BAB 9

Humor Completed 16440

“Manja betul Amy ek?”
“Mana ada,dia yang mulakan dulu.” Amy mengadu manja. Daniel teguk air liur. Hmm budak ni,boleh pulak jadi manja. Nasib baik iman aku kuat lagi tau. Bisik hati Faiz Imran.
“Alah,apa salahnya kalau dia ingat abang ni boyfriend Amy.” Laju sahaja tangan Amy mencubit lengan Daniel. Gatal betul. Daniel menyeringai sakit. Fuh,boleh terkoyak kulitnya macam ni. Perit.
***********************
Amy menggamit Daniel ke arah Ibunya. Puan Esah memandang Daniel. Macam pernah dilihat wajah anak muda ini.
“Ibu,ingat Daniel lagi?” Tanya Daniel lembut. Tangan wanita itu diraih lalu disalamnya. Puan Esah terkejut. Ya Allah,sudah lama dia tidak menatap wajah ini. Patutlah macam pernah nampak.

“Ya. Lama Ibu tak nampak kamu. Tup-tup muncul. Macam mana boleh jumpa Amy balik ni?”
“Memang lah boleh jumpa umi. Abang Daniel ni dah jadi boss Amy.” menyampuk.
Suara deheman seseorang mematikan perbualan mereka. Tuan Kholis juga baru turun dari tingkat atas rumahnya.
“Ha, Daniel. Lama nak jumpa kamu. Apa khabar?”
“Baik. Alhamdulillah. Abah macam mana? Sihat?”
“Sihat macamnilah. Dah bersara duduk rumah je sekarang ni.”
“Ibu,ayah dah pukul 6. Daniel balik dulu ye. Lain kali saya datang lagi.”
“Ye lah,nanti datang lagi. Boleh banyak lagi kita sembang.” Jawab Puan Esah.
“Malam esok saya nak ajak Amy keluar boleh?” Tanya Daniel.
“Ok,Ibu dan ayah izinkan. Tapi,jangan balik lewat ye?” Jawab Tuan Kholis
“Oklah. Amy, abang ambik pukul lapan malam esok ek? Bye”
Daniel melangkah ke arah kereta.
“Bye abang.” Amy melambai apabila kereta Daniel hendak bergerak. Daniel membalas lambaian tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience