BAB 4

Humor Completed 16440

“Ibu cukuplah. Kan saya dah setuju untuk jumpa dengan lelaki yang ibu nak aturkan tu. Bila ada masa terluang nanti, saya akan jumpa dia. Bagi sama sedikit masa ibu.

“Kamu ingat kamu muda lagi ke nak kahwin lambat? Ibu minta jumpa dia dulu. Itu pun susah kamu nak luangkan masa,” bebel Puan Esah.

“Bukan saya tak mahu luangkan masa. Saya sedang sibuk sekarang ni ibu,” balas Amelia.

“Betul kata mak kamu. Amy bukannya makin muda. Kami ni susah hati tengok kamu masih membujang. Kawan-kawan kamu semuanya dah ramai yang dah berkeluarga dan anak. Hanya kamu dan Sasha saja yang belum berumah tangga,” sampuk si ayah, Tuan Kholis lantas melabuh punggung di sisi isterinya.

Sesungguhnya dia risau memikirkan anak daranya yang masih membujang. Namun dia juga tidak sanggup melihat si isteri asyik mendesak anak gadisnya itu dengan soal kahwin itu.

Haih! Kini dia bagaikan di dalam dilema saja. Sukar untuk buat pilihan untuk memihak siapa.

Amelia menarik muncung.

“Ayah, ibu, Amy bukannya apa… tapi Amy…” terhenti kata-kata Amelia melihat wajah sedih ibunya.

“Biarlah masa saja yang menentukan segalanya. Lagipun Amy sukakan seseorang,” Amelia menggigit bibir apabila kata-kata bohong itu meluncur laju pula di mulutnya. Serta merta Puan Esah melorek senyum manis.

“Dah ada pun rupanya...Kalau macam tu bawalah jumpa dengan ibu dan ayah,” desak Puan Esah.

“Ish! Tak menyempat tu kenapa? Kot ya pun bagilah anak kita ni masa. Takkan main tangkap gitu je kan?” sergah Tuan Kholis. Puan Esah menarik muncung apabila disindir suaminya. Amy menahan senyum. Tangannya menggaru-garu kepala yang tak gatal kerana pembohongan sunatnya tadi mencetuskan ‘api’ antara ayah dan ibunya.

“Ibu, ayah Amy masuk bilik dululah. Nanti kita cerita lain kali okay,” Segera Amy meminta diri sebelum bom atom ibunya meletop.

“Abang ni, kalau saya tak desak dia sampai ke sudah dia tak kahwin. Bulan lepas saja dah berapa kali pinangan yang anak awak tolak,” dengus Puan Esah geram.

“Abang tahu. Awak tu aje yang tak faham. Kalau yang meminangnya muda belia tak apalah juga. Ini saya tengok… kubur kata mari, rumah kata pergi pun masih tak sedar diri. Takkanlah awak sanggup tengok masa depan anak awak tu hancur? Sudah! Sekarang saya tak mahu dengar lagi soal ni. Serahkan saje pada Yang Maha Kuasa,” nasihat Tuan Hisham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience