BAB 3

Humor Completed 16440

“Weh! Kau ni kenapa? Aku tengok makan tadi pun tak fokus. Lagi satu ni. Muka kau tu dah macam mak cik jual ikan kat pasar tu ha. Dah berkedut,” sindir Sasha selamba lantas meneguk air minumannya.

“Amboi… kau sedapnya mengata aku. Aku bukan apa Sasha. Aku tengah serabut ni. Ibu aku tu sibuk nak suruh aku pergi jumpa dengan anak entah kawan dia yang man. Aku pun tak kenal siapa. Dah terdesak nak bermenantu sangat,” adu Amelia dengan wajah masam mencuka. Sasha ketawa mengilai.

“Oh! Pasal tu je? Ingatkan pasal apalah agaknya tadi. Aku pula naik susah hati tengok kau macam ni. Haha,” ujar Sasha. Amelia menjuling mata ke atas apabila diperli sahabatnya.

“Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Ibu aku tu mendesak sangat. Ni, Ibu dan ayah kau tak bising ke kau sampai sekarang tak kahwin lagi?” soal Amy tiba-tiba.

“Aku? Dah tentulah tiap-tiap hari mak aku tanya. Tapi aku buat tak tahu. Malas nak cakap. Sebenarnya tak tahu nak beritahu apa. Nanti alih-alih aku juga yang kena bebel. Macamlah kau tak kenal mak aku.” jawab Sasha.

“Hurm... apa la nasib kita ni. Geram pula aku." balas Amelia.

"Kau ni pun, cuba bawa bertenang. Cari je lah satu lelaki yang kau suka. Biar cepat mak kau rasa ada menantu. Ni tak," kata Sasha.

"Alah kau ni. Tak payah nak nasihat aku. Kau pun sama juga. Dah. Jomlah kita balik,” ujar Amelia lantas mengambil begnya lalu diletakkan di bahunya. Sasha menjungkitkan bahunya. Langkah Amelia diekori dari belakang.

“Siapa nak belanja makan ni?” Serentak Sasha dan Amelia menyoal.

“Kau belanja makanlah. Boleh Sasha yang cantik manisss...?” kata Amelia mencuit hujung dagu Sasha sengaja mahu mengusiknya. Sasha dah menjelingkan matanya.

“Baiklah mak cik. Sebab kau tension pasal kahwin, maka ini hari jadi aku sanggup belanja kau makan,” balas Sasha dengan mimik muka senyum yang sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience