BAB 8

Humor Completed 16440

“Ha,cepat cerita. Kau orang berdua dah lama kenal kan?”
Daniel Hakim tergelak. Amy tersenyum simpul tetapi masing-masing tidak mahu bersuara. Sasha bengang dengan perangai kawan dan bossnya itu. Wajah Sasha yang cemberut itu membuatkan Amy membuka mulut.
“Dia ni jiran lama aku lah. Lebih kurang macam abang angkat aku. Kitaorang dah lama tak jumpa. Tak sangka pulak boleh jumpa kat syarikat ni.” Amy menerangkan.
Sasha tersengih. “Ooo,maksudnya Encik Daniel Hakim ni boyfriend lama kau lah.”
Amy tersedak. Daniel tergelak lagi. Habis merah mukanya menahan gelak.
“Apa yang kau merepek ni hah?”
“Betullah. Mengikut beberapa fakta,lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan baik atau adik-abang angkat. Sebab salah seorang mesti ada perasaan suka antara satu sama lain.” Sasha membuat muka serius.

“Fakta mengarut mana kau ambil ni hah Sasha manisss? Jangan kata kau terbaca dekat dalam zodiak pulak. Haram tau” Am menepuk kuat lengan Sasha. Faiz Imran hanya menggeleng melihat telatah dua orang gadis itu. Seketika,makanan yang dipesan tiba. Mereka menjamu selera dengan senyap. Sesekali terdengar bunyi sudu dan garfu berlaga.
Mereka menghabiskan suapan yang terakhir. Selepas membuat bayaran,mereka balik semula ke pejabat. Am ymasih lagi dengan muka cemberutnya itu.
Merajuk dengan Sasha.
“Wei,sorry lah. Aku gurau je tadi. Kau jangan lah marah aku ek?” Pujuk Sasha.
Amy masih diam. Geram betul hatinya mendengarkan kenyataan dari Sasha tadi. Nasib baik Daniel Hakim tak ambil serius dengan apa yang dikatakan Sasha tadi. Kalau tak,tebal lah kulit muka dia menahan malu.
“Tak apalah Sasha,nanti biar saya je yang pujuk dia.” Daniel menyampuk. Sasha sudah tersengih-sengih.
“Untunglah kau dapat boyfriend macam Encik Daniel Hakim ni.” Sasha mengusik.
Makin panjang muncung Amy. Urghh,geramnya. Nak je aku sekehkan kepala minah ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience