. Dia pun buntu nak pilih mana satu.
Hatinya sudah berputik cinta dengan Daniel Hakim. Akan tetapi ibunya pula sedang mengusahakan jodohnya dengan bantuan Pak Saleh.
“Entahlah Sasha. Aku pening la. Ibu aku tu kalau boleh nak aku kahwin cepat je. Aku pula tak de la nak pilih-pilih macam tu. Asalkan sayang aku cukuplah. Tapi kalau dah tak kenal macam ni mana ak nak tahu yang mana satu paling sayangkan aku?,” rungut Amy akan sikap ibunya.
“Kau sabarlah. Semalam pun aku kena berleter dengan mak aku.. Eh! Kau tahu tak tadi kan…” sengaja Sasha meleretkan suaranya. Tiba-tba dia teringat tentang kejadian semasa membeli kad tambah nilai.
Apahal pula mak cik ni? Tersengih-sengih. Mesti ada apa-apa. Ish! Takkan Sasha dah jumpa calon? Getus hati Amy. Tak boleh jadi kena siasat ni.
“Kau dah kenapa? Tersengih-sengih macam kerang busuk. Ada apa-apa yang aku tak tahu eh?” soal Amy sengaja mengusik kawannya yang lagaknya seperti tengah angau. Sasha masih lagi dengan senyuman manisnya. Berangan tak habis-habis.
“Dekat kedai makandepan tu tadi... Aku nampak..."
“Kenapa? Jumpa lelaki yang kau suka?” pantas Amy memotong kata-kata Sasha.
“Yup. Pandai kau teka! Macam ni lah baru kawan baik aku. haha. Dia seorang lelaki yang comel sangat... tapi bukan yang aku suka. Tapi kaulah mak cik!”

“huh? Siapa?”
“Encik Daniel Hakim kau tu lah”
Entahlah Sasha tapi… hati aku rasa berdebar bila berdepan dengan dia.” jawab Amy. Tangannya diletakkan di dada. memang jantungnya tengah berdegup kencang menceritakan perihal lelaki itu.
“Wah! Perkembangan bagus ni. Haih! Bilalah agaknya aku nak jumpa cinta sejati?” Adu Sasha secara tak sengaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience